Tulang ciptaan Allah adalah unik, dalam kontek ilmu beladiri tulang yang keras, lasak dan kalis sakit amat diperlukan. Tulang kita sebenarnya boleh dilatih untuk menjadi lebih kuat dan keras. Ini kerana tulang sebenarnya akan mengalamai kerosakan kecil setiap kali ia berlanggar dengan objek lain, kemudian ia akan digantikan dengan tisu tulang lain yang lebih kuat. Sehubungan itu perlanggaran berterusan akan menjadikan tulang semakin tebal dan kuat sekaligus lebih tahan lasak. Pelbagai cara digunakan untuk tujuan itu antaranya menggiling tulang kering dengan botol yang diisi air suam. Memukul dengan kayu kecil, mengetuk dengan batang serai dan pelbagai lagi. Pokok pangkalnya ialah untuk membentuk satu lapisan tulang baru yang lebih kukuh dan tebal. ( Jangan pukul terlalu kuat , nanti patah 2)
Friday, April 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kalau minyak tomoi boleh sapu di tulang kering sebelum ketuk dgn kayu...atau selepas.....ada lebam
Post a Comment