sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, January 28, 2010

Kenapa berlaku pada ku....

Kadang-kala terfikir juga kenapa sesuatu tragedi/perkara buruk berlaku pada kita. Apa salah kita? Apa dosa kita? Kalau direnung dalam-dalam nescaya terserlah jua hakiqat indahnya pekerjaan Allah s.w.t terhadap hambaNya. Mungkin ia sebagai satu batu loncatan untuk mengangkat darjat kita, mungkin juga untuk mengingatkan kita agar jangan alpa. Mungkin juga untuk mengajar kita hakikat yakin dan hakikat sabar.
*tidak diuji juga merupakan satu ujian

3 comments:

ANAFAKIR said...

Kita ini dimiliki ALLAH sepenuhnya.Secara total dan mutlaknya.Hakikatnya, kita tidak perlu bertanya kenapa dan mengapa kita menerima ujian dan rintangan dari-Nya.Terserah kepada-Nya untuk menentukan apa sahaja ke atas diri kita HARUS bagi-Nya.Kita kan hamba, maka sudah selayaknya hamba menerima sahaja apa yang ditentukan ke atas dirinya.Hamba kepada raja pun tidak berani kita mengeluh jika dikenakan macam-macam hukuman, apatah lagi kalau kita menjadi hamba kepada RAJA SEGALA RAJA.Redha dan berlapang dada lah dengan apa yang ditakdirkan.Itu sebaiknya.DIA lebih tau apa yang terbaik untuk kita.Derita, senang, mewah, kaya, miskin dan sebaris dengannya hanya pada perasaan kita yang jahil ini sahaja sedangkan di sisi-Nya itu adalah tanda kasih dan sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya.

Dijemput ke laman blog saya http//www. mutiaranafakir.blogsport.com

ANAFAKIR said...

pembetulan : mutiaranafakir.blogspot.com

CekYi said...

Sesungguhnya Dia mengetahui apa2 yang ada hihadapan dan di belakang kita.. Dulu aku tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku pada diri ku.. bila direnungkan kembali ianya hendak aku kembali kepadanya.. mendengar suara aku.. ingatkan kepadanya.. mungkin juga dulu aku terlupa