sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, June 30, 2009

Warisan.....

Kerja pembuatan keris dan pertukangan besi adalah dianggap kerja warisan dan keturunan. Melalui sedikit pengalaman yang masih hijau, saya dapati kenyataan ini adalah benar pada sesetengah keadaan dan boleh digunapakai. Walau bagaimanapun bagi mereka yang baru bermula sebaga tukang besi dan tukang keris, merekalah yang mula-mula mewariskan kepada keturunan mereka. Apakah kita akan menolak hasil kerjatangan tukang baru, atau kerana kita menolak keris baru. Setiap mereka yang ingin menceburkan diri dan berjaya dalam sesuatu bidang mesti berbekalkan ilmu, sehubungan itu tukang-tukang baru juga bekerja berdasarkan ilmu yang mereka pelajari. Persoalannya siapakah yang mula-mula mencipta keris, mungkin berdasarkan ilham atau proses evolusi daripada senjata-senjata lain. Kalau dari ilham, adakah tukang-tukang baru tidak boleh bekerja berdasarkan ilham mereka?

Seputar pertandingan Silat Sekolah-sekolah Kelantan



Sokongan ibu-bapa dan guru-guru merupakan salah satu faktor pencetus minat anak-anak untuk menceburi bidang silat dengan lebih serius. Ruang juga perlu dibuka seluas-luasnya untuk mengetengahkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Adalah satu kesilapan besar jika kita menafikan hak mereka dengan pelbagai helah untuk kepentingan kelompok-kelompok tertentu.

Monday, June 29, 2009

Bermula 30Jun, 1 dan 2 julai (sebelah siang), jika ada apa-apa urusan bolehlah sms saya, call tidak digalakkan kerana saya terlibat dengan pengadilan silat. InsyaAllah bila lapang saya akan call balik. Terima kasih

Menjawab pertanyaan sahabat tentang sparing.

Bagi saya sparing adalah amat perlu bagi pesilat yang ada keinginan untuk menjadi pendekar. Mungkin cara saya berbeza dengan guru-guru gayong yang lain. Saya berpendapat adalah tidak cukup syarat jika belajar silat tanpa disulami dengan sparing. Ini kerana sparing ibarat ujian bulanan bagi pelajar sekolah dan perkelahian sebenar ialah peperiksaan Awam ( PMR,SPM dan STPM). Tidak timbul soal cedera dalam sparing kerana silat mengajar kita erti persahabatan dalam perkelahian.

Saya selalu berpesan pada murid-murid saya, mereka tidak layak menjadi jurulatih jika tidak berani sparing dengan anak murid. Ataupun mereka hanya layak main pondok-pondok atau main masak-masak sahaja. Silat ialah pertempuran dan bergasak, itulah penamat jalan ceritanya. Kalau bersilat setakat berteori dan takut sakit, bengkak atau lebam , saya selalu nasihatkan anak murid saya agar belajar memasak ataupun belajar menjahit sahaja. Maaf jika jawapan saya tidak memenuhi kehendak soalan sahabat.
Berkenaan dengan buah-buah tangkapan, saya beranggapan kita boleh melakukannya jika kita betul-betul cekap. Tapi tidak semua tangkapan praktikal untuk semua keadaan. Dalam suasana tertentu buah pukulan adalah lebih berkesan. Deretan buah pukul semasa latihan sebenarnya adalah untuk melatih pembentukan fizikal dan juga psikomotor pesilat.
Wallahualam.
(maaf lambat reply, agak sibuk sedikit dengan tugas hakiki)

Sunday, June 28, 2009

Kursus Pemantapan Wasit Juri JPN Kelantan



Kursus Pemantapan Wasit Juri Majlis Seni Silat JPN Kelantan.
Tempat : SK Pulau Kundur Kta Bharu
Bilangan Peserta : 53 orang

Saturday, June 27, 2009

Masih ramai yang jujur....

Walaupun dunia hari ini penuh dengan jenayah dan penipuan, sebenarnya masih ramai lagi mereka yang jujur dan berhati mulus. Seringkali dalam urusan jual beli saya ketemukan sahabat sahabat yang jujur dan tidak berkira. Kadangkala saya telah menghantar barang jualan saya pada sahabat-sahabat walaupun mereka belum bayar. Kadangkala ini terjadi kerana ingatkah duit dah masuk dalam akaun, ada juga kerana salah faham dan kekeliruan. Walau bagaimanapun sahabat-sahabat pembeli saya terdiri daripada mereka yang jujur. Mereka membuat pembayaran dengan baik dan tidak pernah lupa halal haram. Ada juga yang menyimpan baki lebihan bayaran dalam akaun saya untuk urusan pembelian masa hadapan. Terima kasih atas keikhlasan sahabat semua.

Musim Pertandingan Seni Silat Sekolah-Sekolah

Bermula bulan Mei, guru-guru penasihat, jurulatih dan pelajar pelajar yang terlibat dalam silat disekolah mula sibuk. Pertandingan silat peringkat daerah dan negeri sedang berjalan. Wasit juri juga mula mengembara dari satu daerah ke satu daerah bagi membantu melicinkan pertandingan. Bertandinglah dalam semangat setiakawan dan kesukanan yang sejati. Jangan gaduh-gaduh.

Dunia perniagaan

Semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini saya mendapat panggilan daripada seorang "wedding planner". Beliau inginkan 2 pasang pesilat yang boleh bermain senjata parang dan keris. Sahabat kita ini juga inginkan muzik life. Kerana berada di luar kawasan saya menyerahkan tugasan ini pada anak buah saya untuk menguruskannya. Malangnya apabila semua urusan dan persiapan selesai, trip yang sepatutnya diperolehi oleh sahabat "wedding planner" kita tadi telah disapu oleh orang lain. Saya memohon maaf bagi pihak beliau kepada pesilat-pesilat dan juga pemuzik serta pengurus-pengurus yang telah berusaha untuk membantu . Kasihan sahabat kita.

Silat dan cakap

Bercakap tentang silat lebih mudah daripada bersilat. Pelbagai teori dapat kita lancarkan untuk mematahkan serangan lawan. Tapi dalam sparring yang sebenar terutama dari mereka yang lain perguruan, tidak semudah yang dikata. Kalau sesama perguruan kita hanya menanti rakan sparring kita memulakan serangan, kita hanya perlu mengikut dengan serangan bertubi-tubi. Dalam tempur yang sebenar ada tipu helah, ada silap ada silau, ada kilat.

Sampir tampahan khas En.Zaid ( putrajaya)






Keris Lok 5 berpamor RM450.00 (SOLD OUT)


Panjang keseluruhan 14 inci
Panjang bilah 10 inci
Hulu dan sampir kemuning
Batang serunai sena





Friday, June 26, 2009

Pengumuman

Kepada sahabat-sahabat yang membuat tempahan pada minggu lepas semasa saya berada di Langkawi, penghantaran akan saya lakukan bermula ahad ini. InsyaAllah isnin atau selasa sampai. Terima kasih

Sepak raga dan silat

Sepak raga adalah salah satu alat yang digunakan oleh pesilat dahulukala untuk untuk menambahkan kecekapan bersilat mereka. Ini kerana dalam permainan sepak raga ada unsur "timing" dan "speed". Sepak raga juga membuka "ruang fikir" untuk menyelesaikan masalah dengan gerakan-gerakan sepontan. Kebiasaannya seorang pesilat yang baik suatu masa dahulu bukan ketegori "kaki bangku".

Thursday, June 25, 2009

Cakap ajuk dan cakap pindah

Dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah dan rendah, guru biasanya akan mengajarkan bagaimana untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Kemahiran ini perlu kerana jika salah kaedah, lain yang orang lain cakap lain pula yang kita "kod". Lagi teruk jika orang tak pernah cakap kita "kod" juga. Rajin-rajinlah semak buku Bahasa Melayu sekolah rendah agar kita tak salah "kod" lagi.
"lajak perahu boleh undur, lajak kata malu muka"

Bercakap bila perlu jer....

Kadang-kadang kita tak reti nak mendengar dan diam sejenak memikirkan apa yang orang lain kata. Yang kita reti ialah kita reti semua perkara dan semua topik. Kemahiran mendengar dan menganalisis maklumat ialah kemahiran yang perlu ada pada seseorang yang ingin berada dalam lingkungan yang mesra dengan khalayak. Jika ada isu yang kita kurang jelas atau kurang faham, dengar dan sabar dulu. Jangan cakap lagi, lagi baik jika tak cakap terus. Jangan pandai-pandai nak berteori pulak. Nanti makan diri.

Kursus Bina Semangat

Setelah berkampung selama 4 hari 5 malam di Langkawi bermula pada 21 Jun hingga 25 Jun maka berakhirlah kursus Bina Semangat Pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas SMK Badak di Hotel Sentosa Langkawi. Bilangan peserta kursus seramai 91 orang dan guru pengiring ialah 5 orang. Saya rehat sakan . Terima kasih anak-anak dan semua pihak yang telah membantu menjayakan kursus ini. Jika ada rezeki kita ke Langkawi lagi.


Wednesday, June 24, 2009

Kenapa bangsa Melayu takutkan keris.....

Seringkali saya ditanyakan dengan soalan-soalan yang memalukan bangsa Melayu oleh bangsa Melayu, antaranya :

- Untuk apa cikgu mengumpul keris?
- Tidak ada apa-apa gangguankah bila menyimpan keris lama?
- Ada lagi tak orang minat keris zaman ini?
- Boleh tak keris digunakan untuk tarik duit?

Fikir-fikirkan... mungkin sahabat semua sudah ada jawabannya.

Menilai Melayu

Kadang kala kita agak terguris apabila Melayu dinilai oleh bukan Melayu. Ini kerana mereka melihat dari perpektif yang brbeza. Begitu juga apabila keris Melayu diberi pelbagai intrepetasi oleh Mat Salleh dalam buku-buku mereka. Kita melenting dan kadang-kadang marah. Tanpa kita sedar kita juga banyak membuat pentafsiran yang salah tentang keris dan empunya. Nilailah keris Melayu berdasarkan kacamata Melayu dan budaya Melayu. Jangan jadi burung kakak tua yang hanya pandai mengajuk-ngajuk kata tanpa memahami dan mengenali isi katanya.

Mampukah kita menahannya.....

Antara anugerah Allah pada manusia ialah usaha dan ikhtiar. Allah juga telah memberi panduan menguruskan usaha dan ikhtiar itu melalui syariat Nabi Muhammad s.a.w. Kadang-kadang kita lupa hakikat rezeki anugerah Allah pada seseorang. Jangan pula kita merancang untuk merosakkannya. Sebaiknya kita berusaha dan berikhtiar serta berdoa kepada Allah untuk memudahkan penghidupan kita dengan diberikan rezeki yang melimpah-limpah. Mampukah kita menahan kehendak Allah dengan busuk hati......

Kursus Seni Permainan Keris ( foto ciplak dari blog Faiz)




Kursus Intensif Keris Gayong Bachok. Dikendalikan sepenuhnya oleh Pak Ngah Izahar dan Ust. Khalid dengan dibantu oleh anak-anak Gayong Batu Kurau. Peserta kursus bertuah kerana dapat menerima pelajaran terus daripada Pewaris Gayong .

Tuesday, June 23, 2009

Bersyukurlah....

Rahmat yang diberi Allah tidak terkira. Semua yang waras menyedarinya. Bukan wang ringgit menjadi ukuran. Kesihatan, keharmonian rumah tangga, kawan-kawan dan sahabat yang baik sudah tidak terkira nikmatnya. Alhamdulillah.

Kaya jiwa

Bernasib baiklah mereka yang "kaya jiwa", kerana walaupun tanpa harta mereka bahagia. Tanpa hasad dan tanpa dengki. Jiwa mereka tenang dan tenteram. Manakala malanglah mereka yang "miskin jiwa" walaupun harta berjuta, jiwa sentiasa resah, gelisah. Cemburu, dendam,dengki,khianat sentiasa bersarang dihati. Lebih malang lagi jika miskin harta dan miskin jiwa.

Monday, June 22, 2009

Offer - RM450.00



Keris pandai saras antik
Besi sebatang
Sesuai sebagai keris gelanggang
Panjang keseluruhan 16 inci
Panjang bilah 11.5 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang serunai sena



Tari bercerita dan berisi buah

Dalam tari silat Melayu ia penuh dengan bicara dan cerita, oleh itu jangan tari sembarangan tanpa bimbingan guru, bimbang takut bicaranya sumbang dan ceritanya karut , buahnya pula tidak berisi. Fahami dulu langkah bertari, kaedah sumbang atau tidak. Ibarat berjalan jangan dipaksa-paksa. Terselahlah ketrampilan pembawanya.

Rahsia tangkas dan pantas dalam sparring

Latihan sahaja tidak mencukupi untuk seseorang menjadi tangkas dan pantas. Sebaliknya kaedah dan ketepatan masa bertindak adalah kuncinya. Proses serangan dan elakan bertepatan dengan serangan dan elakan lawan akan menjadikan pergerakan kita lancar dan berkesan.

Sunday, June 21, 2009

OFFER Anak Alang Berpamor RM1600.00 ( RM1400.00)

OFFER



Anak Alang setapa kaki Pamor
( unik)
Panjang keseluruhan 15 inci
Bilah 10 inci
hulu/sampir/tapak kemuning
batang serunai sena


Kaji vs Keji

Perjalanan hidup akan jadi indah jika kita suka mengkaji dan bukan suka mengeji. Jangan kita keji produk orang, sebaliknya kita kaji dan kaji dan kaji, agar produk kita bertambah kualiti. Hidup jangan serupa "orang tak mengaji"

Degilnya...

Janganlah kita degil sesangat. Mungkin ada tersemat benci di hati kita pada seseorang, tapi atas nama kebenaran dan ilmu jangan kita ketepikan semua yang jelas terpampang di hadapan mata dan menolak semua fakta. Runtuhnya sesuatu yang kita bina apabila kita melampau-lampau dalam berbantah dan bergaduh sesama sendiri. Indahnya jika bangsaku bersatu di bawah panji-panji Islam. Bersatu semula membentuk bangsa yang gagah perkasa, membimbing kembali anak-anak muda yang sudah rebah... bersatulah.

Set Tajong Baru RM1800.00 ( SOLD OUT)








Panjang keseluruhan 23 inci
Panjang bilah carita 16 inci
Hulu kenaung, sampir kemuning
batang serunai sena

Pandai Saras Antik RM850.00




Panjang keseluruhan 20 inci
Bilah 14 inci

Jangan angkuh

Dalam apa jua bidang, janganlah sesekali kita angkuh. Hak orang jangan kita hina. Kelemahan orang jangan kita cerca. Mungkin hari ini kita hina mereka, esok kita juga yang akan jilat tangan mereka. Bersyukurlah kerana kita dijadikan insan yang mulia dengan pekerti yang terpuji bukan seperti mereka yang menjadi kebencian masyarakat. Mungkin secara sedar atau tidak ada hasil kerja tangan mereka yang kita hina tadi berada dalam almari kita.

Melela Tulang Bulat Lok 7 RM1600.00 ( Sold out)


Keris Melela Tulang Bulat Lok 7
Besi hitam
Panjang keseluruhan 18 inci
Panjang bilah 14 inci
Hulu dan sampir kemuning
Batang serunai sena





Tempahan Sahabat


Saturday, June 20, 2009

Alhamdulillah...

Setelah bertungkus lumus selama 3 tahun dalam berjualan produk keris di internet, alhamdulillah saya berjaya melatih beberapa orang tukang untuk menghasilkan produk-produk yang suatu masa dahulu dianggap ekslusif dan rumit. Bermula dari kusriwa, tajong, melela, melela tulang bulat, coteng dan bangsa agong, impan saya dalam melestarikan keris saya rasa sudah berjaya. Terima kasih sahabat semua.

Keras atau lembut

Biasanya tukang akan menggunakan kikir untuk mengesan sesuatu besi tajam atau tidak. Biasanya mereka akan mengikir sebaik sahaja kita mengajukan besi untuk dibuat pisau atau senjata tajam. Biasanya pisau yang tajam adalah daripada besi yang keras.

Cakap senang beb...

Ramai orang pandai mengkritik , itu ini, begitu-begini. Macam-macam mereka sebut tentang sebilah keris. Kagum juga kami golongan tukang-tukang mendengarnya. Fatwa, tesis dan konklusi sering diuar-uarkan. Kekadang tersengih kami yang sering bersama tukang-tukang saban hari, tak terkata dek terpegun oleh karut semata.

Arang dan keris

Dalam menempa keris, penggunaan arang yang berkualiti amat penting. Di negeri Kelantan arang yang biasa digunakan ialah arang dari kayu rambutan dan juga arang kayu bakau. Semasa memanaskan besi, sekali sekal air tanah liat disiram ke atas arang yang sedang marak. Ia merupakan rahsia tukang.

Banyak udang banyak garam

Ramai orang makin banyak ragamnya. Alhamdulillah, perkembangan pesat kecintaan golongan muda pada keris makin memuncak. Internet dan kemudahan telekomunikasi dimanafaatkan sepenuhnya oleh generasi baru. Walau apapun kerancakan ini janganlah kita cemari dengan perangai-perangai buruk yang boleh memudaratkan industri. Dalam industri ini banyak pihak yang terlibat dan banyak pula kait-mengait antara satu sama lain. Bermula dari pembeli, penjual, tukang sampir,tukang besi,runner,peniaga,pencari kayu,tukang perak,tukang canai dan lain-lain lagi. Jika satu pihak buat onar semua pihak-pihak lain tersenyum sumbing kerana kami semua saling kenal mengenali dan kait mengait. Semua produk dan air tangan kami kenal, ada yang kemek, ada yang berlubang dan ada yang senget. Semua stail tukang kami pakat-pakat faham. Tak elok kita ketok kawan-kawan "sepencarian" hanya kerna nak duduk di atas. Jalan beriringan lebih baik dan lebh seronok. Sebab kita semua baru dalam bidang ini, usah dipalu gong yang tembus, amat sumbang bunyinya.

Faktor ketajaman bilah

1. Jenis besi
2. Sepuhan
3. Bentuk mata ( tebal/nipis/bertubir)
4. Cara asahan ( perlahan dan berhati-hati lebih baik drp tergesa-gesa)
5. Jenis pengguna ( reti pakai tak reti nak asah)

Friday, June 19, 2009

Sepuhan

Dalam proses pembuatan keris/pisau/parang dll senjata, sepuhan adalah amat perlu. Ini untuk menguatkan dan mengeraskan besi. Sepuhan dalam bahasa mudah ialah besi dibakar kemudian dicelup dengan cepat ke dalam air pada bahagian-bahagian tertentu besi ( mata pisau). Bagi tukang Melayu sepuhan mereka berdasarkan warna besi yang dibakar (agakan/anggaran). Pengalaman dan nasib banyak mempengaruhi sepuhan Melayu. Ini kerana suhu yang tepat tidak pernah disukat sebelum memasukkan besi ke dalam air. Semuanya adalah agakan semata-mata.

Petua Guru

Dalam ilmu persilatan, petua-petua guru jarang dipertontonkan kepada umum. Ini kerana ia adalah permainan biasa sahaja tetapi sukar difahami tanpa bimbingan guru. Sehubungan itu jika petua-petua guru sering dijadikan " kain basahan" , bukan sahaja petua guru akan bacul bahkan guru juga turut bacul.
"Jaga petua guru samlah dengan menjaga guru"

Menempa keris

Dari sebatang besi yang penuh karat, ia dibeli secara timbang kilo dari kedai besi buruk. Kemudian dihantar pada tukang besi, dikimpal, diketuk, digodam, dibakar untuk menjadi bakalan( bentuk asas). Kemudian ia dicanai sama ada oleh tukang bakalan tadi atau pun oleh tukang-tukang melurah. Kemudian proses membuat angkut dan belalai dilakukan diikuti dengan memasukkan cicak. Jika keris pandai saras yang memerlukan baja penuh disekeliling, ia memerlukan proses mencanai yang berulang kali diikuti dengan rendaman asid bagi mencari baja yang sekata. Nampak mudah tapi memakan masa. Apabila proses di atas selesai, proses membuat sarung bermula. Carilah di mana tuah dan sial sebilah keris. Johari juga mengenal Maniam

Luruskan

Luruskan pegangan kita. Aqidah adalah keutamaan. Jika ada ilmu-ilmu lain yang tidak sehaluan dengan ilmu tauhid, ketepikan dan jangan dipakai walaupun ia menjadikan kita lebih gah daripada orang lain.

Thursday, June 18, 2009

ALFATIHAH - ( Hazizan Talib)

Takziah kepada keluarga Allayarham Sdr Hazizan Talib yang kembali ke rahmatullah malam tadi. Malam semalam saya sempat menelefon, bergurau senda kerana katanya demam dah 4 hari tak kebah-kebah. Dan malam semalam demamnya dah baik. Pagi ini saya lihat ada satu miss call dan satu SMS. Bila dibaca SMS, isterinya memaklumkan pada saya bahawa sahabat karib saya sudah kembali mengadap Tuhannya. Alfatihah

* Allayarham seorang pegawai bahasa di DBP.

Wednesday, June 17, 2009

Berdegar-degar

Kata orang tua-tua " Cakap berdegar-degar, tahi lekat celah gelegar" . Maksudnya hasil kerja taklah sehebat kata-katanya.

Melela Lok 5 kembang sekuntum ( RM1400.00)



Panjang keseluruhan 18 inci
Panjang bilah 11 inci
Hulu &sampir kemuning
Batang serunai sena
Belalai dalam bentuk sekuntum bunga cempaka



Tuesday, June 16, 2009

Pengajaran

Kadangkala murid terasa dia dah terlalu pandai, nasihat-nasihat gurunya dianggap menyusahkan dan tidak menyokong tindakannya. Walhal gurunya tidak sedikitpun berniat untuk mengambil untung atau ada kepentingan lain, semua yang dilafazkan adalah untuk diri anak muridnya. Kini hakikat sudah terserlah, murid yang degil dan besar kepala ditimpa musibah. Bukan musibah mencari kita, tetapi kita yang mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Cakap siang pandang-pandang.

Mampukah kita bertahan

Survival bangsa Melayu semakin menipis, masjid semakin kosong, dadah semakin parah, anak-anak muda banyak yang rebah, kekayaan bukan milik bangsa kita. Orang politik asyik bercakaran siang dan malam. Mampukah Melayu Islam bertahan dengan cabaran-cabaran ini.

Berpada-padalah....

Dalam keghairahan kita mencari dan mengumpul kekayaan, berhati-hati dan beringat-ingatlah. Jaga batasan dengan Allah dan jaga batasan sesama manusia. Cari rezeki tak salah, kumpul kekayaan tak salah, tapi berpada-padalah dalam kempen-kempen kita. Jangan sampai sahabat-sahabat kita mengeluarkan ucapan " lapar pitis".

Melela Lok 3 RM1600 ( RM1400.00)



Panjang keseluruhan 14 in
Panjang bilah 9 in
Sampir / hulu kemuning
Batang serunai sena






Monday, June 15, 2009

Anugerah vs Mengada-ngada

Segelintir manusia di beri anugerah oleh Allah untuk tembus pandang dan firasat yang tajam. Alhamdulillah syukur atas pemberiannya. Hamba Allah jenis ini, tawadduk , merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk. Sejenis lagi ialah manusia yang bercita-cita untuk tembus pandang dan kasyaf, jenis ini mengada-ngada dan perasan. Semua rahsia disebalik sesuatu dalam tangannya. Melihat ke dalam diri sendiri lebih baik daripada melihat ke dalam diri orang lain.

Kacamata mistik

Andainya ada dijual dikedai-kedai cermin mata, sejenis kacamata yang membolehkan kita melihat semua benda dalam bentuk mistik nescaya berpusu-pusulah peminatnya. Apa sahaja yang dilihat akan ditafsir dan dihurai secara mistik. Aduh, hebat sekali. Kadan-kadang jika terlalu melebih-lebih ia akan memuakkan dan memualkan sipendengar. Jadi perpada-padalah.

Sesat dan menyesatkan

Dalam kita mencari ilmu, kadang kala kita ketemu dengan fahaman-fahaman yang agak mengelirukan. Walaupun tidak semua ilmu boleh dihuraikan secara logik, tetapi seboleh mungkin elakkan daripada menyampaikan sabda-sabda yang mengelirukan dan kita sendiri pun tidak berapa faham. Ini kerana ia dapat menyelamatkan diri kita dan juga diri orang lain daripada kelihatan begitu bodoh.

Sunday, June 14, 2009

Tempahan Cikgu Safar ( SOLD OUT)


Mari kita pakat-pakat fikir

Berbaloikah kita mengumpul keris, andainya ia boleh memporak perandakan hidup kita. Berbaloikah kita mengumpul keris jika ia boleh menyebabkan kita jadi papa. Adakah semua orang yang porak peranda dan papa di dunia ini kerana salah keris. Nasib engkaulah keris.... betulkah?

Minggu sibuk

Maaf kepada sahabat-sahabat kerana minggu ini saya agak sibuk dengan urusan wajib. Tempahan cincin insyaAllah 2 minggu dari sekarang baru dapat diuruskan. Ini kerana daam minggu ini saya perlu membereskan hal-hal berkaitan dengan Kursus Bina Semangat pelajar-pelajar saya dan minggu depan bermula dari 21 jun hingga 26 saya akan berada di Langkawi bersama pelajar-pelajar saya. Segala kesulitan amat dikesali. Tempahan yang dibuat dalam minggu ini insyaAllah akan saya poskan sebelum jumaat. Terima kasih semua.

Saturday, June 13, 2009

Berputar dan berbelit

Untuk mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal elakkan daripada berbelit-belit ketika urusan jual beli. Tak payahlah kita beritahu modal kita berapa, sebalikknya beritahulah berapa yang kita nak jual. Mudah, telus dan jelas. Barter trade kadang-kala menjad bala trade.

Berkongsi kuasa

Berkongsi kuasa atau bersyarikat ialah syirik dalam ilmu tauhid. Tidak ada dua atau unsur lain yang boleh berkuasa melainkan Allah jua. Sama ada niat, percakapan atau perbuatan, bebaskan diri kita daripada unsur syirik.

kuda tunggangan

Berapa banyakkah kuda tunggangan yang akan kita tinggalkan ditepi-tepi jalan begitu sahaja sebelum kita sampai ke tempat yang dituju? Masalahnya, ada atau tidak matlamat yang dituju...

Friday, June 12, 2009

Cukuplah apa yang ada.....

Sesekali terasa kurangnya apa yang kita ada, terutama harta benda. Jangan pula kita tanamkan hasrat utnuk merutuhkan timbunan emas milik orang, sebaliknya kita binalah timbunan kita sendiri. Orang yang harta menimbun itupun tidak punyai sedikit kuasapun untuk menimbunkan hartanya, sebaliknya ia adalah anugerah Allah padanya diiringi ujian dan cobaan. Bersihkan hati kita, betulkan pemahaman kita alam ilmu tauhid, nescaya Allah mudahkan laluan kita di dunia yang fana ini. Sedikit yang mengcukupi lebih baik daripada banyak yang memenatkan.

Mencari redha.....

Kadang-kadang kita terlupa perjalanan ini untuk apa. Mencari redha atau mencari populariti. Kadang-kadang kita juga terlupa batasan, cakap ikut sedap mulut dan makan ikut sedap perut. Bercakap tentang ilmu letakkan tauhid di depan, baru tak menyimpang.

Berhati-hati dalam bermain keris....

Dalam latihan silat kita mungkin boleh terluka tangan atau kaki, malahan perut pun mungkin tembus kalau tak beringat-ingat. Dalam pemahaman, aqidah mungkin boleh tergelincir kerana salah faham mistik keris. Jadi berpada-padalah dalam apa jua perkara. La haulawala quwataillabillahilaaliyilaziim, bukan keris yang berkuasa tetapi Allahlah Maha Kuasa menentukan nasib ciptaanNya.

Thursday, June 11, 2009

Membaling boomerang

Silap baling kepala sendiri yang akan pecah atau leher sendiri yang terputus. Itulah perumpamaan kepada sikap kita dalam perhubungan sesama manusia. Dalam peribahasa Melayu, baling batu sembunyi tangan. Tetapi itu perbuatan yang orang lain tak tahu, tapi kalau baling boomerang samalah seperti kita silap pilih senjata atau alat untuk mencapai matlamat. akhirnya hasil buruan tak dapat kita sendiri yang cedera parah dan terlantar seorang diri. mungkin kerana masa dan tempat serta sasaran yang salah ketika memburu dan membaling. Jadi pandai-pandailah pilih masa, tempat dan binatang buruan kita.

Berlapang dada atau tak ambil peduli

Dua situasi yang kelihatan serupa tapi tak sama. Berlapang dada ialah melihat sesuatu peristiwa dengan bersandarkan kepada Kudrat dan Iradat Qadhi Rabbuljalil, biasanya ia akan disusuli dengan ucapan subhanallah, masyaAllah dan Allahuakbar. Manakala tak ambil peduli pula tak kisah apa yang berlaku tanpa bersandarkan kepada yang Maha Kuasa dan disusuli dengan ucapan lantaklah, biaqpilah, ikutmulah, pergi mati/mampus dan lain-lain lagi. Wallahualam.

Untung baik dan untung jahat

Kalau untung baik kita suka, gembira. Kalau untung jahat kita salahkan orang tu, salahkan orang ni. Bukankah untung baik dan untung jahat daripada Allah.

Wednesday, June 10, 2009

Persoalan?

Di manakah penamat bagi pesilat (khatam), digelanggang atau di surau/masjid? Fikir-fikirkan.

Bela atau serang

Unsur belaan dan serangan merupakan aspek yang perlu difahami dengan mendalam oleh pesilat. Mana yang lebih penting? Pada pandangan saya belaan lebih penting kerana kita perlu selamatkan diri kita dahulu sebelum memikirkan utuk menyerang balas. Namun yang terbaik ialah dalam belaan ada serangan. Cakap agak mudah tapi nak membuatnya agak payah.

Serindit Tempahan Sahabat ( SOLD OUT )


Memahami senjata kita

Dalam aspek pengunaan senjata sebagai alat belaa dan serangan, pemahaman aspek fizikal senjata adalah perlu. Contoh jika kita lakukan tikaman radak atau pasak (pisau), mata pisau yang tajam mesti berada pada arah luar/ke arah lawan. Kecuali aktiviti menyembelih barulah mata pisau ke arah badan kita.

Bertari atau bertempur

Dalam silat asal buah adalah dari bunga. Ada yang namakan tari dan sebagainya. Sebaiknya belajar bunga/tari dahulu untuk memudahkan pemahaman pecahan buah yang seterusnya. Dalam pertempuran aspek belaan adalah nombor wahid daripada aspek serangan. Namun aspek belaan yang ada unsur bunga dan tari adalah yang terbaik. Kalau tak nampak seni pun asalkan diri selamat, kira dah oklah.

Bertahan...

Sampai bila kita mampu bertahan jika dalam hati kita penuh kebencian, hasad dan dengki. Berjalanlah dengan dada yang lapang, setiakawan, terbuka dan riang. InsyaAllah rahmat allah bersama mengiringi perjalanan kita.

Untuk perhatian sahabat ( SOLD OUT)







Tuesday, June 09, 2009

Badik Tempahan Sahabat ( Sold Out)




Ulu tanduk kambing hutan
Sampir kemuning kuning + kemuning hitam

Istimewa untuk pengunjung blog... Tajong Offer RM1100.00

SOLD OUT - terima kasih






Sampir Lama
Bilah dan hulu tajong baru
Panjang keseluruhan 22 inci
Bilah 16.5 inci

Monday, June 08, 2009

Pendekar Melayu tanpa keris

Ramai juga yang bergelar pendekar, panglima dan macam-macam pang... lagi. Semuanya naik semangat dan berdiri bulu roma bila cakap tentang silat dan pahlawan Melayu. Tapi sayangnya sebilah keris Melayu pun mereka tak punya. Samalah seperti Samurai tanpa katana.

Keris Bugis baru (SOLD OUT)





Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 14.5 inci
Hulu sampir (tak pasti)
Batang serunai sena

Tukang dan kenduri

Maaf pada kawan-kawan, tukang-tukang semua sibuk melayan kenduri yang tak putus-putus ekoran cuti sekolah selama dua minggu. Ada yang tinggalkan bengkel, ada yang tak buka kedai/bengkel terus kerana mengikuti rombongan pengantin. Sabarlah, ini giliran mereka yang nak kahwin, jadi kita mesti meriahkan.

Cepat mengalah

Masa latihan silat 2 jam seminggu. Ini amat tidak mencukupi, apatah lagi masa berlatih disulami dengan rehat dan main-main serta berlatih yang seperti tak berlatih. Walaupun kita belajar sampai 10 tahun, jika di campur tolak jumlah yang kita belajar silat sebenarnya tak lebih pun daripada sebulan.

Ada akal pakai

Dalam silat kaedah ini pun penting juga terutama semasa mempraktik jurus-jurus dalam latihan. Sebagai seorang pelatih baru kita sekali sekala kena juga mempersoalkan teknik-teknik yang diajarkan, boleh pakai atau tak boleh pakai. Sesetengah teknik nampak tak logik bagi kita untuk mempraktikkannya. Sebenarnya ia bukan salah teknik, tetapi kadar kepantasan dan kecekapan kita "merasa" pergerakan lawan masih terlalu mentah. Kenapa jurulatih dapat buat, tapi kita tak dapat buat, tanya diri sendiri.

Kurang Latihan

Kebanyakan pesilat-pesilat muda pada masa kini lebih berbangga dengan uniform cantik mereka berbanding dengan ilmu persilatan yang mereka pelajari. Mereka lebih bangga berlagak dalam foto-foto dengan aksi yang "ganas" walhal permainan silat mereka berada pada tahap yang memalukan. Teknik-teknik asas perlu dikuasai dengan baik. Kaedah tendangan, tumbukan dan sepakan mestilah mantap dan kemas. Semua ini memerlukan komitmen yang tinggi semasa latihan dan jumlah jam berlatih yang panjang. Kalau sekadar nak dapatkan sijil sebagai seorang ahli bela diri, cukuplah kalau ala kadar pun.

Batu mani Gajah (SOLD OUT)




Sunday, June 07, 2009

Istimewa untuk pengunjung blog.....

Iinsyaallah kalau tak ada aral dalam dua tiga hari lagi saya akan buat satu lagi tawaran istimewa untuk tajong dengan harga RM1100.00. Berikan saya sedikit masa untuk menyelesaikan kesibukan yang amat dalam sehari dua ini. Harap sabar. Terima kasih atas sokongan semua.

Besi dan kayu - Suatu perjalanan



Tanggal 17 Jun ( ahad) Sahabat dari UM, En Ramli mengadakan pusing keliling ke rumah-rumah tukang sekitar Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh. Seharian kami mengunjungi rumah-rumah tukang tanpa perjanjian/temu janji. Alhamdulillah semuanya langkah kanan, setiap tukang yang dikunjungi semuanya ada dibengkel/rumah dan sedang bertukang. Di Pasir Puteh, seorang lagi sahabat ikut serta iaitu Cikgu Zul. Nampaknya Abang Meli kita dah puas hati dengan lawatan sehari ini.

Friday, June 05, 2009

Renung sejenak...

Kenapa tidak ada hidayah pada diri kita. Cuba kita semak balik. Betulkan cara kita mengangkat hadas kecil/hadas besar. Betulkan cara wuduk kita. Sudah akil balighkah kita?

Wednesday, June 03, 2009

OFFER NJ 004 Keris antik bilah lembut RM1300.00 ( RM1100.00)

OFFER




Keris antik besi lembut
Hulu dan samir kemuning
Batang serunai sena
Panjang keseluruhan 17 in
Panjang bilah 13 inci
(bilah boleh lentur)