Dalam mencari sesuatu yang berharga, jalan yang dilalui mungkin sukar sedikit. Tidak terlintas di hati saya untuk menunjuk pandai atau sombong diri. Tujuan saya berkongsi maklumat dan pengalaman ialah untuk kebaikan bersama. Misalnya untuk menjawab teka-teki pagi ahad ada sahabat yang sangggup membeli buku sifat dua puluh untuk menyemak kembali ilmu tauhid yang pernah kita belajar masa budak-budak dahulu. Jawapan tidak penting, yang penting ialah usaha untuk mencari jawapan.
Manisnya ilmu jika ia dicapai dengan jalan usaha dan sabar.
Tuesday, February 10, 2009
Jangan gelojoh..
Posted by Mohd Nasir at 8:25 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
baik cikgu..akan saya ikut nasihat mu cikgu...
tekiu..
hehe
betul tu cikgu, ilmu yang diperolehi dengan jalan usaha dan sabar lebih lekat di hati, manakala yang diperolehi dengan jalan mudah dan cepat kebiasaannya hanya bertahan sebagai modal berborak di kedai kopi atau dilupa terus. Jangan berburuk sangka terhadap guru (selagi mana tidak menyuruh kepada maksiat)kerana guru tahu apa yang terbaik untuk kita. Tiadalah guru berniat mengujub diri, cuma menyampaikan amanah dengan cara yang kadang-kadang tidak difahami murid.
Post a Comment