sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, May 31, 2009

Cuti

Saya akan bercuti bermula 1,2 dan 3 hb Jun 2008.
Sebarang urusan bolehlah email atau sms. InsyaAllah saya akan membalasnya bila keadaan mengizinkan. Saya juga akan mengadakan jualan runtuh beberapa barangan tepilih selepas balik dari bercuti. Belian semasa cuti akan saya poskan pada 4 hb Jun. Terima kasih

Tempahan sahabat yang dah siap


Bersama Tukang Din

Antara tukang sampir yang paling berdedikasi di bengkel kg Perangkap adalah Tukang Din. Sikap jujur dan "senang berkira" menjadikan beliau tak menang tangan dalam menerima tempahan. Berkecimpung dalam bidang ini lebih kurang 1o tahun. Beliau kini menjadi tempat rujukan tukang-tukang muda yang ingin belajar membuat sampir. Memulakan kerjaya dalam bidang elekrik dan akhirnya kembali seni kayu yang lebih memerlukan tenaga dan kemahirannya.
( T.din sedang membaiki sarung keris milik Nasrul)

Intipati kuliah agama....

Jika mahu disayangi Allah jangan tamak/haloba dengan dunia
Jika mahu disayangi manusia jangan ambil hak/kesayangan orang

Tasbih 33 biji damar minyak RM80.00


Bilah Pandai Saras RM750.00 ( SOLD OUT )



Pandai saras (baru)
Panjang keseluruhan 17.5 inci
(tidak termasuk puting)
Lok 9
Besi hitam

Saturday, May 30, 2009

Badik Yatim RM750.00 ( nett)











Lembing Antik RM350.00







Keris Bangkinang RM1800.00















Panjang keseluruhan 22"
Panjang mata 17.5"
Sampir kemuning
Ulu kemuning
Batang serunai sena

Bugis Lok 3 RM1500.00











Pandai Saras Antik RM850.00



Panjang keseluruhan 17 inci
Panjang bilah 13 inci
Sampir /ulu kemuning (baru)
Batang serunai sena

Ulu bahar Merah RM650.00







Sesuai untuk bilah sekitar 10 hingga 12 inci

Bodek RM210.00 ( baru)

Bodek buatan baru
Panjang keseluruhan 11 inci
Panjang bilah 7 inci
Sampir dan hulu sena














Kapak Kecil Kelatan (1) besi pamor RM150.00














Kapak Kecil Kelantan
Bilah berpamor
Hulu kayu halban

R 18b Pandai Saras Antik RM1400.00



Panjang keseluruhan 21.5 inci
Bilah 16.5 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang serunai sena



Friday, May 29, 2009

Melatih junior

Antara teknik melatih junior dalam pengurusan ialah dengan cara melepaskan mereka di lapangan untuk mengendalikan sesuatu projek. Jangan campur tangan, jawab bila disoal. Biarkan mereka berpeluh sejuk apabila ada masalah, itulah ilmu yang akan memacu mereka untuk menjadi pemimpin nanti.

Thursday, May 28, 2009

Pemilihan warna dan blog

Janganlah pilih warna-warna gelap sebagai latar belakang. Putih lebih baik. Blog untuk dibaca bukan tempat mengasingkan warna.

Geram...

Semalam saya meninggikan sedikit suara pada seorang penjual permata, bukan bengkeng atau sombong, tapi tak berkenan dengan cara jualan yang tak jelas:

1. Permata jay jay katanya batu asli
2. Kynite katanya blue sapphire/nilam nepal
3. Tak perlu beritahu nama betul, kerana kalau beritahu pun pembeli bukannya tahu.

Sebaiknya jika nak berjualan, carilah sedikit ilmu. Bezakan ruby sintetik, ruby star. Alangkah sedih dan marahnya pembeli apabila mengetahui produk yang disayangginya adalah permata sintetik yang dikeluarkan oleh kilang.

Mencedok air dalam tempayan.

Singgah di sebuah masjid dan dengar-dengar Kuliah seorang Ustaz yang bertajuk Zuhud dalam kehidupan : Antara yang sempat saya kutip untuk dikongsi bersama ialah,

Pemilikan harta dan wang ringgit ibarat air yang masuk ke dalam tempayan, ada tempayan besar dan ada tempayan kecil. Apabila sampai masanya tempayan akan cepat penuh, mungkin kerana hujan dan lain lain sebab musabab yang ditetapkan Allah. Maka cedok dan gunakan air itu dengan segera, sebab ia akan penuh semula dan kita dapat gunakan air itu. Dalam erti kata lain pengurusan kewangan yang bijak ialah apabila bijak menggunakan milikNya di jalan yang bermanafaat.

*sedekah macam mana?

Kebetulan atau ketetapan

Singgah sekejap dibengkel sahabat tukang, mengutip permata dan juga nukilan emas. Sembang-sembangnya ibarat mutiara yang tunggu digilap. Antara sembangnya ialah :

Cikgu Nasir : Assalamualaikum
Shbt. Tukang : Waalaikumussalam. Laris nampak jualan minggu ini.
Cikgu Nasir : Kebetulan sajer, minggu ni rezeki murah
Shbt.Tukang : Jangan gitu Cikgu, mana ada kebetulan, semunya taqdir. Tetap dah.
Cikgu Nasir: Betullah tu, barang ambo siap ke dak lagi.
Shbt Tukang: InsyaAllah rabu atau khamis depan siap.


Renung-renungkan.

Kisah drebar dan tokey

Biasanya tokey-tokey dapat masuk kampung Melayu untuk berjualan apabila pemandunya ialah orang Melayu yang dpercayainya orang kampung. Berhati-hatilah jangan terus-terusan jadi drebar. Cari modal kita berjualan sendiri pada bangsa kita. Jangan sampai maruah bangsa tergadai .

Menguruskan tempahan sahabat-sahabat

Ramai sahabat-sahabt menelefon dan sms mengatakan mengapa blog kelihatan sepi sahaja. Sebenarnya dalam sehari dua agak sibuk menguruskan tempahan sahabat-sahabat seperti sarung, kerambit, pedang, blah-bilah keris dan sebagainya. Jangan risau, stok keris saya masih banyak sama ada baru atau antik. Bila dah kurang sibuk sedikit saya akan uploadkan artikel dan produk seperti biasa. Terima kasih semua.

Tuesday, May 26, 2009

IKLAN :

Nantikan tongkat-tongkat berbilah pedang kayu penawar hitam pada harga RM450.00. Sesuai dijadikan hadiah dan dipakai semasa kecemasan.

Badik Tempahan Sahabat RM380.00 ( SOLD OUT)




Renung sejenak

Bila terhenti detik jantung ini. Apa yang kita bawa untuk pulang. Wang atau amalan. Kenalkah kita jalan pulang. Risau hati takut sesat haluan.

Tempahan Sahabat RM400.00 ( SOLD OUT)




Sunday, May 24, 2009

Turun dengan tertib

Ketika turun untuk sujud daripada keadaan berdiri lepas iktidal sebaik bangkit dari rukuk, turunlah dengan tertib. Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas paha, turunlah perlahan-lahan tanpa bantuan tangan. Tidak ada unsur terjah/terja/terjun semasa turun dan tidak ada bunyi berdentum akibat lutut melanggar lantai.

* Carilah guru, betulkan solat anda

Saturday, May 23, 2009

Bangkit jangan bertongkat

Apabila kita bangkit dari sujud untuk berdiri semula pada rakaat kedua sebaik-baiknya janganlah kita bertongkat tangan pada lantai, atau bangkit dengan bantuan tangan. Letakkan kedua-dua tapak tangan pada paha, angkat sedikit lutut kiri dahulu dan diikuti dengan lutut kanan, insyaAllah sahabat boleh bangun tanpa bantuan tanngan dan berjaya meminimunkan pergerakan-pergerakan tambahan dalam sembahyang.
* Carilah guru betulkan solat anda.

Sundang Lipas ( Tempahan sahabat dari Perlis)


Tempahan sahabat dah siap ( sdr Rais Batu Pahat)


Jangan pandang kat pintu....

Masa bagi salam, jangan pula kita pandang kat pintu atau mata melihat orang sebelah, seeloknya pandang bahu kita dah mengcukupi.

Friday, May 22, 2009

Berniaga/silat

Dalam berniaga barangan adalah fokus utama, pembeli inginkan barangan berkualiti serta pelbagai pilihan. Dalam mengajar silat pula anak murid sentiasa dahagakan ilmu. Sehubungan itu barangan/produk yang banyak dan ilmu yang berbagai adalah satu kelebihan.

Delima Ceylon RM900.00 saiz 18 (ON HOLD)




Cincin Gemunggal RM170.00 saiz 15




Gemunggal kampung

IKLAN : Kapak Binjai Manis istimewa (akan muncul)

Saya akan mula menjual kapak-kapak binjai manis tempahan khas tak lama lagi. Saiz matanya lebih besar dan lebar dari saiz-saiz biasa yang ada dalam blog saya sebelum ini. InsyaAllah ulunya juga akan diukir. Jika stokknya mencukupi saya akan menjual sebagai cenderamata dalam frame kaca. InsyaAllah kualitinya cukup memuaskan.

Menimba Ilmu di Lapangan

Dalam bidang persilatan dan perkerisan, menimba ilmu di lapangan adalah yang terbaik. Kalau dalam persilatan kita berpeluh di gelanggang dan mempraktikan sparring. Kalau dalam bidang perkerisan kita bermula sebagai kolektor kecil dan akhirnya bergelumang bersama tukang untuk menghasilkan produk yang terbaik. Ilmu yang kita dapat walaupun bukan yang terbaik, tetapi lebih bermakna kerana kita dapat merasai dan menghayatinya disebabkan terlibat secara langsung.

Mohon maaf atas kesulitan... ( pembeli buku Secret of Cristals)

Terlebih dahulu maaf dipinta kerana menyebabkan Puan/sdr menunggu terlalu lama. Sebenarnya saya belum lagi menerima wang pos kiriman puan. Mungkin wang pos tersebut sangkut kat mana-mana. Jka wang pos tersebut sampai ke tangan saya. InsyaAllah saya akan poskan segera.
Terima kasih kerana sudi berurusan.

Membeli lebih mudah daripada menjual

Seringkali saya katakan kepada sahabat-sahabat yang ingin menjualkan keris-keris mereka pada saya. Bukan saya tak mahu beli, atau sombong kerana tidak mahu berurusan. Terdapat dua kategori dalam pembelian keris. Kategori pertama ialah sebagai kolektor, kategori kedua pula ialah sebagai peniaga. Kalau sebagai kolektor kita hanya menilai dari sudut estetika dan rasa berkenan di hati sahaja. Kemungkinan keris yang kita beli tak akan kita jual lagi. Tapi jika beli sebagai peniaga , pelbagai perkara perlu di ambil kira, antaranya ialah jenis keris yang paling banyak permintaan. Harga yang ditawarkan juga perlu di ambil kira. Kalau hati berkenan dan murah sekalipun jika pada masa itu modal tak cukup, hanya maaf boleh dipinta.

Thursday, May 21, 2009

Rapatkan 7 anggota sujud

Rapatkan dahi ke lantai, 2 tapak tangan, 2 lutut, dan perut jari kaki. Yang agak sukar ialah merapatkan perut-perut jari kaki ke lantai. Siku jangan di letakkan pada lantai, jadi tak senonoh pula. ( dalam hadis menyamakan perbuatan itu seperti anjing)
* Carilah guru, betulkan solat anda

Mengurus persatuan....

Setelah terasa penat pengurus persatuan selama lebih 20 tahun, kini saya serahkan teraju pengurusan kepada orang-orang muda. Bukan tak mahu terus, tapi beri peluang untuk generasi baru belajar dan menimba ilmu. Pahit maung mengurus persatuan banyak mengajar seseorang erti kerja keras tanpa ganjaran wang ringgit.

Wednesday, May 20, 2009

Tangan dibetis?

Semasa rukuk dalam sembahyang, ada juga sahabat yang pegang betis dan ada juga pada paha . Salah tu.. , tapak tangan diletakkan pada tempurung lutut dan diluruskan lengan dan siku. Letakkan semua beban pada bahu. Ratakan belakang kita, insyaAllah barulah lurus dan boleh dihamparkan tikar.

* Carilah guru , betulkan solat anda.

Tuesday, May 19, 2009

Suka berbantah

Tak ada kerja lainkah, asyik berbantah setiap hari. Bagi kita semua pendapat orang lain tidak betul, kurang tepat dan kurang ilmu. Lebih baik kita buat sesuatu yang lebih berfaedah dan produktif, sekurang-kurangnya banyak pihak dapat manafaat. Kalau suka berbantah yang paling banyak kita dapat ialah musuh bukan sahabat.

Keris Antik Lok 11 ( Milik sahabat)







Keri antik lok 11
Besi garing

Monday, May 18, 2009

Cincin sebagai perhiasan

Kadang-kadang cincin juga boleh menjadi aset. Seorang rakan saya membeli zamrud columbia pada harga 15 k beberapa tahun lepas, 2 tahun kemudian ada yang menawarkan zamrud berkenaan pada harga 30 k. Dia kini menjadi pengumpul permata bergred tinggi, bukan lagi sebagai perhiasan tapi sebagai aset yang boleh dipakai dijari, cantik dan menggiurkan.

Sembang-sembang dgn tukang..

Semalam saya bersembang lagi dengan tukang. Antara intipati perbualan kami ialah bagaimana resah dan gundahnya hati jika ada perasaan dengki dan dendam di dalam hati. Tanpa sedar kita telah menafikan ketentuan Allah . Kerja kita tak ada lain, selain mengintai pekerjaan orang yang kita anggap musuh kita dan mencari jalan untuk membinasakannya. Kita berasa senang hati andainya musibah menimpa orang yang kita dengki itu.
* Kesimpulan, memang "makhluk" itu dijadikan Allah untuk menganiaya dirinya sendiri.

Ambillah iktibar

Sesuatu kejadian oleh Allah tidak pernah sia-sia. Lantaran itu janganlah kita heran berlebihan apabila melihat sesuatu perkara. Renung dan ambillah iktibar positif darinNya. Cepat-cepat kembali kepada kekuatan Allah s.w.t, jangan biarkan diri terus berasa takjub kerana kuasa Allah tidak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak

Cincin Tempahan Sahabat ( baru siap )



Inilah antara cincin tempahan sahabat yang baru siap. Maaf kerana lama menunggu. Dari kiri , Permata hitam ialah cita mani laut cobochon, campuran 3 jenis teras kayu, gemunggal dan cincin cita mani laut permata empat segi

Sunday, May 17, 2009

Sukarnya untuk faham....

Mengapakah terdapat segelintar anak-anak kita yang sukar untk faham bila diberitahu dan diberi tunjukajar. Mungkin otak dia slow sikit, mungkin juga ia kurang tumpuan. Kategori ini boleh diajar jika ia tidak melawan. Yang susah sedikit ialah bebal dan melawan. Paling teruk jika hati pula sudah gelap kerana diberi makanan yang haram. Sama-samalah kita ajarkan anak-anak dengan bacaan Al-Quran. Baik juga untuk yang dewasa.

Rancanglah sesuatu yang baik

Macam-macam perancangan ada dalam kehidupan bermasyarakat. Apa yang kita sedari ialah perancangan yang berkaitan dengan dunia seharian kita. Sewajarnya kita merancang sesuatu yang boleh memberi manafaat pada diri kita, rakan-rakan kita, dan juga komuniti yang kita sertai. Janganlah sesekali kita merancang untuk memusnahkan orang lain atau merosakkan apa yang kita tak mampu mencapainya. Rezeki sudah ditetapkan oleh Allah, janganlah kita menjadi manusia yang tidak pernah senang dengan kejayaan orang lain. Ikutlah jalan lurus, nescaya Tuhan akan bersama kita.

* Kerana dengki dengan orang yang berada di tingkat atas , jangan pula kita tebuk lantai kapal untuk dapatkan air.


Badik Lam Alif kilas (3) RM260.00 ( ON HOLD)



Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 6 inci