Pemilihan kayu yang sesuai untuk sampir keris amat penting. Ini kerana sebilah keris yang cantik bilahnya tidak akan sempurna jika kayu sampirnya tidak menawan. Pemilihan plot dan ira kayu yang menawan memerlukan kos yang agak tinggi. Kadangkala tidak semua kayu gred A mempunyai ira yang menarik. Kayu-kayu lain setakat ini gagal mengatasi kehebatan kemuning. Antara saingan kemuning ialah kayu kerat telunjuk, halban. Kayu-kayu lain seperti nangka adalah sesuai untuk sampir golok dan pisau sahaja.
Monday, May 04, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment