sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, April 08, 2009

Struktur dunia perkerisan masa kini

Dunia perkerisan masa kini mengikut fahaman saya bermula dari :

1. Tukang ( besi, sampir, perak, ukir dsbnya) - Pengeluar
2. Peniaga ( pemborong, peruncit, runner dll) - Dealar/agen/
3. Kolekter/pembeli ( kelas elit, sederhana, mistik, pesilat, keris pengantin)


Dalam dunia perniagaan, tak kira keris atau perniagaan lain telah wujud satu susunan/hirakinya yang tersendiri. Jika saudara sebagai pembeli/pengguna tinggal berhampiran kilang anda dikira bernasib baik kerana dapat membeli barangan terus dari kilang. Hargapun harga kilang, tentu ada bezanya berbanding dengan harga runcit jika diedarkan oleh pemborong dan peruncit. Sehubungan itu kita juga perlu memahami keris masa kini lebih tertumpu kepada nilai seni/antik berbanding fungsi sebenarnya sebagai senjata tikam. Lantaran itu harga sebilah keris adalah subjektif dan banyak bergantung kepada penilaian individu berdasarkan :
1. Jenis keris
2. Kualiti,seni pembuatan bilah
3. Kualiti dan seni pembuatan sampir
4. Antik
5. Kuantiti ( rare), langka

Setelah mengambil kira semua ini , renungkan kembali mengapa kita selalu inginkan yang cantik,berkualiti,antik,sampir berukir pada harga yang murah. Jika kita merosakkkan hiraki ini, ramai pihak yang menerima kesannya. Contohnya sebagai pembeli runcit berapa bilah keriskah yang saudara sanggup beli dari tukang(kilang), 10 bilah atau sebilah dalam masa sebulan atau setahun.
Mengikut pengalaman saya kolekter amat cerewet, siapa yang akan tanggung kerugian jika tempahan kita dengan tukang tidak mengikut spesifikasi. Tak mahu ambil tempahan dengan tukang? nanti keris terpacak kat perut.Kalau dengan peniaga anda masih boleh buat macam-macam helah kerana peniaga banyak strategi dan ramai pelanggan. Apa akan jadi pada tukang jika pemborong-pemborong tetap yang sentiasa mengambil barangan tempaan tanpa mengira kualiti beralih arah dan mula tidak membuat order. Apakah pembeli runcit yang sudah tidak menghiraukan hiraki akan mula membuat order 30 bilah keris sebulan?

No comments: