sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, January 31, 2009

Teka teki pagi ahad :

Apakah sebelum ilmu ?

Pertanyaan ini pernah ditanyakan oleh seorang tua kepada saya semasa berumur 14 tahun, kira-kira 27 tahun yang lalu. Untuk mencari jawapanya saya menemui pelbagai jenis guru dengan pelbagai jenis ilmu dan pelbagai jenis jawapan. Setiap jawapan yang saya temukan saya rujuk balik padanya. Jawabnya " bukan", cari lagi dan tanya lagi. Begitulah sehingga saya berumur 20 tahun barulah diberi jawapannya. Kini saya berkongsi dengan teman-teman soalan yang telah membawa saya ke satu perjalanan yang penuh cabaran.

40 comments:

sostiram said...

Saya cadangkan dua kemungkinan jawapan. Yang pertama, sebelum ilmu ialah jahil. Umpama gelap sebelum cahaya. Kemungkinan kedua, sebelum ilmu ialah petua, kerana untuk mendapatkan ilmu perlu dengan petua umpama kunci bagi membuka peti. Bagaimana cikgu, ada markah ke jawapan ni?

Mohd Nasir said...

Jawapan sahabat betul tapi tak tepat, cuba lagi.

Abu Muhammad said...

السوال مفتاح العلم

Soalan itu kunci ilmu.

Mohd Nasir said...

bukan jawapannya

aduka said...

RASA...INGIN...BILA ADA RASA DAN INGIN MENGETAHUI BARULAH DAPAT ILMU ITU...

aduka said...

sebelum ilmu di dunia ini adalah roh

aduka said...

last...sebelum ilmu adalah sabar...

Mohd Nasir said...

bukan, bukan, bukan. kena cari lagi
dah dekat tu

sostiram said...

Saya rasa sebelum ilmu adalah guru. Tanpa guru tak mungkin ada ilmu. Guru itu sama ada guru zahir yang mengajar atau guru dalam diri sendiri yang memancar ilmu secara ilham atau laduni.

ariss said...

Salam
Ambo rasa jawapannya AKAL

Mohd Nasir said...

masih tak tepatt, usaha lagi

Guru Khalifah Badrul Munir said...

6 tahun punya soalan baru dapat jawapan? nak kena tanya hati dulu ni...

Guru Khalifah Badrul Munir said...

Sebelum ilmu itu adalah adab, dan selepas ilmu itu adalah perkataan dan perbuatan...

Mohd Faiz Bin Mohd Lazim said...

senyum.. huhuhu

Unknown said...

Secara saintifik, ilmu adalah PENGALAMAN YANG TERKUMPUL. Pengalaman manusia ratusan tahun didokumentasikan maka menjadi ilmu. Oleh sebelum ilmu ialah PENGALAMAN.

Mohd Nasir said...

Dah semakin hampir, tapi belum tepat. terima kasih, cuba lagi

dokpikiaq said...

sebelum ilmu adalah ingin tahu..

hehehe

Pencinta Malaysia said...

apa jawapannya cikgu?

syahir said...

salam cikgu, saya nak coba, sebelum ilmu rahmat.

ariss said...

salam
ambo rasa jawapannya PETUA

cikgu nasir said...

Salah tu, kena usaha lagi

syahir said...

apa ya sebelum ilmu, mmm... kalau sebelum ilmu adalah Allah Ta'ala.?
kerana semua ilmu adalah miliknya dengan asma alimun. betui ker cikgu?

Mohd Nasir said...

Dah semakin hapir, tapi belum tepat.Tanya hati.

ariss said...

Salam
NUR.....jawapan ambo kali ni...makin mencabar minda kawe, x per kawe koho suko,,,,,hehehe

Mohd Nasir said...

Klu : Rujuk balik asas pengajian ilmu tauhid, jawapanya ada di sana.

aduka36 said...

ilmu itu adalah ALLAH

aduka36 said...

ILMU ITU ADALAH ALLAH DAN AMAL TIU ADALAH MANUSIA.

Mohd Nasir said...

cuba lagi

Pencinta Malaysia said...

wahyu

sostiram said...

Adakah jawapannya sebelum ilmu ialah Diri?

syahir said...

salam cikgu, nak cuba lagi, kalau sebelum ilmu adalah mengenal diri.

syahir said...

cikgu, sebelum ilmu jahlun. atau bodoh.

MOHD NASIR BIN HASSAN said...

rujuk balik ktab sifat 20, baca dengan teliti. Terima kasih

Muche said...

akal?

sostiram said...

Sebelum ilmu ialah ilham.

Sheik said...

Sebelum ilmu ialah kehendak

habib syed yunus said...

salam tun....adakah sebelum ilmu adalah NUR

muhdazizi_95 said...

salam..sblm ilmu muncul 3 huruf iaitu I,L,M...itulh jwpn hamba ALLAH yg kerdil lg serba kkurangan

Unknown said...

salam..sy rasa nak cuba jgk...sblum ilmu jwpn sy adalah WUJUD...

AmBo said...

hayat...