sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, February 26, 2009

Bilah Tembus ( berlubang) 2 pandangan berbeza

Kebanyakan peminat senjata warisan Kelantan percaya bahawa senjata yang tembus bilahnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri (tidak dapat dibuktikan melalaui data emperikal) dan sentiasa menjadi buruan. Saya juga membesar dalam pandangan yang sama. Saya berasa amat beruntung sekiranya mendapat badik atau keris tempaan yang pecah/tembus terutama pada "mar badik" Lain padang lain belalang, mengikut pendapat Ucu Noh Kg Paloh Parit Perak, senjata berbilah tembus kurang sesuai untuk dipakai kerana ia melambangkan ketidaksempurnaan besi. Ia juga seolah-olah mengambarkan keadaan pecah-belah, sepatutnya dihindarkan. Wallahualam.

No comments: