sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, August 29, 2010

Pantun Merapu lagi...

Cap cap kedidi cap cap
Tekukur ketitir mati seekor
Cakap jangan sebarang cakap
Dosa dibawa hingga ke kubur

Tekukur ketitir mati seekor
Mati tertelan sipadi hampa
Dosa dibawa ke dalam kubur
Maaf di pinta pada siapa

Mati tertelan sipadi hampa
Padi malinja simpan di dapur
Maaf dipinta pada siapa
Nasi ditanak menjadi bubur


Padi malinja simpan di dapur
Simpan bersama batu keramat
Nasi ditanak menjadi bubur
Akibat perangai tiada hemat

Simpan bersama batu keramat
Padi ditumbuk menjadi beras
Akibat perangai tiada hemat
Tingkah dan laku menjadi keras

2 comments:

wallPluGz said...

tima kasih cikgu atas peringatan...

terkenang nasihat atok sy...

tiada ape pun pada yang bernama mahluk...

maka pohon lah izin dan kurniaNYA...

saya ni takat merapu mmg ade akal... tapi rasanye kalu tetiba JEPUN serang entah lah... kalu theory saya mmg tahu..

kalu dia tembak kiri elak kanan, kalu dia tembak kanan elak kiri... dah tu kalu dia tembak tengah... nasyibbbb badan leee...


p/s: nak tanye review kereta HONDA BARU tu... camne cikgu

Mohd Nasir said...

Honda baru, best juga. Tapi tak leh nak lawan mitubishi lancer saya, lagi best, smooth...