sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, September 25, 2009

Di mana pertimbangan kita....

Setelah sebulan berpuasa mengapa kita cemari malam raya dengan tembakan mercun sehingga menjadikan suasana malam raya seoalah-olah medan perang. Pernah kita fikirkan perasaan ibu-ibu yang ada anak kecil, orang-orang tua yang ada penyakit jantung, orang-orang Islam yang sedang beribadat. Apa sebenarnya yang kita raikan pada malam raya, kalau kegembiraan kerana kemenangan berpuasa sebulan sepatutnya kita raikan dengan tasbih,takbir dah tahmid. Mungkin juga kita sedang mengadakan sambutan sempena pembebasan syaitan-syaitan atau kerana saja ikut-ikutan tanapa sebarang alasan. Kenapa kita cukup berkira untuk mendermakan RM10.00 pada tabung masjid pada hari jumaat, sedangkan kita dengan selamba menghabiskan puluhan ringgit untuk "dibakar" tanpa sebarang alasan. Lebih malang lagi kerana kita sebagai orang yang berpendidikan dan beragama tidak melarang anak-anak kita dari bermain mercun, malah tolong membelikan untuk mereka. Nampaknya kita kena tunggu setahun lagi untuk berpuasa semula di bulan ramadhan jika dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t.
* Adakah mereka yang kita sakiti dengan dentuman mercun akan memaafkan kita.

4 comments:

TERATAK said...

Benar sekali komentar C Gu. Saya juga berasa amat sedih bila memanjangkan permohonan untok membantu anak-anak yatim, ibu tunggal & fakir dalam bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat sambutan. Sebaliknya, mercun dan bunga api bernilai ratusan ringgit dibeli.....

Mushashi said...

Totally agree with Cikgu Nasir and Othman...We shd take more time to reflect on how lucky we are in compare to some unfortunate people around us. Of course if possible do more charity to assist them during the festive season.

Oghang Ba Ado said...

... isk, abih dah lagu rayanya dam dam dum, bunyi mercun...

fakir al banjari said...

banyak yang perlu diperbaiki. banyak lompong kosong yang boleh dibolosi mercun jutaan ringgit, ribuan tan. yang dirampas tu ke mana perginya????