Macam-macam perancangan ada dalam kehidupan bermasyarakat. Apa yang kita sedari ialah perancangan yang berkaitan dengan dunia seharian kita. Sewajarnya kita merancang sesuatu yang boleh memberi manafaat pada diri kita, rakan-rakan kita, dan juga komuniti yang kita sertai. Janganlah sesekali kita merancang untuk memusnahkan orang lain atau merosakkan apa yang kita tak mampu mencapainya. Rezeki sudah ditetapkan oleh Allah, janganlah kita menjadi manusia yang tidak pernah senang dengan kejayaan orang lain. Ikutlah jalan lurus, nescaya Tuhan akan bersama kita.
* Kerana dengki dengan orang yang berada di tingkat atas , jangan pula kita tebuk lantai kapal untuk dapatkan air.
No comments:
Post a Comment