Apabila kita bangkit dari sujud untuk berdiri semula pada rakaat kedua sebaik-baiknya janganlah kita bertongkat tangan pada lantai, atau bangkit dengan bantuan tangan. Letakkan kedua-dua tapak tangan pada paha, angkat sedikit lutut kiri dahulu dan diikuti dengan lutut kanan, insyaAllah sahabat boleh bangun tanpa bantuan tanngan dan berjaya meminimunkan pergerakan-pergerakan tambahan dalam sembahyang.
* Carilah guru betulkan solat anda.
5 comments:
terima kasih atas tunjuk ajar....
ilmu yang begitu bermakna...terima kasih
Syaikh Shaleh Fauzan al-Fauzan memilih pendapat ini iaitu Rasulullah SAW bangkit tanpa bertongkatkn tangan; alasannya ialah Rasulullah hanya bangun bertongkatkn tangan yg dikepal penumbuk (spt menguli doh) hanya bila berangsur tua dan berat bandannya naik.
Sedangkan Syaikhul Hadith Syaikh Nashiruddin al-Albani (Rahimahullah) memilih pendapat kedua; (juga dr hadith shahih) iaitu bahawa Rasulullah bangkit dengan bertongkatkan dua tangan yg dikepal secara rutin.
Untuk pengetahuan Cikgu Rasulullah memang ada berbuat demikian secara rutin (ini secara langsung menjadi sunnah bukan?) apabila sudah berumur dan berat badannya naik; jadi itu biarlah menjadi pilihan asalkan kita beramal secaqra berdalil. Wallahu a'llam
Terima kasih kerana berkongsi nas. Harap diperbanyakkan lagi, kerana setiap hari kita solat.
cikgu,
apa molek cikgu kongsikan tentang mengambil Wudhu dengan Betul dahulu sebelum lakukan Solat Ritual. Kerana saya perhatian, banyak antara kita yang Ambil Wudhu dengan carca merba.
harap dapat dikongsi bersama.
Post a Comment