Mengimbau kembali kenangan semasa budak-budak, sekitar tahun 70 an. Boleh dikatakan lembing lebih diminati berbanding keris di Kelantan. Hampir setiap rumah memiliki lembing. Ada pelbagai jenis lembing, dari jenis daun buluh hinggalah batang menerung. Kalau yang susah mendapatkan bilah besi mereka hanya menggunakan lembing daripada batang nibung sahaja. Kini ilmu permainan lembing jarang-jarang diajarkan kepada generasi baru. Mungkin kerana penggunaanya yang sudah tidak praktikal pada zaman ini atau kerana generasi yang mewarisi ilmu ini hampir pupus. Lembing-lembing lama bukan sebarang lembing, ia dibuat khusus bukan untuk latihan , sebaliknya sebagai alat untuk mempertahan maruah diri dan keluarga. Jika kita mewarisinya, jagalah ia dengan sebaiknya. Jangan dirosakkan bilahnya, amat rugi jika bilah antik dah rosak. Bukan kerana harganya tapi kerana nilai sejarahnya.
Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
saya byk terjumpe dan bace ttng beza lembing dan tombak,tapi kadang2 masih keliru jugak.hehe..bile ada dpn mata tu,terfikir2 je,lembing ke tombak ni.hehe
haa...ni saya tolong jawap bagi pihak cikgu nasir ya. ehehe.
tombak ni bilahnya lebar dan hujung batang kayunya tajam, gunanya dahulu untuk menghalang kemaraan tentera diraja/ bergajah. Juak akan membenamkan hujung kayu ke dalam tanah dan menahan kemaraan gajah, gajah ni pula sensitif, kalau terkena / tergores kulitnya gajah akan berundur. tapi kalau gajah dah naik minyakkkk... kena pijak pijak ler juak tu. kasiaannnn....
lembing pula digunakan untuk melontar dan itu kena tanya cikgu, saya kurang pandai. :)
Lembing sifat bilahnya seperti keris, tapi hulunya panjang. Sesuai untuk dilancar ( lontar) tapi dalam permainan gayong dinasihatkan agar tidak melontar lembing ke arah musuh, bimbang lontaran tak tepat (tidak berkesan), sebaliknya lembing jatuh ke tangan musuh. kita pula yang kena cabut lari sebab akan ada permainan baling-baling lembing
Dalam permainan lembing, ia juga boleh dipusing macam kipas helikopter dengan memegang bahagian hujunag batangnya. Ia digunaan utk melibas lawan terutamanya bahagian kepala dan juga kaki. (kalau nak tengok permainan lembing gayong boleh tengok dalam filem loceng maut. Perlawanan antara cikgu Awang Daud dan Omar Syarif di tepi pantai)
Terima kasih cikgu & syahir.hehe..bertmbh jelas lg. =)
Mcm mana sy nak hubungi cikgu nasir
Post a Comment