Proses jual beli yang baik biasanya akan menerbitkan hubungan baik antara pembeli dan pelanggan. Bermula dengan urusan perniagaan akhirnya terbit pula hubungan persahabatan. Keadaan ini boleh berlaku jika urusan jual beli berakhir dengan baik. Sebaliknya, jika urusan jual beli yang berakhir dengan krisis maka akan terjejaslah hubungan dan suasana akan menjadi keruh. Penyebab krisis boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah sikap tidak matang dan tidak profesional, tidak heran air muka jatuh, campurtangan pihak ketiga serta unsur-unsur khurafat, penipuan dan sebagainya. Moralnya ialah:
1. Berfikir dengan waras dan profesional sebelum berlaku urusan jual beli.
2. Jagalah nama baik kita agar disebut orang dengan sebutan yang baik-baik.
3. Wang bukan segala-galanya berbanding maruah yang tercalar kerana duit.
No comments:
Post a Comment