Sahabat ialah teman sejati pada saat susah atau senang. Sering menegur dan memberi nasihat. Ketika semua orang memuji dia akan mengkritik demi memperbaiki kelemahan diri. Ketika semua orang mengeji dan memaki dialah yang hadir menghambakan diri memujuk hati.
Kawan ialah teman semasa ketawa dan bergembira, ada kesempatan dia dahulu makan. Ketika bersorak dialah ketua, ketika terdesak kitalah mangsa.
Friday, October 31, 2008
Antara sahabat dan kawan
Posted by Mohd Nasir at 12:06 PM 0 comments
Apabila dah benci....
Janganlah kita terlalu membenci seseorang sehinggakan kita sudah tidak lagi nampak kebaikan yang ada pada dirinya. Walaupun ia bersalah pada kita, tunjukan sedikit kebencian untuk mendidik mereka agar kembali ke pangkal jalan. Ujian untuk mereka ujian untuk kita juga.
Posted by Mohd Nasir at 6:30 AM 0 comments
Monday, October 27, 2008
Jualan Harga Runtuh Bulan Oktober
Posted by Mohd Nasir at 6:01 AM 0 comments
Saturday, October 25, 2008
Sekadar membimbing dari kejauhan.....
Tidak ada insan lain yang boleh tolong mengatur dan mengangkat tapak kaki seseorang untuk berjalan. Kalau adapun hanya untuk setapak dua dan sehari dua sahaja. Maka berjalanlah kita dengan kudrat anugerah Allah di muka bumiNya. Dalam perjalanan tidak akan ada orang yang sanggup menemani kita sepanjang masa, kerana itu bukan urusan mereka. Dari kejauhan seorang sahabat hanya mampu membimbing jika ia pernah sampai ke destinasi yang kita ingin tuju. Mintalah pedoman, panduan dan nasihat semoga perjalananya dahulu bisa memberi sedikit iktibar kepada kita. Pemandangannya mungkin sudah berubah, masa merubah segalanya. Tetapi tujuan dan destinasi masih sama. Tetapkan iman ( haqqul yaqin) teruskan perjalanan ini walaupun nyawa jadi taruhan.
Posted by Mohd Nasir at 3:54 PM 1 comments
Tikam menikam
Dalam permainan keris, tikaman yang paling berkesan ialah apabila lawan bergerak dengan keadaan tapaknya sumbang. Jika kita dan lawan dalam keadaan bersedia serangan atau tikaman tidak dapat dilancarkan, ini kerana keris lawan juga sentiasa menghala kepada kita. Akibatnya kita mencari bala kerana kita juga akan terkena. Sehubungan itu perkataan makan gerak dalam gerak amat sesuai dalam konteks ini. Dalam ilmu persilatan orang yang memulakan serangan atau bergerak biasanya akan terkena atau terkunci. Walau bagaimanapun ada juga gerakan atau serangan untuk mengumpan musuh agar bergerak untuk kita melakukan serangan kedua. Dalam konteks ini orang yang memulakan gerakan atau serangan akan menang.
* Apa gunanya tikam menikam
Posted by Mohd Nasir at 3:39 PM 0 comments
Ujian sebenar.....
Dalam perjalanan untuk kembali kepada Nya kita sering bercakap tentang ujian. Ujian samalah seperti peperiksaan awam yang dihadapi oleh anak-anak kita hari ini. Bercakap tentang ujian yang sebenar, ujian yang disediakan oleh guru-guru tasauf atau tariqat hanyalah peperiksaan percubaan sahaja. Walaupun markahnya dapat "A+" ia tidak diambil kira dalam sijil PMR,SPM dan STPM. Ini kerana ia hanya diperingkat perguruan kita sahaja. Bukan dalam gelanggang sebenar. Ujian sebenar ialah kehidupan seharian kita yang penuh dengan ranjau dan duri, kesenangan , kemewahan , pangkat , harta dan masalah yang kita hadapi itulah ujian sebenar bagi seorang yang ingin kembali menemui Tuhannya.
* Kepada murid-murid ku selamat menduduki peperiksaan STPM .
Posted by Mohd Nasir at 2:53 PM 0 comments
Siapa yang merancang...
Kekadang terlintas difikiran, "hebat juga perancangan aku ni, nampaknya semua berjaya" . Inilah dugaan besar untuk seorang hamba. Kehebatan Tuhan kini mula dikaburi oleh sekelumit kehebatan anugerah Allah kepada manusia, yang memang pastinya tidak hebat.
Akhirnya kita berasa bahawa kita telah dapat mengatai perasaan tadi setelah kita berhempas pulas berikhtiar dan berusaha. Alangkah seronoknya rasa di hati.
Sebenarnya kita masih lagi tertipu kerana masih terasa wujud aku mengatasi wujud Allah , Qadhi Rabbul Jalil
Posted by Mohd Nasir at 6:57 AM 0 comments
Friday, October 24, 2008
Pesanan kepada pengunjung
Untuk menjadikan suasana lebih harmoni dan selesa untuk semua, sebarang pertanyaan bolehlah di emailkan terus kepada saya terutamanya tentang perkara-perkara yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka.
Posted by Mohd Nasir at 4:39 PM 0 comments
Tuesday, October 21, 2008
Melihat Tanda Kebesaran Allah
Maha berkuasa Allah Taala menjadikan manusia pebagai bangsa, warna kulit,bahasa dan ragamnya. Apabila kita tapakan lidah di gua peribadi kita seketika semakin jelas tanda-tanda itu kelihatan. Subhanallah.
Posted by Mohd Nasir at 5:38 AM 0 comments
Macam-macam......
Cerita 1 :Kadang-kadang saya tersenyum seorang diri mengingatkan ungkapan seorang sahabat semasa ronda-ronda bersamanya baru-baru ini, antara lain katanya dia tak heran kalau Melayu mempunyai sifat dengki dalam apa jua perkara terutama perniagaan.
Cerita 2 : Semasa saya ke Gua Musang jumaat lepas sambil bersembang, rakan karib saya seorang ustaz yang juga seorang ahli perniagaan menegaskan kepada saya bahawa jika rezeki itu dijanjkan oleh Allah untuk kita ia akan sampai juga ke tangan kita, walaupun seribu kali dimaki.
Moralnya, kita buat kerja kita sebaiknya, jalankan tugas kita dengan tekun kerana itu memang tugas kita. Bagi mereka yang sibuk tentang kerja kita biarkan, memang itu kerja dia. Nak kata gapa. Dah lagu tu. Nak wat lagu mana lagi. Kerja Dia.
Posted by Mohd Nasir at 4:49 AM 1 comments
Sunday, October 19, 2008
Sembang seorang sahabat....
Walaupun tidak mempunyai sijil dan ijazah, harta tak menimbun, tak berkereta besar, kerjanya hanya bertukang dengan kemahiran dan bakat anugerah Allah. Cakapnya sentiasa berlapik dan penuh isi. Nasihat dan peringatan sering terpacul dari mulutnya.
Bila bercakap tentang rezeki, pesannya jangan ingat kita yang bijak merancang itu dan ini, tapi kena ingat ketentuan tuhan atas hambanya. Ada turun dan ada naik. Ada yang senang dahulu susah kemudian, ada yang susah dahulu senang kemudian dan ada yang sederhana sahaja dahulu dan kemudian. Pesannya carilah rezeki dengan cara yang halal, jangan menyusahkan orang.
Posted by Mohd Nasir at 3:36 PM 0 comments
Saturday, October 18, 2008
Friday, October 17, 2008
Kuatkah kita....
Dalam kontek negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama ( majmuk) bangsa yang lembap akan ketinggalan. Kekuatan bangsa diukur melalui beberapa skala, antaranya ialah skala kuasa politik, skala kuasa ekonomi, skala perpaduan dan juga skala ketrampilan keturunannya.
Bangsa yang gagal mengekalkan identiti bangsanya dan tenggelam dalam arus globalisasi tidak mampu bertahan lama. Apabila nilai-nilai murni bangsanya sudah ditukar ganti dengan peradaban baru yang tidak difahami, maka kita lihat bangsa kita secara beransur-ansur tengelam dalam gelombang ganas keruntuhan sosial. Bukan kita menolak permodenan dan globalisasi tetapi kita menolak akhlak buruk yang bercanggah dengan tuntutan agama serta serangan pemikiran yang menjejaskan legasi dan inspirasi pejuang-pejuang bangsa.
Posted by Mohd Nasir at 4:40 PM 0 comments
Ujian
Kadang-kadang seorang penuntut dalam ilmu ketuhanan berasakan dirinya dipinggirkan oleh tuhannya. Ini berlaku kerana ia tidak memperolehi apa-apa kelebihan, ia mula menjadi risau kerana sahabat-sahabatnya kelihatan melalui ujian-ujian yang dapat menaikkan darjatnya. Hatinya mula sedih, guru pula seolah-olah tidak peduli lagi padanya. Sebenarnya itulah ujian untuk dirinya. Tidak diuji itulah ujian. ( reda atas kehandak tuhan bukan atas kehendak insan)
Posted by Mohd Nasir at 3:05 PM 0 comments
Thursday, October 16, 2008
Line internet slow..
Maaf kepada sahabat-sahabat, saya gagal uploadkan foto penuh keris gading dan zamrud kerana internet saya sehari dua ini memang slow. InsyaAllha bila keadaan pulih saya akan usahakan. Terima kasih atas sokongan dan perhatian sahabat semua.
Posted by Mohd Nasir at 2:31 PM 0 comments
Wednesday, October 15, 2008
Tuesday, October 14, 2008
Bila dah hebat...
Jalan hakikat banyak ujiannya, kadang-kadang dengan rahmat Allah kita naik dengan cepat, malangnya bila naik dengan cepat ada perkara-perkara yang kita tidak berapa faham, terutamanya lumrah dan peraturan hidup. Bila dah berada di atas, kita mula nampak macam-macam. Antaranya ialah peluang untuk menambah kekayaan. Bila terlintas sahaja hasrat untuk hidup mewah, Allah bukakan beberapa jalan. Tetapi kita sering lupa bahawa kita masih jua dalam perjalanan menuju pada Nya dan belum masanya menuai hasil.
* Jangan ambil kesempatan atas ikhlas dan taksub anak murid untuk cari wang.
Posted by Mohd Nasir at 2:32 PM 1 comments
Wujudkah aku....
Kadang kala kita terlalu ghairah dalam sesuatu majlis sehingga kita lupa bahawa kita juga wujud. Jika kita terlupa, saya suka menggunakan istilah tidak sedar diri dalam kontek ini. Dalam keadaan tidak sedar diri inilah kehebatan seseorang yang merintis jalan hakikat menjadi pudar. Kenapa? kerana lalai dan alpa . Nasihat saya, jangan lupa diri.
Posted by Mohd Nasir at 2:26 PM 1 comments
Mencari diri....
Sebagai seorang yang waras dan beriman pada hari akhirat, jalan akhir muslim ialah kembali kepada jalan mengenal tuhannya. Dalam pencarian ini banyak jalan yang terbentang. Ada jalan mati, ada jalan berliku, ada jalan berlubang dan ada jalan runtuh.
Adalah dikira bernasib baik jika anda bertemu jalan yang lurus, walau bagaimanapun jalan lurus terlalu panjang untuk diterokai. Waspada pula jika ada jalan pintas yang ditawarkan. Dikhuatiri tak sampai atau perlukan minyak yang berlebihan untuk penunjuk jalan. Penunjuk jalan zaman ini menawarkan ilmu tetapi meminta komisyen yang terlalu tinggi. Fikir-fikirkan.
Posted by Mohd Nasir at 2:20 PM 1 comments
Lelaki dan perhiasan
Berbanding wanita, kaum lelaki agak terbatas barang perhiasannya. Perhiasan kaum lelaki zaman moden tertumpu pada cincin dan juga jam. Oleh kerana emas tidak boleh dipakai oleh lelaki maka tumpuan lebih diberikan kepada kualiti batu permata berbanding logam yang mengikatnya. Antara batu permata yang mendapat perhatian ialah zamrud. Manakala zamrud dari columbia adalah yang terbaik kualitinya masa kini.
Pada pandangan saya, untuk memakai zamrud kita perlu mengambil kira beberapa perkara :
1. Saiz batu permata ( lihat juga saiz jari kita)
2. Warna
3. Kejernihan ( lut cahaya)
4. Kadar kotoran pada batu
5. Keretakan pada batu.
7. Bajet ( paling penting)
Sehubungan itu, sahabat-sahabat yang baru berjinak dengan zamrud, rajin-rajinlah berkungjung ke kedai-kedai permata untuk membandingkan harga agar tidak tertipu.
Posted by Mohd Nasir at 2:05 PM 0 comments
Tip membeli keris antik
Ramai peminat keris yang teruja apabila melihat keris-keris yang kelihatan buruk dan usang. Terpacul dari mulut mereka " keris lama ni". Kebanyakan keris lama yang tidak dijaga akan runtuh bahagian hujungnya, sama ada kerana kesan darah ataupun kerana berkarat atau tidak dijaga. Biasanya untuk menjadikan ia kelihatan sebilah keris yang masih sempurna, hujung keris akan dipotong sedikit dan dibentuk semula menggunakan canai atau batu pengasah. Kemudian ia akan melalui beberapa proses rahsia yang akhirnya mengelirukan pembeli yang tergesa-gesa, baru, tidak bernasib baik serta kurang pengalaman.
Posted by Mohd Nasir at 1:56 PM 0 comments
Monday, October 13, 2008
Perhatian :
Kepada sahabat-sahabat yang telah membuat tempahan sama ada keris atau pun cincin/ permata yang sudah melebihi tempoh persetujuan pembayaran. Sila hubungi saya untuk memastikan status tempahan saudara. Bagi sahabat yang telah membuat pembayaran deposit sila hubungi saya untuk dikembalikan deposit anda.
Untuk perhatian En. Hashim : Sila hubungi saya untuk mengambil balik wang deposit
Posted by Mohd Nasir at 3:46 PM 0 comments
Sunday, October 12, 2008
Keletihan yang amat
Minggu ini bermula lagi fasa-fasa sibuk dlam rutin harian saya, sekolah dan ngajar silat. Selepas berehat selama sebulan latihan pertama hari ni saya pulun betul-betul pelajar-pelajar saya. Tapi bila dah tamat latihan saya pula yang terlebih letih.
2 bentuk zamrud yang dihajati sahabat tak larat nak uploadkan. Maaf kepada sahabat dari negeri jelapang padi.
Posted by Mohd Nasir at 10:11 AM 0 comments
Friday, October 10, 2008
Keris Gelanggang ( untuk perhatian sahabat yang inginkan informasi)
Posted by Mohd Nasir at 4:42 PM 0 comments
Kunjungan Hari Raya Ke rumah Pak Ngah Izahar
Posted by Mohd Nasir at 4:52 AM 1 comments
Wednesday, October 08, 2008
Fikir-fikirkan....
Kalaulah saudara merupakan waris kepada keturunan pembuat keris sejak ratusan tahun dahulu, semua adik beradik lain tak mahu meneruskan tradisi tersebut kerana pelbagai alasan.
Akhirnya anda bergelumang dengan abu, besi, lumpur dan arang demi meneruskan warisan bangsa dan keturunan.Malangnya produk keris saudara tak laku bukan kerana kualiti tetapi kerana seorang dua yang berasakan sudah cukup hebat ilmunya untuk menilai keris megeluarkan fatwa-fatwa yang melumpuhkan industri keris baru.
Bayangkanlah betapa tak berhati perutnya mereka, jika hanya ingin membeli keris yang telah dibuat oleh moyang moyok kita yang telah meninggal 150 tahun dahulu kerana dipercayai dibuat dengan penuh ilmu dan kepakaran, kerisnya pula berisi dan dibuat dengan tulang empat kerat, sampai ada yang boleh membentuk keris dengan lidah kerana keampuhan ilmu besinya.
Fikirkanlah , bagaimana zalimnya kita menabur pasir dalam periuk nasi mereka. Sedangkan kita hanya baru berjinak dalam bidang ini setahun, dua tahun atau paling lama pun 70 tahun, sedangkan mereka dah mewarisi ilmu ini ratusan tahun dari leluhurnya. Berapa kalikah kita dah cuba menggodam besi, berapakalikah kita cuba untuk mengikir bakalan, berapa kalikah kita cuba membuat hulu. Berapa ? Berapa ? Berapa ?
Jangan niayai mereka.
* kalau dah rasa pandai sangat, buat sendirilah.
Posted by Mohd Nasir at 3:38 PM 5 comments
Pandai Saras Baja Penuh Besi Garing RM1700.00 ( SOLD OUT)
Posted by Mohd Nasir at 3:28 PM 0 comments
Tuesday, October 07, 2008
Tarik keris/permata
Isu ini kadang-kadang boleh menimbulkan pelbagai kontroversi, walau bagaimanapun saya melihatnya dari 2 sudut yang berbeza :-
1- Terdapat insan-insan istimewa yang betul betul berkebolehan untuk menguruskan soal ini. Tapi mereka melakukannya bukan untuk tujuan komersil atau untuk bermegah-megah atau kerana mengejar kebendaan duniawi.
2- Terdapat juga insan-insan yang mengambil kesempatan untuk menipu golongan yang tamak haloba serta ingin mencarai kekayaan dengan cara mencarik adat.
Sehubungan itu jalan yang sebaik-baiknya ialah gunakanlah akal yang rasional untuk menimbang baik atau buruk langkah yang bakal kita atur. Tanyakan dahulu diri sendiri, betul atau tidak apa yang akan aku lakukan, apa yang aku cari, kehebatan, kekayaan, kemegahan atau apa yang orang lain tak tahu.
( Jangan sampai tinggal sehelai sepinggang di kecek oleh bomoh penipu )
Posted by Mohd Nasir at 4:16 AM 1 comments
Berapa kalikah ia akan bertukar tangan..........
Cuba kita fikirkan berapa banyakkah keris antik berkualiti yang ada dalam pasaran. Dan berapa orang yang sudi menjualkannya. Semakin kerap ia bertukar tangan maka harganya semakin meningkat. Ini berlaku kerana setiap orang mengambil keuntungan ke atas keris tersebut setiap kali ia berpindah. Bayangkan berapa banyakkah peluang yang wujud untuk kita memiliki keris antik berkualiti tersebut jika sudah tidak ada lagi orang yang ingin memindah milikkan ia kepada pemilik baru.
Nampaknya jika keris-keris baru tidak masuk dicelah-celah gahnya keris antik maka dunia perkerisan akan suram dan malap. Anak-anak muda yang saiz poketnya agak nipis tidak akan merasa nikmat memiliki senjata warisan bangsanya lagi. Semarakkanlah semangat tukang-tukang keris Melayu kerana sentuhan emas mereka hanya menjadi jika hatinya tenang dan tenteram.
* Keris yang berkualiti dan mantap tetap menjadi pooojaan hatiku tak kira baru atau antik
Posted by Mohd Nasir at 4:01 AM 1 comments
Sunday, October 05, 2008
Soalan cepu mas hari ini....
1. Pada usia berapakah keris memasuki era "antik"?
A. 10 tahun ke atas
B. 50 tahun ke atas
C. 100 tahun ke atas
D. 500 tahun ke atas
E. Tak tahu
* tidak ada hadiah untuk mereka yang menjawab dengan tepat. Kerana saya memilih jawapan E
Posted by Mohd Nasir at 3:10 PM 3 comments
Bilakah masanya ?
Bilakah masanya kita peminat keris hendak mengiktiraf kerja-kerja tukang keris yang masih hidup pada hari ini. Apakah hasil kerjabuat mereka akan kita iktiraf selepas 100 tahun kematian mereka, ketika keris-keris mereka menjadi antik ditangan anak-anak cucu pembeli keris baru pada hari ini.
Posted by Mohd Nasir at 3:04 PM 0 comments
Siapa kita untuk menghukum ?
Seni pembuatan keris merupakan satu seni unik yang merupakan warisan sesebuah keluarga. Di samping kemahiran ia juga merupakan anugerah Ilahi kepada seseorang. Keris tidak akan wujud tanpa tukangnya. Anehnya penggiat seni hari ini sering menghukum keris-keris baru kerana taksub pada keris-keris lama tanpa menyedari sebenarnya ia telah menghukum asal-usulnya sendiri, kerana keris-keris lama yang harganya ribuan ringgit hari ini adalah keris-keris baru yang berkualiti hasil kerja tangan tukang-tukang suatu waktu dulu. Bagaimana kalau tak ada orang yang membeli keris/menempa/menempah keris suatu masa dahulu. Mana mungkin adanya keris-keris antik kebanggaan kita hari ini.
Mungkin juga kita mempersoalkan teknologi yang digunakan untuk membuat keris pada hari ini. Pergi dan lihatlah sendiri bagaimana kerja-kerja tukang besi pada hari ini. Adakah mereka menggunakan komputer untuk menghasilkan keris? Hanya dengan menggunakan tulang empat kerat, tukul , baji dan kikir, mereka menghasilkan keris yang menjadi pujaan, tilikan, bahan kajian, produk jualan dan bahan kemegahan kita peminat keris antik hari ini.
Apakah salah jika tukang keris hari ini menggunakan kipas letrik untuk menggantikan " musang" bagi mengurangkan tenaga kerja. Begitu juga penggunaan canai menggantikan kikir. Apakah semua teknologi yang digunakan oleh tukang ini menjadikan kehebatan sebilah keris jatuh. Janganlah kita menghukum tukang-tukang kita, tidak ada tukang yang buat kerja dengan kaki, semuanya hasil buatan tangan dengan bantuan peralatan. Seandainya keris baru tidak dihasilkan lagi pada hari ini, apakah akan jadi pada nasib keris? Siapa kita untuk menghukum? jangan kita pada suatu masa melaungkan-laungkan untuk menaikkkan martabat keris tapi pada masa yang sama membunuh tukang-tukangnya dengan ungkapan-ungkapan yang sembrono. "
* Musang ( berasal dari perkataan hembusan, sebutan dialek kelantan telah menghilangkan huruf h dan e menjadi mbusan, akhirnya ia diterima sebagi musang sahaja. Kini ramai yang tak tahu perkataan asalnya) sejenis alat seperti pam angin diperbuat daripada kayu untuk membekalkan oksigen bagi meningkatkat tahap kecekapan pembakaran arang semasa roses menempa keris.
Posted by Mohd Nasir at 2:30 PM 3 comments
Mendapat keris secara mistik
Memiliki keris melalu cara ini biasanya banyak mengundang pandangan negatif. Walau bagaimanapun terpulanglah kepada yang empunya diri, tangan yang mencincang bahu yang memikul. Bagi yang ada pengalaman dalam soal ini, ia adalah satu fenomena biasa sahaja. Di sini saya kongsi 2 cerita untuk tatapan bersama :
Cerita 1 : ( Kisah benar seorang sahabat kolektor dari KL)
Bermula dengan mimpi melihat sebilah keris gading kerabat di Raja Kelantan yang ingin memperhambakan diri padanya, minat sahabat saya terhadap keris gading amat menebal. Secara tidak sengaja akhirnya sahabat saya telah bertemu dengan keris yang pernah datang dalam mimpinya. Walaupun ditawarkan dengan harga RM13,000.00 15 tahun lepas, keris ini tetap menjadi miliknya. Wang untuk membeli keris ini datang dengan tak semena-mena walupun logik akal tak mungkin.
Cerita 2 : ( Kisah Dato Meor di Pulau Sudong)
Dato Meor telah memanggil keris dari laut untuk dibahagi-bahagikan kepada 7 orang pemuda yang menjadi murid silatnya untuk mempertahankan kampung dari ancaman tentera Jepun. Sebaik sahaja keadaan kembali aman keris-keris tersebut dipulangkan kembali ke laut.
Posted by Mohd Nasir at 2:05 PM 4 comments
Tip hari ini.....
Sebelum sesuatu peristiwa yang memalukan berlaku ke atas diri kita. Sistem amaran awal kita telah memaklumkan kepada yang empunya diri agar bersedia dari segi mental utuk menerima keadaan yang akan berlaku. Dalam kata lain mengigngatkan kita agar redha atas pekerjaan Allah S.W.T.
Antara tanda-tandanya ialah bergerak bahagian atas dahi kita. Walau bagaimanapun kita tak dapat mengelak keadaan yang bakal berlaku , cuma kita tahu bahawa hanya dengan doa sahaja qada dan qadar boleh berubah. Serahlah diri anda kepada Allah dan mohonlah kepadanya
Posted by Mohd Nasir at 6:35 AM 0 comments
Keris dan pemilikan
Terdapat pelbagai cara keris dimiliki. Saya lebih senang merumuskannya kepada :-
1. Membeli keris yang telah siap
2. Menempah keris mengikut ukuran dan sukatan atas kadar ilmu masing-masing
3. Pusaka tinggalan keluarga
4. Melalui jalan mistik
* keris mencari pemilik atau kita mencari keris.
Posted by Mohd Nasir at 6:26 AM 1 comments
Saturday, October 04, 2008
Bila orang yang sedang berbual dengan kita bohong.....
Dalam ilmu firasat Melayu ada diajarkan satu kaedah untuk mengesan pembohongan. Tapi ia bukanlah secanggih mesin ujina bohong alaf ini. Ia cuma sekadar pedoman kepada empunya diri agar tidak mudah terpedaya dengan tebu yang ditanam di tepi bibir. Sesekali walaupun asyik berbual, tanyalah hati kita apakah orang yang dihadapan kita ini bercakap benar atau berbohong . Cakap senang tapi untuk mengamalkannya amat susah dan sulit. Walau bagaimanapun jawapan hati kita janganlah kita dedahkan kepada sesiapa, kerana dikhuatiri ini akan menimbulkan fitnah besar dalam masyarakat.
Posted by Mohd Nasir at 10:35 AM 0 comments
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkunjung merentas sempadan negeri
Tidak pernah terlintas di benak saya, sambutan aidil fitri tahun ini amat meriah sekali. Kehadiran saudara mara , rakan-rakan, anak murid, tak putus-putus semenjak hari pertama lagi. Kemuncaknya ialah pada hari raya kedua, dari pagi sampailah ke maghrib kedatangan tetamu tidak putus-putus. Nasib baik bekalan untuk soru mencukupi walaupun ala kadar sahaja.
Yang paling mengujakan ialah kunjungan beberapa orang sahabat kolektor dari luar Kelantan. Beberapa sahabat sanggup bersusah payah meredah kesesakan jalanraya semata-mata untuk bertemu mata di hari lebaran yang mulia ini. Terima kasih En.Osman dan keluarga, terima kasih Sdr Azali dan keluarga, terima kasih En.Nazari, terima kasih Sdr Aidil dan keluara. Budi baik sahabat semua hanya tuhan yang mampu membalasnya.
( maaf kepada sahabat-sahabat , tak sempat nak ke mana-mana, rumah sentiasa penuh)
Posted by Mohd Nasir at 7:59 AM 1 comments
Friday, October 03, 2008
Mencari sesuap nasi......
Sehari sebelum raya, saya bersama bersama seorang kolektor dari KL ronda-ronda Pekan Pasir Mas kerana ada sedikit urusan. . Usai di Pekan P.Mas saya menjenguk sekejap di benkel kraf tangan Kg Perangkap, bertemu mata dengan Abg Roni, Abg Din dan rakan-rakannya. Tujuannya ialah agar sahabat saya dapat melihat sendiri bagaimana kehidupan sebenar tukang-tukang di pedalaman
Dalam sembang-sembang seorang dua tukang menawarkan barangan buatan tangan mereka untuk ditukarkan dengan sedikit wang untuk mengalas perut diri sendiri dan anak isteri. Walaupun produknya tidak kelas "A" dan harganya murah, tetapi itulah hasil titik peluh mereka, Untuk memasarkan barangan kraftangan bukannya mudah, terutamanya buatan baru.
Alhamdulillah saya telah menunai tanggungjawab saya untuk mengurangkan sedikit kesengsaraan hidup masyarakat desa yang gigih bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi berlaukkan ikan dengan cara yang halal.
Posted by Mohd Nasir at 5:52 PM 2 comments
Alhamdulillah......
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita dapat beraya bersama keluarga dan handai taulan dengan selamat dan penuh kemeriahan. Alhamdulillah seperti tahun-tahun lepas, raya tahun ini amat meriah bagi saya dan keluarga. Di samping itu kunjungan rakan-rakan kolektor memeriahkan lagi suasana raya tahun ini. Ada juga sahabat-sahabat yang terpaksa mengharungi kesesakan jalanraya semata-mata untuk ziarah dan membeli sebilah dua senjata warisan. Terima kasih daun keladi.
( sori tak sempat nak usung kamera)
Posted by Mohd Nasir at 6:38 AM 0 comments
Wednesday, October 01, 2008
(OFFER BERDENTAM DENTUM) RM750.00 (SOLD OUT)
Pandai Saras Antik. (R 0015)
http://cikgunasir.fotopic.net/c1588554.html
HARGA MAUT BERDENTAM DENTUM RM750.00 ( sold out)
http://cikgunasir.fotopic.net/c1588554.html
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
belum berpuashati dengan harga..... nah rasakan offer tambahan
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
http://cikgunasir.fotopic.net/c1588554.html
DISKAUN 10% LAGI KEPADA PEMBELI YANG MEMBUAT TEMPAHAN SEBELUM PUKUL 10.00 PAGI RAYA KE 3.
http://cikgunasir.fotopic.net/c1588554.html
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA, SEMOGA PUAS HATI DENGAN TAWARAN PALING MANIS UNTUK RAYA TAHUN INI.
http://cikgunasir.fotopic.net/c1588554.html
Posted by Mohd Nasir at 3:50 PM 2 comments