sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, August 19, 2010

Rezeki Allah tidak terduga...

Alhamdulillah, bersyukurlah kita semua kepadaNya. Tidak pernah kita minta dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Berterima kasihlah kepada ibu bapa kita kerana melahir, membesar dan mendidik kita. Berterimakasihlah kepada guru-guru kerana sudi membimbing kita. Bersyukurlah kerana diberi kawan-kawan yang dapat memberi tunjuk ajar ketika kita silap, menegur ketika kita alpa dan menangis ketika musuh-musuh sedang ketawa. Bersyukurlah kita kerana diberi rezeki yang melimpah ruah di bumi Melayu ini tanpa dengki dan khianat. Allah Maha Kaya, Allah Maha Bijaksana. AllahuAkbar.

4 comments:

awan kilat said...

syukur Alhamdulillah.terima kasih dan penghargaan buat cikgu atas jasa2 selama ni.semoga terus cekal men'cikgu'i sekaliannya.

*som nga title : "cikgu",teruskan cikgu walau di mana cikgu berada samada di dalam sekolah di luar sekolah.

semoga cikgu nasir panjang umur dan murah rezeki.selamat sejahtera dunia akhirat,sejahtera juga sekalian muslimin dan muslimat - Awan Kilat.

Fauzi said...

Amin

Suremin said...

Bersyukurlah sebanyak mungkin kerana kita ,masih diberi tenaga dan daya untuk bernafas, berfikir ,beribadat. Allahamdulillah moga berkat doa seluruh bangsa yang masih mengakui dirinya melayu dan beragama Islam kita terus bermegah dibumi merdeka ini dan dilahirlan sebgai melayu, maka segala nostaliga yang diwarisi , segala titipan-titipan nenek moyang kita terus gagahi untuk diwarisi.......

Suremin said...

Apalah lagi yang ada pada bangsaku kini untuk kita titipan kepada anak cucu, apakah tidak terfikir oleh kita satu masa. satu ketika dunia akan meroboh segala-galanya kecuali yang kekal dan termaktub dalam Kalam Allah.

Warisan bangsa sewajarnya dipertahan, kita sememangnya tidak sanggup untuk mengulangi sejarah lama bangsa yang akhirnya tergadai dek penjajah dan apakah warisan yang sedang saudara pelopori ini akan menerima nasib yang sama andai kita terus bermegah-megah, mendabik dada dengan warisan-warisan kekafiran.....