sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, February 19, 2009

Menjawab soalan sahabat - sostiram

Soalan :
Kalau boleh bertanya, panjang lembing ( dari hujung mata sampai hingga hujung batang ) paras mana? adakah paras dada, paras kepala atau paras pusat ? Dan juga dari pengamatan cikgu teknik silat tongkat kelantan ( tongkat paras pusat ) bolehkah diaplikasi untuk permainan lembing? - Sostiram

Jawaban:
-Pada pendapat saya sebagai seorang pengamal persilatan yang menggunakan lembing sebagai salah satu daripada senjata latihan, saiz yang sesuai ialah hujung bilah lembing sekurang-kurangnya mesti melebihi paras kepala.
- Dari pengamatan saya juga teknik silat tongkat kelantan boleh diaplikasikan dalam permainan lembing, tetapi tidak semuanya. Ini kerana lembing mempunyai bilah. Sehubungan itu serangan lembing lebih bertumpu pada bilahnya. Manakala serangan tongkat pula boleh menggunakan kedua-dua putingnya tanpa had.
- Saiz lembing adalah lebih panjang dari tongkat kelantan (paras pusat), cara memutar, melibas juga turut berbeza.
- Yang paling penting, cara tikaman lembing lebih menyerupai tikaman bennet tentera.

Wallahualam.

1 comment:

sostiram said...

Terima kasih cikgu atas maklumat yang diberi. Mengikut maklumat yang saya dapat sukatan pelajaran permainan lembing dan tombak ini sudah semakin dipupuskan dalam kurikulum kebanyakan silat melayu kerana dipandang tidak begitu penting dalam kehidupan masa ini. Saya rasa ini adalah tidak patut kerana sebagai senjata perang ianya sangat sesuai untuk menghadapi penceroboh yang ramai, lebih-lebih lagi yang bersenjata. Paling hampir yang ada dalam kebanyakan perguruan silat ialah permainan tongkat. Pada pandangan saya permainan lembing adalah permainan hulubalang manakala permainan tongkat adalah permainan orang kebanyakan. Semoga cikgu dapat mengajar permainan lembing ini agar ianya tidak hilang begitu sahaja. Saya juga mendapat maklumat permainan pedang dan perisai ( otar-otar) juga telah jarang diajar kini, melainkan mungkin kepada murid kelas tinggi.