Ramai orang makin banyak ragamnya. Alhamdulillah, perkembangan pesat kecintaan golongan muda pada keris makin memuncak. Internet dan kemudahan telekomunikasi dimanafaatkan sepenuhnya oleh generasi baru. Walau apapun kerancakan ini janganlah kita cemari dengan perangai-perangai buruk yang boleh memudaratkan industri. Dalam industri ini banyak pihak yang terlibat dan banyak pula kait-mengait antara satu sama lain. Bermula dari pembeli, penjual, tukang sampir,tukang besi,runner,peniaga,pencari kayu,tukang perak,tukang canai dan lain-lain lagi. Jika satu pihak buat onar semua pihak-pihak lain tersenyum sumbing kerana kami semua saling kenal mengenali dan kait mengait. Semua produk dan air tangan kami kenal, ada yang kemek, ada yang berlubang dan ada yang senget. Semua stail tukang kami pakat-pakat faham. Tak elok kita ketok kawan-kawan "sepencarian" hanya kerna nak duduk di atas. Jalan beriringan lebih baik dan lebh seronok. Sebab kita semua baru dalam bidang ini, usah dipalu gong yang tembus, amat sumbang bunyinya.
Saturday, June 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment