sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, April 30, 2009

Air Mengalir

Air mengalir dari tempat tinggi ke tempat rendah. Itulah sifatnya. Mengumpul air ibarat mengumpul kekayaan(harta). Jika air yang kita kumpulkan tidak disalurkan ke tempat lain, ia akan melimpah dalam keadaan yang tidak terurus. Sebaiknya buatkan paip-paip kecil agar limpahan air dapat disalirkan untuk menyiram tanaman, minuman ternakan dan lain-lain. Ia akan jadi lebih terurus dan manfaat untuk kita juga akan bertambah. Jika tidak, limpahan air tadi akan menyusahkan diri kita.

Rezeki dan doa

Setiap selepas solat kita berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki. Di samping itu kita juga bekerja. Itulah konsep usaha dan tawakkal. Makbul itu pekerjaan Tuhan. Urusan kita sebagai hambaNya ialah menyediakan jalan untuk rezeki itu sampai ke tangan kita melalui tangan-tangan manusia. Tuhan tidak akan campakkan kepada kita selonggok wang setiap hari. Sebaliknya ia akan sampai ke tangan kita melalui urusan jual beli, hadiah dan pemberian . Binalah seberapa banyak cabang, lorong dan terowong agar ia mengalir melalui kita. Itulah yang dikatakan 9/10 rezeki itu melalui perniagaan. Sabar kunci keredhaan.

Peritnya ketika bersedekah...

Yang perit itulah sebenarnya manis yang perlu kita lalui. Kalau kita tak terasa perit, tak ada nilainya kerana kita mampu walaupun banyak yang kita keluarkan. Contohnya bersedekah RM1.00 bagi orang yang ada 20 sen amat memeritkan. Manakala RM100.00 bagi orang yang ada RM1 juta, ibarat sebiji pasir di pantai sahaja.

*Rezeki kita hanyalah yang masuk ke mulut dan dapat ke tandas esok pagi. Yang lain hanya harta pemilikan sahaja.

Kenduri...

Untuk membuat kenduri besar-besaran mungkin akan megambil masa, tenaga dan wang ringgit yang bukan sedikit. Jadi kenduri kecil-kecilan sudah mencukupi. Belanja sahabat dengan makanan dan minuman sekadar yang mampu. Bahagiakan sahabat-sahabat kita dengan makanan yang enak . Jika kita membahagiakan orang, insyaAllah Tuhan akan membahagikan kita.

Bijak cakap

Ramai orang yang bijak cakap, semua perkara dia tahu. Dari alam nyata hinggalah alam ghaib. Bila dah bercakap tak boleh berhenti. Seelokknya bagi kita yang mendengar, tapislah terlebih dahulu. Carilah guru yang mengajar kita bermula dari mengucap dua kalimah shahadah. Bukan sekadar cakap, tunjukkan,buktikan. Tasauf tidak ada ertinya jika shahadah kita pincang, solat pula lintang pukang.

Dahulukan fardu ain....

Sebelum kita belajar ilmu-ilmu lain, belajar terlebih dahulu ilmu fardu ain. Ibarat lesen "L", kalau kita tak beres dalam soal shahadah, wuduk, solat maka tidak akan ada tempat untuk amalan-amalan lain menetap. Belajar biar berguru. Dah ada guru , kenalah menuntut. Alim keris sahaja tak boleh bawa mati, keris tak bawa sekali dalam kubur.

Wednesday, April 29, 2009

Menduga kekuatan lawan

Dalam ilmu persilatan Melayu seorang pendekar tidak akan sembrono menyerang lawannya. Ini kerana jika silap perkiraan kita sendiri yang akan mendapat malu. Soal selidik, membuat sedikit homework, bertanya khabar dan merancang strategi dapat menjadikan seseorang itu lebih unggul daripada yang lain. Sebarang tindakan bodoh boleh menjatuhkan maruah dan menghilangkan kepercayaan khalayak pada kita. Sehubungan itu jangan cuba-cuba menduga jika kail panjang sejengkal

Tapak dalam silat

Terdapat pelbagai jenis tapak dalam persilatan atau mana-mana jenis beladiri yang lain. Semua tapak ada logiknya yang tersendiri mengikut ilmu dan pengalaman pengamalnya. Secara mudahnya kita dapati dalam silat ada tapak yang menggunakan kekuda rendah dan juga kekuda tinggi. Manakala pergerakan tapak pula menggunakan tapak tiga dan empat. Bagi pengamal silat yang berhemah sewajarnya kita tidak memperlekehkan mana-mana kaedah yang digunakan oleh pengamal silat lain di hadapan murid-murid kita. Sebaliknya kita hanya menekankan keberkesanan tapak silat yang kita amalkan dengan menunjukkan bukti-bukti hidup pada murid.

Buntut sampir yang sesuai

Terdapat beberapa kaedah mudah untuk kita memahami kesesuaian buntut/tapak sampir bagi sesebilah keris.

- Bentuk batang serunai - leper atau bulat . Contoh batang serunai bulat ialah untuk keris tajong dan anak alang. Jenis ini sesuai menggunakan tapak sampir jenis punggung lipas atau bulat.
- Jenis sampir/batang serunai yang terlalu panjang - biasanya menggunakan tapak bulat atau punggung lipas
- Jenis sampir yang menirus dari atas ke bawah - mengunakan tapak bulat.
- Sampir bulan - tidak sesuai menggunakan tapak, lebh sesuai punggung lipas
- Keris tempur - Tapak biasa yang lebih lebar dari hujung batang serunai. ( rahsia dalam persilatan )

Ini adalah pandangan saya semata-mata , tidak semestiya tepat atau muktamad. Lain tukang atau lain orang mungkin pandanganyya berbeza.

Teras Gemunggal batu (D) RM150.00


Panjang 10 mm x lebar 7mm x tinggi 6mm

Batu teras gemunggal (A) RM180.00 SOLD OUT


Panjang 20mm x lebar 10mm x tinggi 6mm

Teras gemunggal batu (c) RM180.00


panjang 9mm x lebar 12mm x tinggi 5mm

Tuesday, April 28, 2009

Kerambit tempahan Syahir ( SOLD OUT)


foto ciplak dari blog syahir.

Not For Sale


Permata sumbu badak sumatera yang bewarna putih, hadiah daripada seorang tua kepada saya . Selalu digunakan oleh pemilik asalnya untuk tujuan peubatan tradisional.

Gulingan dalam silat

Latihan gulingan dan gimnastik amat berguna bagi seorang pesilat. Walaupun agak menggerunkan bagi sesetengah orang, manafaatnya amat besar. Pengalaman jatuh tergolek amat berbeza daripada jatuh sambil berguling. Gerekan spontan kerana latihan gulingan dan gimnastik banyak mengelakkan kecederaan semasa kemalangan . Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Fosil cyprus tempahan sahabat ( SOLD OUT)


Sebenarnya terdapat 4 biji yang siap dicanai. Tapi satu telah kena "kidnap" oleh teman-teman semasa di rumah tukang canai.

Pengumuman untuk sahabat yang hilang parcel dalam perjalanan

Kepada sahabat penempah permata gemunggal batu yang hilang semasa proses pengeposan. Saya telah mendapat beberapa biji permata baru sebagai ganti. Bolehlah menghubungi saya untuk membuat pemilihan permata-permata yang berkenan dihati. Harap maklum

Fosil nibong N02 120.00 (sold out)


10mm x 7 mm
Stok 1 sahaja

Fosil nibong N01 120.00 (sold out)


saiz 15mm panjang x 5mm tinggi x 6mm lebar
Stok 1 shj

Monday, April 27, 2009

Mata...

Dalam solat kita, sewajarnya mata tidak melilau-lilau. Bermula daripada takbirratulihram hingalah salam mata mestilah sentiasa ditumpukan di tempat sujud. Begitu juga dalam silat bermula dari mengadap musuh hinggalah pertarungan selesai mata mestilah sentiasa tajam ke arah musuh.

" Dari mata turun ke hati"

cincin suasa permata akid temphan sahabat




Di sana menunggu disini menanti......

Sunday, April 26, 2009

Berpada-padalah...

Dalam segala hal, berpada-padalah. Jangan terlalu over atau keterlaluan. Kalau kita menyanjung seseorang pun berpada-padalah, kalau membencipun berpada-padalah. Munkin suatu hari nanti orang yang kita sanjung akan menjadi musuh ketat kita. Manakala orang yang pernah kita ludah akan menjadi tempat mengadu kita. Ingatlah langit tak selalu cerah, mendung tak semestinya hujan. Ikut hati mati, salah kata binasa.

Tumpahkan ilmu anda pada murid

Mencari keserasian antara murid dan guru tidak semudah yang disebut. Sebagai murid dalam bela diri sebaiknya jadikan guru sebagai bapa saudara anda. Anda akan lebih terbuka dan lebih rapat dengannya. Jangan terlalu berkira dan jangan suka buat hal. Guru tak rugi apa-apa kalau tak mengajar kita, tapi kita yang rugi kalau tak belajar apa-apa dari seorang guru. Menuntutlah.

Silat dan stamina

Bagi generasi muda yang mempelajari silat, berusahalah untuk meningkatkan stamina. Kecergasan amat penting dalam pertarungan. Di samping ilmu silat, adalah amat memalukan jika anda pancit awal dalam pertarungan persahabatan apatah lagi dalam pertarungan sebenar. Pesanan saya, pada setiap kali sesi latihan lakukan sparring dengan rakan anda walaupun cuma 5 minit. Tajamkan skill agar ia semakin baik.

Saturday, April 25, 2009

Tok Chu Bilah Lebar baru (SOLD OUT)






****************************************************************************************************************
Bilah keris Tok Chu Baru
Bilah Lebar
Panjang bilah 9 inci tak termasuk puting

Memindah kehalusan seni ukir Melayu pada sebilah keris



Keindahan seni ukir Melayu tidak ada tandingannya. Hiasan pada pintu besar ini sebagai contoh hidup dan dihasilkan oleh seorang tukang muda. Alangkah indahnya jika ia dapat dipindahkan ke dalam corak ukiran sebuah hulu keris. Hanya masa dan ketika sahaja menunggu ia menjadi kenyataan. InsyaAllah jika ada kemahuan di situ ada jalan.

Friday, April 24, 2009

Contender Asia 2

Malam tadi saya habiskan malam saya di gelanggang pertandingan Tomoi untuk pemilihan wakil Malaysia bagi rancangan Realiti TV contender Asia 2. Perlawanan diadalan di dewan Kompleks Belia dan Sukan Panji. Wakil Malaysia yang terpilih ialah Sdr Faisal dari Kelantan. Perlawanan agak mengujakan dengan serangan-serangan siku sebagai penyudah perlawanan. Kadangkala terlintas juga di hati bagaimana perlawanan manusia dieksploitasikan oleh Mat Salleh untuk memenuhkan kantung mereka. Pelajar tingkatan 5 sekolah saya pun turut bertanding sebagai penyeri kejohanan, ia menang dengan K.O, tapi cara berlawan amat merisaukan kerana banyak melakukan kesilapan-kesilapan mudah, tapi nasib menyebelahinya.

Thursday, April 23, 2009

Demonstrasi.....

Dalam silat sering ada jemputan untuk demontrasi. Selalunya ademontrasi adalah untuk menunjukkan kehebatan ilmu beladiri dan kekuatan yang dimiliki. Saya amat tidak bersetuju dengan adegan-adegan merbahaya seperi pemecahan genting. Ini kerana anak-anak yang melakukan pemecahan genting biasanya tidak mempunyai kepakaran dan latihan yang mencukupi. Sedikit kesilapan akan memudaratkan pesilat. Pada siapa kita nak tunjuk kuat. Cukuplah dengan aksi-aksi ganas yang lain, kecuali dilakukan oleh pesilat-pesilat senior atau mereka yang telah didedahkan dengan skill yang betul , serta cukup bersedia dari segi mental fizikal.

Perjalanan ini...

Ada sahabat-sahabat yang sedikit keliru dalam perjalanan ini. Baginya mengenal diri adalah penghujung perjalanan dan segala-galanya dalam hidup. Bukan, bukan, bukan. Mengenal diri ialah permulaan perjalanan dalam beragama. Bermula dengan mengenal barulah kita melangkah dan mengatur perjalanan hidup kita dengan pedoman. Jangan pula kita yang baru mengenal alif ba ta dah mula berkonfrantasi dengan semua orang. Diam dan merenung segala hal lebih baik daripada bertegang urat leher yang tidak ada sudahnya.

Pesanan dari guru....

Pada 22 hb April ( malam khamis) saya keluar makan bersama anak dan isteri di sebuah restoren di KB, hampir selesai menjamu selera saya melihat di pintu utama seorang tua berpakaian serba putih dan berkopiah putih sedang dipapah oleh seorang pemuda memasuki restoren. Orang tua itu kelihatan amat lemah . Terlintas di hati saya, alangkah bagusnya pemuda tersebut ( mungkin anaknya). Mereka berdua melalui tepi meja saya, alangkah terkejutnya saya, orang tua tersebut tidak lain tidak bukan Cikgu Mansor Othman, orang yang bertanggungjawab dalam perlimau tapak ( mandi tapak) gayong saya 28 tahun lepas. Dia merenung saya dan saya merenung beliau. Beliau angguk dan terus beredar ke mejanya. Saya terkedu seketika, lantas saya bangun dan terus menuju ke meja beliau. Bersama Ayah Sor beberapa orang murid-murid kanan beliau bertaraf black belt ( mengikut penerangan Ayah Sor) . Bersembang sekejap, beliau sempat berpesan kepada anak-anak muridnya tentang penyatuan gayong pada masa hadapan. Terharu juga mengenang zaman gemilang dan keagongan Gayong Kelantan suatu waktu dahulu.
*masa merubah segalanya.

Wednesday, April 22, 2009

Mengacah, baik dan buruk

Jika berdepan dengan orang yang boleh membaca gerak amat bahaya jika kita mengacah. Tapi jika kita mengenal gerak, acahan kita adalah sebagai umpan untuk memintas gerak pertama lawan. Jadi bersedialah untuk menghantar serangan kedua dan ketiga jika acahan kita berjaya mengumpan lawan untuk bergerak.

Masa mengubah segalanya

Perjalanan Gayong di negeri Kelantan melakar sejarahnya yang tersendiri. Daripada zaman Arwah Haji Harun di Pasir Puteh, Arwah Cikgu Mat Lazim, Cikgu Awang Daud, Zaman kegemilangan Pusaka Gayong sekitar 80an, zaman perpecahan hinggalah kini. Ramai nama-nama besar yang sudah kembali ke rahmatullah. Yang terbaru ialah Arwah Pak Jab . Sama ada berita ini benar atau tidak, saya hanya mengetahuinya minggu lepas. Innalillahiwainnailaihirrajiuun. Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan bersemadi dengan aman.

Kaedah menikam atau menetak.

Dalam permainan silat ada kaedah tikam dan tetak. Walaupun bermain tangan kosong ia boleh diaplikasikan dengan senjata tikam dan senjata tetak seperti keris dan pedang. Bagaimana gendang bgitulah tarinya. Kalau ditikam, mestilah mengelak. Kalau ditetak mestilah menyangga atau pun menepis . Yang paling mudah jangan benarkan musuh menikam atau menetak. Bunuhlah pada gerak pertama. Tapi, tidak akan ada cerita lagi. Jadi biarkan ia menjadi cerita, kerana itulah cerita kehidupan.

Badik pupuk Tukang Mat Long ( tempahan Ronald)


Antara tukang badik terkenal di Kelantan ialah Tukang tua Mat Long dan juga Tukang Pak Mud. Badik ini adalah hasil kerja tangan Tukang Mat Long.

Keris Charita ( Tempahan Ronald)


Bilah charita tempahan sahabat dari Pahang. Sesuai untuk dipasangkan dengan hulu dan pakain tajung.

Tuesday, April 21, 2009

Memartabatkan warisan atau menghancurkan persahabatan

Inilah fenomena dunia perkerisan hari ini. Pemain-pemainnya sering bercakaran satu sama lain . Akhirnya yang dikejar tak dapat dikendong berciciran. Sahabat yang kita kumpul akhirnya menjadi musuh yang paling ketat. Alangkah malangnya dunia perkerisan. Semua itu tak boleh kita salahkan pada sesiapa, renunglah kembali dan masing-masing mengoreksi diri.

Keris dan persahabatan

Asalnya kita sendiri, tapi kerana keris kita berkawan, bersahabat dan berpersatuan. Kerana keris juga kita bergaduh, bertengkar, bermasam muka dan akhirnya kita saling membawa diri. Inilah masam manis dunia perkerisan, walaupun dunia perkerisan kecil sahaja ombak geloranya mengalahkan masalah negara. Ada merajuk, ada yang berkecil hati, ada yang marah-marah dan ada juga yang kecewa. Entahlah mungkin ada yang tak kena dalam dunia kecil kita ini. Jika saya yang menjadi pemangkin saya memohon maaf kepada semua.

Tasbih teras delima terakhir dlm stok ( En.Ramli Brunei)



Inilah stok terakir tasbih teras delima yang saya miliki. Ia kini menjadi milik sahabat dari Brunei . Untuk makluman sahabat-sahabat lain selepas hari ini saya hanya menjual batu-batu cincin teras delima sahaja. Ini kerana kekurangan stok untuk dijadikan tasbih. Terima kasih.

Untuk perhatian sahabat




Katana ( SOLD OUT )




Panjang keseluruhan 38 inci
Panjang bilah bilah 28 inci











Ulu gigi Ikan RM1200.00











Sunday, April 19, 2009

Patah tumbuh hilang berganti

Selama saya berkecimpung dalam dunia persilatan ribuan anak murid datang dan pergi, begitu juga dengan guru-guru. Silat masih juga di situ. jika tidak kita, orang lain akan bersilat. Jika kita tak jadi guru orang lain akan jadi guru. Itu lumrah alam. Pernah terlintas di hati untuk berhenti mengajar, tetapi ibu saya pernah berkata "itu dah kerjamu" . Walaupun penat, letih, berserabut, fed up dan sebagainya, inilah dunia persilatan. Harungilah ia seadanya. Jangan terlalu ke depan dan jangan pula terlalu ke belakang. Sedan-sedan sahaja lebih elok.

Saturday, April 18, 2009

Kaedah sparring..

Bila kita sparring janganah kita lupa diri. Sasaran-sasaran bahaya hendaklah dielakkan. Risau juga kalau-kalau berlaku kecederaan kekal. Kita juga jangan memalukan sahabat semasa sparring seperti mencuit hidung dan sebagainya walaupun kita mampu melakukannya. Sehubungan itu berpada-padalah. Biasnya kalau kita suka melakukannya maka suatu hari orang lain juga akan melakukannya pada kita dan pada masa itu barulah kita rasa bagaimana perasaan orang yang pernah kita perlakukan.

Friday, April 17, 2009

Produk kesihatan..

Antara perkara yang menjadi keutamaan setiap insan waras ialah kesihatan. Bagi peniaga "kesihatan" merupakan peluang ataupun lubuk emas bagi mereka. Dengan taktik gembar gembur tentang bahaya penyakit, kita mudah naik cemas dan penyelesaiannya ialah beli produk keluaran mereka. Bukan salah, tapi kadangkala kempennya seolah-olah tidak ada langsung takdir Allah Taala di situ. Tanpa berlapik mereka katakan si anu sembuh, si ani dah sihat, si abu dari lumpuh dah boleh berjalan, semuanya kerana kemujaraban ubat mereka. Kita hanya berusaha, sandarkan yang Maha Kuasa untuk menentukan urusannya.

Khasiat madu lebah

Masyarakat seluruh dunia mengakui khasiat madu lebah. Perniagaan madu lebah merupakan satu perniagaan yang menguntungkan. Tapi adakah madu yang kita beli betul-betul tulen. Saya pernah terbaca dalam satu laporan oleh MARDI tahun lepas, 80% madu yang ada dalam pasaran tidak tulen. Biasanya madu asli dicampur dengan gula merah utuk meraih keuntungan. Sehubungan itu masyarakat kita mengambil pelbagai langkah dan cara untuk mengenali ketulenan madu. Ramai yang menjadi pakar tidak bertauliah. Antaranya dengan menitiskan di atas kuku untuk mengesan kelikatannya , menitiskan madu atas air suam untuk melihat bentuk hexagon, mencelupkan kepala mancis kemudian dibakar dan pelbagai perkara lagi. Bagi saya senang sahaja beli sebotol dan simpan dalam peti sejuk. Jika ori sampai bila pun tak akan beku. Jika tidak ori, bahagian gula akan membeku( tapi madu kena beli dululah) . Kerana itu ada penjual madu mengingatkan agar madu tidak disimpan dalam peti sejuk, takut hilang khasiat. Bijak-bijak.

Petua menguatkan tulang

Tulang ciptaan Allah adalah unik, dalam kontek ilmu beladiri tulang yang keras, lasak dan kalis sakit amat diperlukan. Tulang kita sebenarnya boleh dilatih untuk menjadi lebih kuat dan keras. Ini kerana tulang sebenarnya akan mengalamai kerosakan kecil setiap kali ia berlanggar dengan objek lain, kemudian ia akan digantikan dengan tisu tulang lain yang lebih kuat. Sehubungan itu perlanggaran berterusan akan menjadikan tulang semakin tebal dan kuat sekaligus lebih tahan lasak. Pelbagai cara digunakan untuk tujuan itu antaranya menggiling tulang kering dengan botol yang diisi air suam. Memukul dengan kayu kecil, mengetuk dengan batang serai dan pelbagai lagi. Pokok pangkalnya ialah untuk membentuk satu lapisan tulang baru yang lebih kukuh dan tebal. ( Jangan pukul terlalu kuat , nanti patah 2)

Keris Jawa ( sampir tukang kelantan) tempahan sahabat


Bilah keris jawa milik sahabat.
Saya hanyatolong tempahkan sampir
Walaupun gagal meniru 100 % inilah seadanya.

Melela Lok 3 Kusriwa ulu ukir penuh(baru) RM1600.00 SOLD OUT











Melela lok 3
Sampir design kusriwa
Sampir kemuning, batang serunai sena
Hulu ukir penuh
Panjang keseluruhan 16 inci
Panjang bilah 11 inci

Thursday, April 16, 2009

Alasan untuk jadi berani....

Dalam perbualan saya dengan seorang tua 15 tahun lepas, dia memberikan saya satu tip untuk jadi berani ( berani tak boleh diajar). Katanya jika berhadapan dengan orang bersenjata, contohnya parang. Belum tentu orang itu akan menyerang kita, jika dia nak menyerang kita belum tentu dia akan rapat, jika dia rapat belm tentu dia akan menyerang, jika dia nak menyerang belum tentu ia akan menetak, jika ia nak menetak belum tentu parangnya akan diangkat, jika diangkat belum tentu parang itu akan turun kearah kita, jika turun belum tentu kena, jika kena belum tentu lut. Jika lut belum tentu parah. Jika parah belum tentu mati, jika mati.............aduh lambatnya untuk mati niiiii.
*cakap senanglah, hati dah berkata-kata, cabuuuuuuuut.

Kepada siapa.....

Dalam kehidupan seringkali kita berdepan dengan masalah, ramai orang yang kita tuju untuk meminta simpati dan bantuan. Setelah semuanya kita usaha dan ikhtiarkan serahkan kembali segala usaha dan ikhtiar kita tadi kepada pemilik Agong usaha ikhtiar dan qadak qadar menentukannya. Ironinya walaupun kita tidak menyerahkan hati kita padaNya ia tetap berlaku jua. Jadi usah dilanggar jelujur/leluhur yang ada.

Masa dan takdir

Biasanya waktu-waktu petang saya sentiasa dipenuhi dengan aktiviti mengajar silat. saya impikan rehat yang panjang bila cuti dan semester berakhir. Tapi rupa-rupanya takdir telah menentukan saya mesti sibuk pada waktu petang, ada-ada sahaja perkara yang perlu dbereskan pada waktu petang. Kadang-kadang sampai empat kerja dalam masa yang amat terhad. Indahnya aturan Tuhan pada kita.
*Lakukan tugas kita sebaik mungkin

Runtuhnya satu industri....sejarah lalu

Dalam tahun 90 an perkembangan industri batik di Kelantan amat memuncak sehingga segenap ceruk kampung ada kilang batik. Apabila persaingan menjadi sengit "perang harga" bermula. Pemain-pemain baru mula menurunkan harga untuk menguasai pasaran. Untuk mengekalkan keuntungan kualiti di kurangkan. Apabila keadaan ini tidak terkawal akhirnya industri batik di Kelantan mulai goyah, banyak kilang ditutup dan pekerja batik mula beralih arah kerana kerana tidak yakin dengan industri yang rapuh. Hari ini hanya pengusaha batik yang betul-betul teguh dan dipercayai sahaja mampu berdiri. Seharusnya pengalaman lalu mengajar kita.

Wednesday, April 15, 2009

Pantas, tangkas

Pantas atau cepat dalam konsep persilatan ialah pergerakan yang mendahului lawan. Pantas adalah relatif berdasarkan pergerakan lawan. Manakala tangkas pula ialah perbuatan atau sikap dalam persilatan sama ada menyerang atau mengelak. Jadi pesilat yang pantas dan tangkas adalah antara yang terbaik.

Batu dan permata vs beras dan antah

Antara batu dan permata, kedua-duanya adalah dari sumber yang sama. Tetapi jika dicari dalam banyak-banyak batu jarang terdapat subutir yang boleh dijadikan permata. Manakala dalam banyak-banyak beras sukar dicari antahnya. Jadilah permata di dalam batu elakkan antah di dalam beras.

Tuesday, April 14, 2009

Kurang stamina...

Bila dah tua-tua begini, stamina sudah kurang. spariing sikit dah semput. Antara sebabnya ialah peluh jarang-jarang keluar, asyik mengumpul lemak siang dan malam. Air batu dan air bergas menjadi kegemaran. Tambah kerja pula dalam aircond, kat rumah pun tidur dalam aircond. Akhirnya badan jadi lemah. Anggota lain tak bergerak masa kerja ,kecuali jari-jari yang agak penat sedikit.

Tempahan Sahabat dari Miri


2 botol minyak cendana asli 10ml
2 keychain teras kemuning hitam
4 bentuk cincin perak pahat bunga jawa

Monday, April 13, 2009

Sunday, April 12, 2009

Pertikaman antara Tuah dan Taming Sari

Keris bertuah ialah keris milik Taming Sari, namun keris bertuah itulah yang menembusi perut pemilik asalnya. Persolannya adakah keris yang baik dapat menjamin kesejahteraan pemiliknya. Ataupun ilmu persilatan dan tipu helah merupakan tuah yan sebenar.

Kisah dua sahabat.... (kisah benar)

Mereka telah bersahabat selam lebih 20 tahun dengan penuh keakraban tanpa rasa curiga. Akhirnya seorang yang bernama "Y" telah jatuh sakit, selama 2 bulan ia tidak dapat makan. Walaupun sedikit sahaja makanan masuk kedalam perut ia akan muntah. Akhirnya dalam kunjungan terkhir sahabatnya "M" . Y bertanya hiba penuh keikhlasan pada sahabatnya, Katanya "beritahulah dengar benar mengikut ilmu yang kita pelajari, bilakah aku akan kembali mengadap tuhan qadhi rabbull jalil". Dalam linangan airmata sahabatnya membisikkan di telinganya "InsyaAllah kau masih hidup hari ini dan esok, kalau betul ilmu yang kita pelajari kau akan kembali lusa". Setelah itu kedu-dua sahabat bersalam-salaman dan bermaaf-mafan dalam linangan air mata. Ditakdirkan Allah s.w.t pada hari ketiga maka kembalilah sahabatnya itu mengadap tuhannya. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar

hati tertawan...

Semalam saya sempat bertemu dengan seorang haji (Hj. I) kerana ingin meminta bantuannya menyelesaikan satu masalah sahabat. Kunjungan kali pertama di waktu pagi gagal, sebelah petang baru berjaya bertentang mata. Hati saya tertawan dengan penampilan dan perwatakannya. Allah dibesarkan, takdir di hadapan, usaha ikhtiar di teruskan, ayat-ayat Al-Quran menjadi santapan. Tiada cela tiada mengata. Walaupun perompak katanya, "semua itu adalah dengan kehendak dan gerak geri Allah juga". Tertawan hati saya kerana perwatakan sufi.

Guru garang murid cemerlang

Pengalaman mengajar silat selama 25 tahun membolehkan saya membuat satu kesimpulan berdasarkan pengalaman tentang kaedah berkesan melatih pesilat. Jika jurulatih silat mengajar silat solah-olah mengajar menjahit atau memasak maka anak-anak muridnya tidak akan lasak. Jika kita mengajar anak-anak murid kita dengan pukulan-pukulan keras dan laju anak-anak murid cepat maju.

* gelanggang silat bukan tempat untuk mencari kekasih atau berdrama

Gila......

Gila ada pelbagai perkara gila, gila yang paling afdal ialah gila mencari Tuhan. Inilah sebenar-benar gila. Biar gila di mata insan asalkan bahagia dalam perjalanan. Gila..gila.

* Apa kategori gila anda. Gila cakap atau gila pangkat.

Kelewang vs lading

Seringkali saya ditawarkan dengan stok kelewang dan parang jambul oleh tukang-tukang untuk dipasarkan dalam blog saya. Namun saya tidak mampu memenuhi permintaan mereka. Permintaan terhadap kelewang amat rendah berbanding dengan permintaan parang lading. Ini kerana kelewang merupakan senjata nostalgia bagi masyarakat kelantan terutama yang sudah berusia 30 an. Manakala permintaan terhadap parang lading agak tinggi kerana ia menjadi senjata rasmi dalam Silat Cekak dan tidak terhad pada pasaran negeri Kelantan sahaja.

Saturday, April 11, 2009

Mencari tuah.......sekadar pandangan

Dalam ilmu perkerisan, ada ilmu raksi keris ( kesesuaian ). Pokok utama ialah mencari tuah dan keseuaian dalam sebilah keris dengan pemilikya. Jarang generasi muda memiliki ilmu ini. Tedapat pelbagai kaedah yang diajar dalam ilmu ini sama ada pengukuran secara fizikal dan juga amalan zikir dengan bacaan-bacaan tertentu untuk membangkitkan kesesuaian. Walau bagaimanapun tidak semua orang boleh menerima ilmu seperti ini. Mereka lebih senang menerima seadanya saiz sesebilah keris mengikut ukuran fizikal sahaja. Keberkesanan ilmu ini juga sukar dibuktikan dan juga sukar dinafikan. Walau apapun, ilmu yang bermanafaat ialah ilmu yang diamalkan.

Kenapa keris berpeluh

Keris-keris berpeluh menjadi buruan bagi sesetengah peminat dan pengumpul keris. Persolannya kenapa keris berpeluh. Mengikut pandangan seorang sahabat, besi berpeluh sebenarnya ialah besi yang mengandungi kadar garam yang tinggi (?). Ia sebenarnya tidak berpeluh, tetapi besi yang masin mampu menarik wap air yang berada di sekelilingnya. Ada logiknya pendapat ini, tapi betul atau salah memerlukan ujikaji yang betul-betul saintifik dan boleh dipercayai.

Kolekter-kolektor senyap

Sepanjang perjalanan dunia perkerisan saya yang masih hijau ini seringkali saya menemui kolektor-kolektor yang tidak mahu dikenali. Koleksi mereka boleh tahan juga kualitinya. Bila saya ajukan kenapa tidak mahu dikenali, jawapan yang biasa ialah " saya senang begini, low profile". Bilangan mereka agak ramai, kemampuan beli mereka juga agak tinggi, ilmu perkerisan juga tidak kurang hebatnya. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragamnya.

Siapa kita..

Tidak ada siapa yang berani mendakwa bahawa ilmunyalah yang sebenar-benar ilmu. Lain padang lain belalang. Lain orang lain ragam ilmunya. Kebanyakan ilmu Melayu tidak dizahirkan dan dihebahkan terutama apabila ia boleh mengundang perdebatan di segi akidah dan kepercayaan. Walau apapun ilmu yang kita pelajari syariat, hakikat dan makrifat mesti seiring. Takut nanti, lain yang dicari lain pula yang mengekori.

Maaf produk jualan jarang keluar....

Dalam sehari dua ini saya amat sibuk dan sedikit keletihan. Mungkin masalah cermin mata yang perlu di tukar. Insyaallah minggu hadapan keadaan akan pulih seperti biasa. Kepada penempah-penempah cincin, maaf dipinta kerana kerana kelewatan di pihak tukang. InsyaAllah dalam minggu ini semua tempahan lama akan dapat di selesaikan.

Badik Kecil Sampir Gading RM550.00 (SOLD OUT)


Badik Kecil Sampir gading
Panjang keseluruhan 8 inci
Bilah 5.5 inci
* Bilah antik





Friday, April 10, 2009

Pening mencari kayu ? ( IKLAN)

Kepada sahabat-sahabat yang sering bertanya kepada saya bagaimana hendak mendapatkan
kayu kemuning kuning, kemuning raja, kemuning emas, kemuning hitam yang berkualiti , sila hubungi :

En.Ramli Raman (KL)
h/p: 012-2910074


ATAU

http://mohdramli.multiply.com/market/item/76/kemuning_emas_hitam_blak

Thursday, April 09, 2009

Selamatkah kita di tangan tukang-tukang karut itu...

Antara bait-bait lagu M.Nasir. Bolehkan kita membuat pencarian ilmu tanpa menidakkan hasil kerja orang lain? Persoalan ini sering bermain di fikiran saya. Mungkin kita lebih arif,berilmu atau genius dalam sesuatu bidang. Sekalung tahniah diucapkan atas potensi diri yang cemerlang. Namun janganlah ketinggian ilmu kita gunakan untuk menidakkan hasil kerja orang lain yang telah lama dipersada masyarakat. Naiklah dengan cara melilit dan menjalar seperti kekacang bukan dengan cara menjarah dan membunuh seperti dedalu. Semoga ilmu yang bermanafaat dapat dikongsi .

Cukupkah dengan hanya berzikir......

Ramai yang belajar cara membersihkan hati dengan cara zikir-zikir munajat dan zikir-zikir tariqat. Amat bagus amalan ini. Tetapi cukupkah? Pada pendapat saya tidak mengcukupi jika tidak disusuli dengan hubungan baik sesama insan. Cakap sahaja berdegar-degar tentang kehebatan ilmu tasauf yang pernah kita pelajari juga tidak mencukupi, kerana ilmu yang tidak diamal ibarat pohon yang tidak berbuah.

Lumrah .....

Dalam kehidupan, ada yang menyukai kita dan ada yang membenci kita. Nak buat macam mana, itulah hakikat hitam putih kehidupan. Teruskan kehidupan dengan tenang, buat-buat tak tahu dan tak faham sajalah. Jika kita menyebar ilmu dan persahabatan Insyaallah pintu rezeki terbuka luas. Sebaliknya jika kita menyebar kebencian dan permusuhan semakin ramai lawan dan semakin sempit pintu rezeki.
* orang lain dapat untung kita jadi tukang pukul gong. ( GooonG)

Gelinya hati ini....

Rezeki Kurniaan Allah tidak terduga-duga, kalau betul jalan dan lorong yang kita buat insyaAllah ia akan menjadi mudah. Sehubungan buatlah jalan dan lorong untuk ia mengalir. Bersihkan lorong milik kita, tebang tebas semak belukar. Di samping itu jangan pula semak belukar yang kita tebas dilorong kita tadi kita taburkan di jalan/lorong orang lain. Ini kerana Allah itu Maha Adil.

* Bersihkan dulu semak belukar di dalam hati baru bersihkan belukar kat tepi jalan. Kalau tidak akhirnya tak ada sapa yang nak layan. Boleh jalan....

Kunjungan sahabat

Dalam minggu ini kunjungan sahabat-sahabat boleh dikatakan setiap malam. Alhamdulillah, walaupun kegawatan ekonomi mulai menampakkan kesannya, dunia perkerisan saya masih meriah dan bertahan. Maaf kerana tak memasukkan foto-foto kunjungan sahabat demi privasi.

Wednesday, April 08, 2009

Niat , kata , buat....

Dalam permainan silat kaedah ini amat berkesan untuk digunkan. Bukan untuk menyerang, tetapi untuk memahami pergerakan lawan. Niat lawan untuk menyerang walaupun tidak berkata-kata tetapi amat jelas tandanya-tandanya. Sehubungan itu jika kita ingin memahami pergerakan air kita mestilah tahu di mana puncak airnya. Jarang puncak air berada di tanah pamah, di puncak bukitlah tempatnya. Jadi tajamkan mata carilah punca air di puncak bukit dan racunlah di situ, nescaya semua yang di bawah akan mati. Nampak mudah tapi perlu tabah.

Struktur dunia perkerisan masa kini

Dunia perkerisan masa kini mengikut fahaman saya bermula dari :

1. Tukang ( besi, sampir, perak, ukir dsbnya) - Pengeluar
2. Peniaga ( pemborong, peruncit, runner dll) - Dealar/agen/
3. Kolekter/pembeli ( kelas elit, sederhana, mistik, pesilat, keris pengantin)


Dalam dunia perniagaan, tak kira keris atau perniagaan lain telah wujud satu susunan/hirakinya yang tersendiri. Jika saudara sebagai pembeli/pengguna tinggal berhampiran kilang anda dikira bernasib baik kerana dapat membeli barangan terus dari kilang. Hargapun harga kilang, tentu ada bezanya berbanding dengan harga runcit jika diedarkan oleh pemborong dan peruncit. Sehubungan itu kita juga perlu memahami keris masa kini lebih tertumpu kepada nilai seni/antik berbanding fungsi sebenarnya sebagai senjata tikam. Lantaran itu harga sebilah keris adalah subjektif dan banyak bergantung kepada penilaian individu berdasarkan :
1. Jenis keris
2. Kualiti,seni pembuatan bilah
3. Kualiti dan seni pembuatan sampir
4. Antik
5. Kuantiti ( rare), langka

Setelah mengambil kira semua ini , renungkan kembali mengapa kita selalu inginkan yang cantik,berkualiti,antik,sampir berukir pada harga yang murah. Jika kita merosakkkan hiraki ini, ramai pihak yang menerima kesannya. Contohnya sebagai pembeli runcit berapa bilah keriskah yang saudara sanggup beli dari tukang(kilang), 10 bilah atau sebilah dalam masa sebulan atau setahun.
Mengikut pengalaman saya kolekter amat cerewet, siapa yang akan tanggung kerugian jika tempahan kita dengan tukang tidak mengikut spesifikasi. Tak mahu ambil tempahan dengan tukang? nanti keris terpacak kat perut.Kalau dengan peniaga anda masih boleh buat macam-macam helah kerana peniaga banyak strategi dan ramai pelanggan. Apa akan jadi pada tukang jika pemborong-pemborong tetap yang sentiasa mengambil barangan tempaan tanpa mengira kualiti beralih arah dan mula tidak membuat order. Apakah pembeli runcit yang sudah tidak menghiraukan hiraki akan mula membuat order 30 bilah keris sebulan?

Tuesday, April 07, 2009

Dah tobat.. ?

Amat mudah untuk kita berpatah balik dan memohon maaf, seperti tidak pernah ada apa-apa yang berlaku. Semudah itu sahaja. Adakah kita betul-betul dah insaf, kalau ibarat melepas anjing tersepit, harap pergi jauh-jauhlah. Bukan sombong, bukan ego, tapi luka yang kau buat belum lagi sembuh dan berparut. Nanahnya masih lagi berdenyut.

Bersedia Jumpa Tuan







Terkena....

Ramai sahabat-sahabat saya yang "terkena" apabila membeli batu permata. Sememangnya agak sukar untuk membezakan antara batu permata asli dengan sintetik kerana kecanggihan teknologi dan juga kecetekan ilmu. Sehubungan itu, seperti selalu saya nasihatkan berhati-hati dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif. Nasihat saya pada penjual pula, sampai bila kita akan terlepas di dunia daripada kerja kotor kita.

Kalau batu katakan batu
Kaca bukan intan permata
Kalau tahu katakan tahu
Jangan nanti berputih mata


( ingatkan dosa beb...)

Melela Lok 3 RM1500.00 (SOLD OUT)




Keris Melela Lok 3
Tulang bulat
Hulu dan sampir kemuning
Batang serunai sena
Panjang keseluruhan 19 inci
Bilah 12.5 inci


R 101 Pandai Saras Pamor Bulu Rusa Bari Buih RM1800.00



http://cikgunasir.fotopic.net/

N 0059 Melela Tulang Bulat Lok 5 RM1700.00



http://cikgunasir.fotopic.net/

Delima Cindai saiz 18. RM1050.00 ( SOLD OUT)




Tok cu Antik RM1600.00







Panjang keseluruhan 18 inci
Panjang bilah 14 inci
Ulu kemuning
Sampir ( tak pasti)
Batang serunai sena