sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Saturday, February 28, 2009

Merajuk dengan ilmu

Kadang kala kita tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari seorang guru, kita tak dilayan. Dikata macam-macam, disebarkan tuduhan kepada kita. Kita bertanya, kenapa,why,why. Jangan jadi bodoh dengan cara merajuk, lari atau bencikan ilmu. Itulah ilmu yang mahu diajarkan pada anak muridnya.

" hanya berani tak boleh diajar"

Bertanya soalan atau menguji guru

Kadang kala kita betul-betul tak tahu, buntu dan kosong. Maka kita bertanyakan guru untuk mendapatkan penjelasan, maklumat serta ilmu. Jangan sekali-kali bertanya perkara yang kita sudah maklum, faham dan hebat semata-mata untuk menguji guru atau untuk mencari kesalahan guru. Itu bukan caranya menambah ilmu tetapi merosakkan ilmu.

Friday, February 27, 2009

Batu Besi Melilih ( not for sale)



Ketulan batu besi melilih yang sring disebut-sebut ramai. Antara koleksi ketulan batu permata yang ada dalam simpanan saya. Ketulan ini tidak dijual, Ia sekadar untuk tatapan sahabat-sahabat pengunjung blog saya sahaja. Saya hanya menjual permata besi melilih yang siap dicanai sahaja.

Teras Delima Baru siap di canai


Cincin Tempahan Khas dari Pahang Darul Makmur


Ambar Buih Ikan - Untuk makluman sahabat di Kuantan




Badik R104 RM450.00








Panjang keseluruhan 11 inci
Panjang bilah dar Mar 7.5 inci
Ulu,sampir, buntut kemuning
Batang serunai sena







Bila kau berhenti mengejar....

Hidup kita sering terkejar-kejar. Kejar sana, kejar sini. Kejar wang, kejar pangkat dan nama. Ada juga orang tua-tua yang berkata bila kita berhenti mengejar, semua tadi akan mengejar kita. Wallahualam. ( rezeki yang halal mesti dicari)

Thursday, February 26, 2009

Delima Tanzania ikat perak ukir Bunga Jawa saiz 20 . RM650.00









Badik pamor RM600.00 (SOLD OUT)








Panjang keseluruhan 10 inci

Panjang bilah 6.3 inci

Temim perak
Hulu/sampir kemuning

Batang serunai sena

Bilah Tembus ( berlubang) 2 pandangan berbeza

Kebanyakan peminat senjata warisan Kelantan percaya bahawa senjata yang tembus bilahnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri (tidak dapat dibuktikan melalaui data emperikal) dan sentiasa menjadi buruan. Saya juga membesar dalam pandangan yang sama. Saya berasa amat beruntung sekiranya mendapat badik atau keris tempaan yang pecah/tembus terutama pada "mar badik" Lain padang lain belalang, mengikut pendapat Ucu Noh Kg Paloh Parit Perak, senjata berbilah tembus kurang sesuai untuk dipakai kerana ia melambangkan ketidaksempurnaan besi. Ia juga seolah-olah mengambarkan keadaan pecah-belah, sepatutnya dihindarkan. Wallahualam.

Perhatian untuk sahabat dari Brunei :

Kepada sahabat sahabat yang telah membuat tempahan batu teras gemunggal, batu teras beka dan batu besi meleleh , saya telah "reserve" kan tempahan sahabat. ( tak masuk blog)


Terima kasih.

Batu Teras Gemunggal RM180 sebiji

A & B sold out

Batu Wali Bukit Nuri RM200.00

1 & 2 sold out

Batu Teras Gemunggal RM160.00 sebiji


1 sold out
2 on hold












Wednesday, February 25, 2009

Pengumuman :

Semua permata batu teras kemuning (hitam dan kuning ) , teras beko sudah sold out. InsyaAllah jika ada rezeki saya akan dapatkan stok baru. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan sahabat semua.

Membeli dan menyimpan kayu berkualiti

Kayu -kayu berkualiti tinggi seperti kemuning Gred AA amat sukar didapati. Ira dan corak kayu yang memaparkan karektor sentiasa menjadi buruan peminat keris dan kolektor. Amat jarang ira kayu mempunyai karektor yang sama. Sehubungan itu sediakan kayu sebelum menempah bilah. Jadi kalau kita dah ada kayu berkualiti , kita tak risau lagi tentang kualiti bakal sampir keris kita . Jika tidak kita hanya berserah pada nasib dan kebetulan sahaja.

Mencari keseronokan dalam menyiapkan sebilah keris

Adalah amat berbaloi jika kita melibatkan diri dalam menyiapkan sebilah keris yang kita impikan. Antara langkah-langkah asas membuat sebilah keris ialah mengumpul besi, mencari tukang untuk bakalan, tukang canai, mencari kayu untuk sampir , menempah pendokok dan akhir sekali berusaha mengumpul wang untuk membayar semua kos di atas. Jika kita melibatkan diri dalam salah satu langkah di atas, kita akan dapat merasakan nikmatnya apabila sebilah keris telah siap dan tersisip indah di pinggang kita. Sekurang-kurangnya berusaha mencari kayu berkualiti sudah memadai.

Pandai Saras Antik Tulang Timbul RM1800.00 ( SOLD OUT)






Keris Pandai Saras Antik
Panjang Keseluruhan 18 inci
Panjang Bilah 14 inci
Hulu dan Sampir Kemuning
Batang serunai sena
( Antara pandai saras terbaik koleksi saya)










Tuesday, February 24, 2009

Kematangan dalam kehidupan

Semakin lama kita berada dalam sesuatu bidang, semakin banyak yang kita faham tentang bidang itu. Ambillah iktibar dan pedoman sepanjang perjalanan. Dalam meniti kematangan, sesekali berlaku ribut kecil atau besar. Ribut-ribut itulah yang mewarnakan pengalaman kita sebagai manusia. Jangan undur atau melarikan diri, buatlah seperti biasa. Itulah kebijaksanaan.

Memahami sebilah keris....

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana ingin memahami dan mengenali keris. Tidak ada jawapan untuk saya berikan secara tepat. Ini kerana jawapan berada di tangan yang bertanya. Bagaimana kita hendak mengenali keris jika kita tidak pernah memiliki sebilah kerispun. Samalah kita mengenali karenah manusia. Jika kita hanya tinggal dalam gua atau bukit bersendirian amat sulit untuk kita mengenal karenah orang lain. sesuatu ilmu bermula dengan pemerhatian, pengkajian, pembacaan, perbincangan dan pemilikan serta lain-lain lagi yang secara kesimpulannya ialah kita mendekatkan diri dengan subjek yang ingin kita fahami dan kenali.

Monday, February 23, 2009

Fosil cyprus RM150.00 (SOLD OUT)


Batu Wali Bukit Nuri RM200.00 (SOLD OUT)


Stok 5 biji sahaja

Teras Beko batu RM200.00 (SOLD OUT)


Stok 3 biji sahaja

Batu kemuning Kuning RM200.00 (SOLD OUT)


Tempahan sahabat dari Brunei ( SOLD OUT)




Milik sahabat di Di Putrajaya (SOLD OUT)


Delima, Ubikayu dan Grey star sapphire

Sunday, February 22, 2009

Guru atau murid

Guru asalnya murid dan sentiasa mencari guru adalah sebenar-benar guru. Murid pula mesti sedar apa yang diinginkan olehnya dari guru. Karenah guru pelbagai, berdasarkan ilmu dan cara ia menuntut. Hendak yang terbaik, sabarlah dengan karenah guru. Kerana banyak yang dilakukannya hanya untuk menyakitkan hati murid sahaja. Bukan apa, nak tengok sejauh mana ketahanan murid. Asyik nakkan ilmu sahaja, bila kena kutuk, maki terus cabut lari. Itupun ilmu juga. Jangan ingat nak belajar selapis sahaja.Jauh panggang dari api, bila lah nak masak. Makan daging, mentahlah jawabnya.

Line Internet Slow...

Maaf kepada sahabat-sahabat pengunjung laman saya kerana tak dapat upload foto produk-produk cincin dan keris kerana internet terlalu perlahan. Bila internet dah ok saya akan uploadkan beberapa bilah keris dan badik. Yang paling istimewa beberapa biji permata yang telah menjad batui seperti teras beko, kemuning kuning, kemuning hitam batu, batu wali bukit nuri dan batu teras gemunggal. Semoga talian internet cepat pulih

Saturday, February 21, 2009

Kadang-kadang..

Kadang-kadang kita berasakan ilmu dan pengalaman kita sudah agak banyak, beriya-iya kita menceritakannya pada orang yang kita rasa kurang ilmu dan pengalaman. Walhal tanpa kita sedar riak dan ujud mula bersarang dalam diri. Tetapi bila kita sedar bahawa kita berjaya mengatasi riak itu , bertambah lagi riaknya.


"Biarkan ia beralalu mengikut ketentuannya".

Melela Kusriwa of the year (SOLD OUT)












****************************************************************************
Melela Kusriwa tempahan khas sahabat dari seberang. Inilah seadanya.


Thursday, February 19, 2009

Menjawab soalan sahabat - sostiram

Soalan :
Kalau boleh bertanya, panjang lembing ( dari hujung mata sampai hingga hujung batang ) paras mana? adakah paras dada, paras kepala atau paras pusat ? Dan juga dari pengamatan cikgu teknik silat tongkat kelantan ( tongkat paras pusat ) bolehkah diaplikasi untuk permainan lembing? - Sostiram

Jawaban:
-Pada pendapat saya sebagai seorang pengamal persilatan yang menggunakan lembing sebagai salah satu daripada senjata latihan, saiz yang sesuai ialah hujung bilah lembing sekurang-kurangnya mesti melebihi paras kepala.
- Dari pengamatan saya juga teknik silat tongkat kelantan boleh diaplikasikan dalam permainan lembing, tetapi tidak semuanya. Ini kerana lembing mempunyai bilah. Sehubungan itu serangan lembing lebih bertumpu pada bilahnya. Manakala serangan tongkat pula boleh menggunakan kedua-dua putingnya tanpa had.
- Saiz lembing adalah lebih panjang dari tongkat kelantan (paras pusat), cara memutar, melibas juga turut berbeza.
- Yang paling penting, cara tikaman lembing lebih menyerupai tikaman bennet tentera.

Wallahualam.

Kenapa Keris Gelanggang

Keris gelanggang ialah keris yang ditempa untuk latihan. Ia biasanya boleh bertukar tangan. Tidak berpamor dan harga adalah lebih murah. Dalam latihan keris, sekali-sekala akan berlaku pertembungan antara bilah keris. Pertembungan ini akan merosakkan bilah. Keris latihan juga tidak diasapkan dengan kemenyan dan tidak disapu arsenik. Walaupun tetap berbisa, luka akibat keris latihan lebih cepat sembuh berbanding luka keris antik. Yang paling utama ialah sejarah pembuatannya. Keris latihan kita ketahui tujuan pembuatannya, tidak dimasukkan unsur-unsur magis sebagai isinya. Berbanding keris antik yang lebih bersifat peribadi yang kadang kala tidak sesuai untuk dibawa bermain tikam-tikam.

Perihal lembing...

Mengimbau kembali kenangan semasa budak-budak, sekitar tahun 70 an. Boleh dikatakan lembing lebih diminati berbanding keris di Kelantan. Hampir setiap rumah memiliki lembing. Ada pelbagai jenis lembing, dari jenis daun buluh hinggalah batang menerung. Kalau yang susah mendapatkan bilah besi mereka hanya menggunakan lembing daripada batang nibung sahaja. Kini ilmu permainan lembing jarang-jarang diajarkan kepada generasi baru. Mungkin kerana penggunaanya yang sudah tidak praktikal pada zaman ini atau kerana generasi yang mewarisi ilmu ini hampir pupus. Lembing-lembing lama bukan sebarang lembing, ia dibuat khusus bukan untuk latihan , sebaliknya sebagai alat untuk mempertahan maruah diri dan keluarga. Jika kita mewarisinya, jagalah ia dengan sebaiknya. Jangan dirosakkan bilahnya, amat rugi jika bilah antik dah rosak. Bukan kerana harganya tapi kerana nilai sejarahnya.

Tempahan delay...

Maaf kepada beberapa sahabat kerana tempahan mereka tidak dapat disiapkan mengikut masa. Faham-faham sahajalah, saya hanya menempah tukang yang membuat. Harap bersabar. InsyaAllah saya akan cuba usahakan lagi.

* cincin suasa
*sundang

Cincin Tempahan Khas Sdr Mazlan (SOLD OUT)


Cincin Tempahan Khas Bima (SOLD OUT)

Dua bentuk cincin lagi dlm proses penempaan.

Cincin Tempahan Khas En.Zaid Putrajaya (SOLD OUT)


Wednesday, February 18, 2009

Keris dan ilmu

Menyimpan keris dan senjata Melayu bagi sesetengah orang kita agak pelik dan janggal. Walau apa pun bagi sessetengah orang pula ia merupakan satu ketagihan yang tak ada ubatnya. Sebaiknya biarlah hobi mengumpul keris seiring dengan kefahaman, ilmu dan juga kelestarian industri keris itu sendiri. Jangan pula kita mencanangkan faham yang tidak tepat, tahyul, permusuhan dan pelbagai lagi unsur negatif yang sepatutnya dipisahkan dari masyarakat kita.
Adat dikelek agama dijunjung.

Pesan Imam Al-Ghazali

Kejinakan hati itu terhasil dengan berkekalan zikir . Makrifat itu terhasil dengan berkekalan fikir. Orang yang tidak mempelajari jalan fikir dan zikir pastinya tidak dapat menekuni kedua-dua jalan ini.

Tajong Bilah Charita (baru) tempahan Pendekar Sg.Siput (SOLD OUT)



*

*

*

*

*

*

*

*

Ulu tajong sedang dibuat pendokok perak


Keris Tok Chu Tempahan Khas dari Kota ( SOLD OUT)

Bilah tok chu
Lebar 3 jari
Panjang 2 jengkal

Tajong Bilah Anak Alang Antik RM1600.00






Panjang keseluruhan 22 inci
Panjang bilah 15 inci
Bilah anak alang antik
Hulu kemuning (baru)
Sampir kemuning (lama)
Batang serunai sena(lama)