sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, August 31, 2010

Berjalanlah mengenal sahabat

Berkelanalah dengan seseorang, insyaAllah anda akan kenal peribadi sebenar mereka. Biasanya dalam pengembaraan atau perjalanan yang panjang pelbagai cerita akan kita dengar, luahan, rintihan keluhan, temberang dan macam-macam lagi. Dari perjalanan juga kita akan melihat perwatakan sebenar kawan kita, sama ada mudah dibawa untuk kira bicara, pentingkan diri, pemalas, kedekut, pemurah atau asyik "menta kedarah" aje. Sehubungan itu berjalanlah dengan kawan-kawan sebelum kita angkat ia menjadi sahabat. InsyaAllah pelbagai rasa akan kita jumpa dalam kembara mencari seorang sahabat.

Silat mulut..... ( pesanan utk anak buah)

Dalam menelusuri ilmu persilatan, hak lebih, biser, hebat, kuat dan pandai kita beri pada orang. Lebih baik kita tadah telinga dengar cerita orang hak hebat-hebat, sebab kita tak ada pun cerita hebat nak diceritakan. Orang tua-tua berkecek, kita jange bekecek, tundukkan kepala..dengar molek. Bila bersilat, masa mengajar.. jangan kasar sangat dengan anak murid, sebab mereka tu cuma menahan badan untuk dipukul. Bila di perguruan lain, jika di tanya apa yang dipelajari, katakan "guru ambo tak pandai" sebab masih belajar. Bila orang cakap bab ketuhanan, katakan padanya tuhan itu " Esa" tiada sekutu baginya. Bila diajak main, tunjukkanlah ala kadar, tapi ingat... "pada dan kedia baik dan kekita".

* "mata atas wei"

Budak...

Kalau zaman dulu, hamba dipanggil budak. Dalam kontek diri, kita kadang-kadang menjadi budak kepada nafsu sendiri. Menahan makan minum dalam bulan ramadhan? Budak sekecik 5 tahun pun mampu, tapi menjaga nafsu amarah.... belum tentu berjaya. Jangan pandang keluar, jangan lihat martabat nafsu orang, lihat martabat nafsu sendiri. Amarah, lawamah atau mutmainnah? Mengira nafsu dengan menyebut/membilang amat mudah, tapi meningkatkan martabat nafsu perlukan mujahadah, bukan dengan sembang-sembang atau omongan kosong. Kurangkan bercakap lebihkan merenung. Renung pula janganlah ke langit biru, tapi renunglah ke dalam , menilai dan menilik.

Tumbuk lading Mar Bulat RM280.00


Panjang keseluruhan 18.5 inci
Bilah 13 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang sarung kayu sena
Besi sebatang

Monday, August 30, 2010

Syukur Alhamdulillah....

Allah maha kaya menjadikan manusia ia berbagai-bagai bangsa. Perangai pun berbagai-bagai. Bersyukurlah kita kepada Allah kerana kepelbagaian ini memberi ruang kepada kita untuk membuat perbandingan dan penilaian bagi membaiki diri. Ada yang baik ada yang buruk, tanpa yang buruk kita tidak tahu erti kebaikan. Sehubungan redhalah atas segala kehendaknya, terimalah seadanya perkara yang berlaku sebagai satu ketetapan Allah pada kita. Bersyukur kepada Allah kerana masih sudi menguji hambaNya yang dhoif ini. Alhamdulillah ramadhan kali ini amat berbeza. Tidak bergerak satu zarahpun, kecuali dengan iziNya. Apa yang hendak dimarahkan, Walaupun pada zahirnya kelihatan seekor babi yang sedang menyondol, hakikat yang menggerakkanya adalah daripada Allah s.w.t. Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillalah, Allahuakbar.

Jualan murah musim perayaan....

Nampaknya, bila dah dekat raya banyak pula yang buat offer, murah-murah pulak tu. Kepada sahabat semak dulu harga sebenar sebelum membeli. Buat sedikit homework sebelum membeli. Biasanya harga yang ditawarkan tidak semurah iklan. Selamat berbuka puasa dan selamat membuat persiapan raya.

Hidup berjiran...

Jiran ibarat keluarga kita yang terdekat. Mendapat jiran yang baik adalah satu rahmat. Tetapi jika mendapat jiran yang bermasalah pening juga kita dibuatnya. Kita juga adalah jiran kepada jiran kita. Cuba kita fikirkan-fikirkan, apa yang kita buat untuk menyenangkan jiran kita... ada ke tak ada? Kalau kita bergaduh dengan seorang jiran kita, mungkin dia salah atau kita salah, tetapi kalau kita berbalah dengan penduduk satu kampung mungkin ada yang tak kena dengan diri kita. Jadilah jiran yang baik untuk jiran kita.

Bakalan badik 13 inci untuk perhatian sahabat


Dua bilah besi kosong dan satu besi kimpal

Keris Selit berpamor Lok 5 offer RM600.00


Panjang keseluruhan 12 inci

Bilah 7 inci

Coteng ooo Coteng ( impian seorang sahabat )


Lading RM250.00/pcs termasuk pos dalam Semenanjung



Panjang keseluruhan 19 inci
Hulu + mata 18 inci
Mata 12 inci
Hulu kayu hitam/buwei
Sarung kayu sena

Sunday, August 29, 2010

Pantun Merapu lagi...

Cap cap kedidi cap cap
Tekukur ketitir mati seekor
Cakap jangan sebarang cakap
Dosa dibawa hingga ke kubur

Tekukur ketitir mati seekor
Mati tertelan sipadi hampa
Dosa dibawa ke dalam kubur
Maaf di pinta pada siapa

Mati tertelan sipadi hampa
Padi malinja simpan di dapur
Maaf dipinta pada siapa
Nasi ditanak menjadi bubur


Padi malinja simpan di dapur
Simpan bersama batu keramat
Nasi ditanak menjadi bubur
Akibat perangai tiada hemat

Simpan bersama batu keramat
Padi ditumbuk menjadi beras
Akibat perangai tiada hemat
Tingkah dan laku menjadi keras

Pendokok perak celup emas RM250,00 (SOLD ) a.z. kl

Tempahan sahabat ... teras gemunggal

Gagasan pemikiran tentang keris....

Terdapat pelbagai pendapat bagaimana keris-keris baru seharusnya diperbuat. Ada satu pendapat mengatakan keris-keris tempaan baru haruslah mengikut standard, pakem, ilmu dan kepandaian tukang -tukang terdahulu untuk menjadikan sesebilah keris itu "keris". Pada masa yang sama juga ada pendapat yang mengatakan industri keris baru hanya industri "duplicate" semata-mata dan tiada keaslian karya oleh tukang-tukang baru. Sehubungan itu juga ada juga pendapat yang mengatakan tukang-tukang sepatutnya menghasilkan karya keris dalam versi mereka tersendiri dan diberi nama yang tersendiri.
Kontradiksi ini kadang-kadang memeningkan untuk kita fikirkan, begitu juga dengan keaslian sesebilah keris. Design mana sebenarnya "design asli" ? Pada pandangan saya yang dangkal ini, nilai keaslian banyak ditentukan oleh masa, maklumat serta cerita. Apabila sesebilah keris itu sudah berusia maka ia dikatakan keris asli. Sedangkan pada masa ia diperbuat dahulu, ia juga menggunakan kaedah duplicate, contohnya bilah-bilah design pandai saras, bukankah terdapat beribu-ribu bilah yang hampir sama, tetapi kini ia dipanggil keris asli dan dipuja-puja. Sehubungan itu pada pandangan saya tukang-tukang sepatutnya terus berkarya dan mengeluarkan produk mengikut permintaan pembeli, serta berusaha mencari kelainan dan mencipta trade mark mereka sendiri. Ini bermakna kita menerima kedua-dua situasi. Wallahualam

*ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja dan tidak semstinya betul atau boleh dijadikan rujukan ilmiah

Ramalan kaji cuaca....

Kadang-kadang kita suka main agak-agak, kalau agak-agak tu seperti ramalan kaji cuaca tidak mengapa. Jangan kita buat tuduhan agak-agak pada seseorang tanpa usul periksa, sebab itu dosa kering. Mengikut satu kajian, ramalan/agakan ibu bersalin yang dibuat oleh pihak hospital pun tidak tepat 100%. Nampaknya istilah seorang rakan saya boleh diguna pakai dalam kes ini, (ramalan = rambangan).

Sederhana...

Jangan melatah, walaupun latah itu penyakit unik orang Melayu. Risau juga takut-takut salah latah nanti. Bila latah kita tak sedar, mulut mencarut tangan memukul, kaki menendang, segala jenis binatang dalam hutan kita sebut. Akhirnya badan letih, muka malu dan orang keliling ketawa berdekah-dekah melihat kita yang hilang kawalan diri. Latah bermula dengan "buat-buat", lama kelamaan dia jadi tabiat. Yang paling teruk bila latah kita sebut "anu" orang lain, kenapa tak sebut "anu" kita sendiri. Jika latah dah terlalu teruk ia boleh menggangu kita kerana semua orang tahu kita senang dicucuk dan dibuat main-main. Pada peringkat ini kemahiran silat pun tak berguna lagi kerana kita akan bersilat tak kira tempat dan persekitaran apabila dicucuk.

Saturday, August 28, 2010

Nasihati diri sendiri...

Menyuruh diri sendiri berkelakuan baik amat sukar, apatah lagi untuk menyuruh orang lain berkelakuan baik. Kerana itu kita hanya dipertanggunjawabkan terlebih dahulu untuk memimpin diri sendiri dan ahli keluarga kita sebelum kita keluar untuk membaiki orang lain. Dalam perjalanan ini dituntut mengenal diri untuk mengenal Tuhan, jadi apa-apa pun kita mestilah utamakan diri kita terlebih dahulu, kerana kita tidak dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas niat dan perbuatan orang lain. Kadang-kadang kita terlalu berprasangka perkara yang bukan-bukan pada Tuhan. Bersangka baiklah, insyaAllah baiklah balasan Tuhan pada kita.

Milik orang....


Melela Lok 9 RM1700.00 ( SOLD ) tq











Panjang keseluruhan 19 inci
Bilah 14 inci
Hulu geraham gajah
Sampir kemuning
Batang serunai sena
Bilah melela lok 9 ( usia sekitar 10 tahun)

Tak jual ( untuk pameran sahaja )


Kemuning akar milik sahabat. Hanya untuk tatapan bagi meleleh air liur sahabat-sahabat peminat kemuning.

Shuhudul kasrah filwahdah....

Lihatlah apa yang terjadi pada alam besar bandingkan dengan alam diri. Apa yang ada pada alam besar terdapat pada diri. Bayangkan bila kiamat besar dan bayangkan juga kiamat kecil pada diri kita, iaitu mati. Dalam pengajian sifat dua puluh secara kampung ada ungkapan "Ada pun tanda adanya Allah Taala, sekalian alam ini menjadi saksinya". Perjalanan masih jauh walaupun penghujungnya hanya akhir nafas dipangkal hidung.

Hati yang kacau.....

Hati yang bermasalah ialah hati yang kacau. Perasaan tidak tenang, keliru dan sering berada dalam gundah gulana. Kekacauan hati akan menjadikan kita kelihatan bermasalah, masalah dengan teman-teman, masalah dengan masyarakat dan paling teruk bermasalah dengan diri. Ubatnya ialah dengan mengingati Allah sama ada dengan zikir dan redha atas takdir Allah.

Friday, August 27, 2010

Untuk perhatian sahabat ( Saras selit 13 inci )

Badik sepat lam alif kilas RM280.00 ( Hadiah Peraduan )


Panjang keseluruhan 8.5 in
Bilah 4.6 in
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena

Tanda kenangan sahabat dari KL


Kayu jadi batu milik Ustaz Nazri


Tukang canai En. Johan Pasir Tumbuh.

Puasa...

Katakan pada mereka "Aku Berpuasa".

Tanda kenangan sahabat dari KL

Benci tapi rindu.....

Nampaknya pembaca blog CIKGU NASIR makin bertambah, dikhabarkan ramai juga pembaca-pembaca gelap yang tak berapa suka kepada blog ini tetapi menjadi pembaca setia. Itulah yang dikatan benci tapi rindu. Usahlah dikisahkan apa yang saya tulis dalam blog saya ini, tak perlu diulas-ulas dalam blog yang lain. Saya hanya insan kerdil sekadar meluahkan apa yang saya faham. Jika ada yang nak berjuang, berjuanglah dengan jiwa dan raga anda. Biarlah buruk rupa jangan buruk perangai dan budi. Nampaknya ada juga yang tak senang dengan tulisan-tulisan saya dalam blog ini. Saya nasihatkan agar jangan masuk dalam blog ini, kerana saudara tidak dialu-alukan di sini. Ada faham.

* semoga ibadat puasa kita diterima Allah.

Thursday, August 26, 2010

Lawi Ayam Tempahan Sahabat ( Cg M ) SOLD

Parang utk perhatian sahabat

Teruskan kehidupan....

Retorik keagungan zaman lampau kekadang menjadikan kita tidak berpijak di bumi nyata. Kita asyik bercerita, mencari cerita dan sesekali membuat cerita untuk menyatakan kitalah waris si anu-si anu yang terkenal. Ketika bangsa lain sedang membina kekuatan ekonomi dan kekuatan politik, kita terlalu sibuk mengundang kontroversi dan polemik. Ketika orang lain bersengkang mata dan memerah otak untuk membangunkan ekonomi keluarga kita pula sibuk menjadi panglima perang untuk menegakkan teori-teori yang entah benar entahkan tidak. Jadilah Panglima perang untuk membangunkan keluarga kita, usah terlalu sibuk dengan isu-isu global dan antrabangsa, takut nanti akan ditertawakan oleh budak-budak kerana nampak terlalu bodoh dan kebodohan.
*Cicit Tuan Senik Panglima Raja Patani

Wednesday, August 25, 2010

Tak mahu campur.....

Kadang-kadang malas nak campur dalam sesuatu yang menyebabkan otak boleh jadi senak. Bukan tak mahu berkawan atau memutuskan silaturrahim dengan sesiapa, tetapi bergaul dengangan manusia yang senak otak boleh menjadikan kita pun turut senak. Daripada memikirkan isu-isu yang boleh menyakitkan hati pihak lain lebih baik cari modal untuk berniaga, dapat juga untung daripada dapat dosa kering

Laptop meragam....

Bangun pagi tadi laptop tak keluar apa-apa, bantuan kecemasan telah di minta pada anak buah yang pakar. Insyaallah akan pulih secepat mungkin.

Tuesday, August 24, 2010

Kuncupkan sedikit...

Kadang-kadang bila berjalan dadanya kembang, sayapnya terbuka, dagu terangkat, tumit pula tak mencecah bumi. Itulah lagak orang muda yang berasakan dunia dan seluruh isinya dia yang punya. Bila bercakap, dialah yang paling pandai, bila berhujjah dialah yang paling pakar. Sebutlah dalam bidang apapun, dia tahu semuanya. Pendek kata dia memang hebat, pesan saya agar "kuncuplah sedikit".

Kayu buruk.... kemuning hitam


Memenuhi hajat sahabat dari Melaka

Seorang sahabat dari Melaka berhajatkan sedikit kemuning emas dan kemuning hitam untuk hulu. Jadi petang tadi saya luangkan sedikit masa demi memenuhi hajat beliau. Kalau potong pakai kapak makan masa 30 minit, pakai mesin 1 minit sahaja.

Tempahan Sahabat ( SOLD )

Ular merah...

Kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat yang suka masuk hutan, suatu hari ia bertembung dengan segerombolan pelbagai haiwan yang sedang melarikan diri kerana ketakutan. Mereka seolah-olah dikejar oleh sesuatu yang sangat garang. Dalam persembunyian sahabat itu menanti dengan sabar untuk melihat apakah yang mengejar mereka sehingga gajah pun lintang pukang melarikan diri. Rupa-rupanya hanya seekor ular kecil yang bewarna merah. Kenapa semua haiwan melarikan diri ? Wallahualam.

Monday, August 23, 2010

Ukur baju ikut badan sendiri....

Ini adalah salah satu peribahasa Melayu. Peribahasa ialah rangkaian kata yang mempunyai maksud tersirat selain daripada apa yang di paparkan. Dalam kontek pengajian pula, ia memberi ingatan agar kita sedar diri dan redha atas apa yang kita ada. Kadang-kadang kita mengimpikan sesuatu yang terlalu tinggi, sehingga tak sampai tangan dan galah untuk menjoloknya,mendongok pun dagu dah mengadah ke langit. Bukan salah mengimpikan buah dihujung dahan, kalau sanggup menunggu pasti ia akan gugur di ribaan. Tak perlu panjat, tak perlu galah dan tak perlu dongak-dongak, sabar mengatasi segalanya. Tapi kalau nak cepat juga, bersedialah untuk menanggung risiko. Ada berani...

Keris Selit Sampir kusriwa bersaudara ( Tempahan sahabat )

Bilah lurus

Hulu/sampir/buntut kemuning emas
Batang serunai sena

Kurang entry senjata...

Pertengahan ramadhan ini, ada sahabat-sahabat bertanya kenapa kurang entry senjata dalam blog. Bukan tak ada senjata yang nak dijual, tetapi saya tak mahu keterlaluan menggoda sahabat-sahabat dengan senjata warisan. Sebenarnya jualan masih lagi berlaku di rumah dan melalui pesanan-pesanan terus sama ada melalui email/sms/telefon. Kepada sahabat-sahabat yang sudah mula ketagih, ingat-ingat ..raya dah dekat, nanti tak terbeli kuih raya..isteri hidangkan keris dan badik sahaja atas meja.


* Baju Melayu dan songkok dan beli ke belum ?

Jalan mengenal dan jalan sabar....

Bukan mudah untuk berjalan dengan istiqamah dalam jalan mengenal, ia mesti disertakan dengan jalan sabar (soba). Kadang - kadang kita cepat mengeluh bila berasa gagal, itu bukan gagal, itu adalah COBAAN, bukan betul-betul, COBAAN. Ujian-ujian kecil inilah yang akan menjadikan diri kita lebih kuat untuk menghadapi INI BETUL-BETUL nanti, iaitu mati.

Cuba teka siapa saya...... ( Peraduan tamat)

Blog Cikgu Nasir sedang mencari pengunjung yang dapat meneka dengan tepat apakah benda/spesies yang terdapat dalam entry ini. Pengunjung yang dapat memberikan jawapan tepat sama ada melalui sms/email akan diberikan hadiah sebilah badik sepat lam alif kilas.

* Syarat penyertaan :
- Akil baligh
- Kalangan tukang senjata warisan tidak dibenarkan
- Menghantar jawapan untuk nama benda sahaja, bukan esei atau karangan.
- Sekiranya jawapan tepat, mesti menuntut hadiah daripada tuan punya blog Cikgu Nasir, Jangan minta dengan tuanpunya blog lain.



Sunday, August 22, 2010

Main kejar-kejar...

Mengapa orang kejar kita, jawabnya sebab kita lari. Mengapa kita lari, jawabnya sebab orang kejar kita. Jadi jangan kejar atau jangan lari. Jom, kita main kejar-kejar.

Sibuta dari gua hantu....

Cerita Sibuta dari Gua Hantu memang hebat, hero yang buta boleh buat macam-macam hingga boleh mengalahkan puluhan lawan yang celik. Itu cerita wayang, cerita benarnya janganlah kita menjadi seperti orang buta yang tiada tongkat dan tiada tukang pimpin. Jangan jadi "aku dengar orang lihat" tentang si anu-sianu,begitu dan begini. Sebaiknya carilah tongkat dan carilah tukang pimpin untuk mengetahui hal ehwal dunia, bukan meraba-raba kemudian bertempik "inilah kebenaran". Malangnya tukang pimpin pula buta hatinya.....

Mancungnya hidung.....

Kadang-kadang hidung yang terlalu mancung juga memberi masalah. Bukan masalah apa, masalah tak reti malu dan tak reti bahasa. Zaman moden ini pakaian China, India , Melayu hampir sama... sama-sama tidak menutup aurat. Kepada jurulatih-jurulatih silat, saya syor, nasihati dan beri teguran pada pelatih-pelatih kita tentang aurat dan batas-batas pergaulan dalam Islam. Hebat dalam silat sahaja tidak memungkinkan kita dapat menepis pukulan malaikat di dalam kubur. Jurulatih pula jangan ambil kesempatan untuk turut sama "bergalak" dengan anak-anak gadis orang. Anggaplah mereka itu adik-adik kita dan juga anak-anak kita. Asuhlah mereka contoh akhlak yang terpuji. Buang perangai "gedebe", buang lagak samseng, buang juga sikap suka memburuk-burukkan jurulatih lain. Ajarlah anak-anak murid kita dengan ilmu silat, fardu ain dan juga adab sopan.


Saturday, August 21, 2010

Buka pose dgn kawan-kawan dan keluarga di Syam Restoren Kota Bharu

Pantun merapu lagi...

Buah sentol besar berbiji
Buah setiar manis berisi
Kalau betul ikhtiar diri
Apa dicanang harus menjadi




Bermain dengan ludah...

Pesan orang-orang tua jangan meludah ke langit, nanti terpalit diri sendiri. Kadang-kadang kita suka meludah. Ludah sana, ludah sini. Hampir semua orang kita tak berkenan dan kita ludah, sama ada di depan atau di belakang. Lama-kelamaan kita terlupa siapa dan apa yang kita pernah ludah suatu masa dahulu. Mungkin sekarang kita terpaksa bermain-main di laman tempat yang pernah kita ludah dulu. Itulah, sebagai manusia yang tidak sunyi daripada kesilapan, ambilah iktibar dan pengajaran, barulah aman penghidupan.

*kurangkan meludah di bulan ramadhan

Sundang utk perhatian sahabat-sahabat ( SOLD )

Friday, August 20, 2010

Jalan-jalan kenangan

maaf foto tak dapat dibesarkan. foto asal dlm http://gayongwarisankelantan.blogspot.com/

Bilah baru siap.



Bilah-bilah baru siap dari beberapa orang tukang

Translate....

Pelbagai kaedah untuk khusyuk dalam solat diajar kepada umum. Antaranya ialah "translate" dalam hati setiap bacaan solat kita. Tujuannya untuk mengisi ruang agar hati/ingatan tidak menerawang ke arah lain. Bagi kita yang tidak berbangsa Arab mungkin boleh pakai, tapi bagi orang Arab pula, ke dalam bahasa apa mereka nak "translate" untuk mengisi ruang tadi. Fikir-fikirkan.


*Bukan senang nak tenang

Ada teringat , buang lagi teringat...

Apabila hati sudah terikat dengan permainan dunia, biasanya ia sering bermain dalam kotak fikiran kita, terutamanya dalam solat. Permainan pula macam-macam, ada haiwan, ada besi, ada kayu, ada batu, ada kertas. Ada yang ekstrem cuba membuang terus semua permainan tadi, ada yang buang separuh-separuh. Tujuannya hanya satu agar hati tidak terikat dengan permainan. Tapi ada juga kes, bila dah dibuang semua permainan, hati lagi teringat sehingga terganggu ibadat... lagi parah. Ada juga pendekatan terus bermain dengan permainan yang sama tapi melihat dalam sudut yang berbeza, misalnya memasukkan ilmu tauhid dalam semua permainan kita. Hati lebih tenang, hobi jalan..ilmu pun jalan. Wallahualam.

Thursday, August 19, 2010

Minyak cendana..

Alhamdulillah, jualan minyak cendana saya masih lagi laris dan tidak putus-putus permintaanya. Walaupun dipasaran terdapat pelbagai minyak moden tetapi minyak cendana asli yang telah dikenali turun temurun oleh nenek moyang kita duduk dalam kelasnya tersendiri, klasik dan berkesan untuk merawat keris. Minyak cendana yang saya jual masih perlu dicairkan sebanyak 4 kali lagi dengan minyak zaitun atau lain-lain minyak kerana ia masih terlalu pekat dan likat. Untuk menimbulkan aroma yang berbeza boleh dicampur dengan pati haruman lain seperti kasturi dan sebagainya. Minyak terbaik untuk keris yang terbaik

Peramal yang baik....

Seringkali hamba Allah yang berada di jalan tasauf diberi gerak hati tentang peristiwa yang sedang berlaku dan bakal berlaku, termasuk yang jauh terselindung dari mata lendir. Anugerah Allah Taala ini jangan pula kita jadikan modal untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk. Bukan itu tujuan perjalanan ini. Jangan leka, teruskan melangkah.


Rezeki Allah tidak terduga...

Alhamdulillah, bersyukurlah kita semua kepadaNya. Tidak pernah kita minta dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Berterima kasihlah kepada ibu bapa kita kerana melahir, membesar dan mendidik kita. Berterimakasihlah kepada guru-guru kerana sudi membimbing kita. Bersyukurlah kerana diberi kawan-kawan yang dapat memberi tunjuk ajar ketika kita silap, menegur ketika kita alpa dan menangis ketika musuh-musuh sedang ketawa. Bersyukurlah kita kerana diberi rezeki yang melimpah ruah di bumi Melayu ini tanpa dengki dan khianat. Allah Maha Kaya, Allah Maha Bijaksana. AllahuAkbar.

Ramadhan ini.....

Tasauf adalah pasal hati, hanya diri sendiri dan Tuhan yang tahu keadaan hati kita. Namun gambaran hati terlukis jua pada perkataan dan perilaku. Pemahaman tentang taqdir, qada dan qadar akan menjadikan hati kita lebih tenang dan redha kepada kehidupan yang telah siap direncanakan oleh pemiliknya.

Wednesday, August 18, 2010

Untuk perhatian sahabat



Hulu patah 3 untuk bilah 10-13 inci

Nilai dan menilai...

Setiap manusia ada hak untuk membuat penilaian. Nilai pula kekadang berbeza antara invidu berdasarkan pendidikan dan latar tempat yang dihuninya. Penilai biasanya bersandarkan fahaman mereka sendiri, sehubungan itu Al-quran dan hadis adalah sandaran terbaik sebagai rujukan penilai. Sumber-sumber lain tidak salah tetapi tidak boleh mengatasi kedua-duanya.

Tuesday, August 17, 2010

Istimewanya manusia...

Ciptaan tuhan yang istimewa untuk mentadbir alam ini.. manusia. Diberi nafsu dan aqal serta panduan dari Tuhannya. Dalam persilatan manusia mengkaji pergerakan-pergerakan dan rahsia gerak manusia untuk dijadikan sebagai alat memepertahankan diri dan juga alat untuk melancarkan serangan terhadap musuh. Pemahaman yang mendalam tentang gerak dan sifat semulajadi akan membantu seseorang mencipta gerakan-gerakan ibarat air mengalir dan tidak bercanggah dengan posisi semulajadi. Guru-guru silat yang handal biasanya memahami pergerakan semulajadi manusia untuk dijadikan sebagai pakaian mereka. Menuntutlah selepas belajar.

Pengalaman mengajar erti hidup....

Kadang-kadang kepahitan masa lalu mengajar kita erti kemanisan pada masa hadapan. Kepahitan masa lalu ibarat ubat yang menjadikan kita lebih lali/imun dengan ragam kehidupan masa kini. Kadang-kadang dugaan pada hari ini tidaklah seteruk yang pernah kita lalui pada masa dahulu. Jadi kepahitan hari ini juga ubat pada masa hadapan. Telanlah ia walaupun pahit, kerana tidak bergerak satu zarah pun melainkan dengan izin Tuhan.

Untuk prhatian sahabat ( T.A )



Panjang keseluruhan 17 inci
Bilah 12 inci

Simpan sedikit....

Biasanya dalam mengajar sesuatu yang istimewa terutamanya ilmu persilatan, guru akan memilih murid yang betul-betul boleh dipercayai untuk diperturunkan semua ilmunya. Bukan apa, biasanya guru risau takut anak murid lupa diri dan mengkhianati guru. Ada baik dan ada buruknya. Yang buruknya ialah ilmu tersebut semakin lama semakin terhakis. Yang baiknya pula ialah guru rasa aman dan selamat daripada anak murid yang belum pasti hujung jatuhnya.

Keris Lurus berpamor ( baru) RM750.00 SOLD



Panjang keseluruhan 17 inci
Panjang bilah 13.8 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena plot