sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, January 31, 2009

Teka teki pagi ahad :

Apakah sebelum ilmu ?

Pertanyaan ini pernah ditanyakan oleh seorang tua kepada saya semasa berumur 14 tahun, kira-kira 27 tahun yang lalu. Untuk mencari jawapanya saya menemui pelbagai jenis guru dengan pelbagai jenis ilmu dan pelbagai jenis jawapan. Setiap jawapan yang saya temukan saya rujuk balik padanya. Jawabnya " bukan", cari lagi dan tanya lagi. Begitulah sehingga saya berumur 20 tahun barulah diberi jawapannya. Kini saya berkongsi dengan teman-teman soalan yang telah membawa saya ke satu perjalanan yang penuh cabaran.

Bahar Merah ( ulu badik) Untuk perhatian sahabat-sahabat


17 mm x 10 mm x 7 mm
(panjang x lebar tengah x tinggi bhg tengah)

Friday, January 30, 2009

Cukuplah dulu untuk seketika

Esok sebanyak 10 biji hulu tajong akan masuk dalam stok saya. Seperti biasa setiap hujung bulan tempahan tajong saya akan siap. Walau bagaimanapun saya telah mengarahkan tukang saya untuk menghentikan dulu pembuatan ulu tajong buat seketika untuk menumpukan kepada kerja-kerja mengukir ulu ayam teleng, patah tiga dan jawa demam. InsyaAllah jika projek ini berjalan lancar saya akan pasarkan hulu-hulu berukir penuh pada harga yang berpatutan.
Yang cantik itu budi yang indah itu bahasa.

Untuk perhatian Sahabat dari Brunei Darussalam



Paling kecil batu petir air (lintar air)
Fosil nibung ( tengah)
Batu Wali Bukit Nuri Patani ( paling besar)

Thursday, January 29, 2009

Terlalu ligat......

Kadang-kala ada gasing yang berpusing terlalu ligat sehingga kadar pusingannya mengambil masa satu jam lebih untuk berhenti. Masalahnya ialah tidak semua orang minat pada gasing yang berpusing terlalu ligat dan lama. Kadang-kadang rasa bosan muncul dari pemerhati kerana terlalu lama menunggu bilakah gasing ligat ini akan behenti berpusing.

Bila berjanji.... bohong...

Ada yang suka berjanji, itu ..ini.. janji lagi, bohong lagi. Janji lagi bohong lagi. Rupa yang cantik tidak melambangkan hatinya. Jadi bila berjanji sedaya upaya cuba tepati, jangan melarikan diri. Berlaku jujurlah pada diri sendiri. Sekali diri diragui selamanya saudara dicurigai.

Wednesday, January 28, 2009

Batu Teras Gemunggal RM180 sebiji


Teras gemunggal jadi batu
Stok terhad
Sangat susah didapati.
***************
B , E - ( sold)
F - (sold)
D - ( sold)
C, A ( SOLD OUT)

Tuesday, January 27, 2009

Mengajar dari pengalaman.

Pesan guru berpandu, kata guru bertahta. Nampak kelabu tapi menusuk kalbu. Bukan mengata tapi mengota. Walaupun berbisa itulah yang nyata. Kalau terasa sila periksa.

Jangan berbelit

Berhubunglah dengan lurus, jangan berbelit. Bukan sahaja dalam persahabatan tapi dalam apa jua urusan. Semoga pengalaman mengajar kita erti sebuah keikhlasan. Jalan lurus banyak pedoman. Perhatikan tanda-tandanya, nescaya kita akan lebih bersedia dan gembira walau apa pun yang bakal menjelma.

Kunjungan Sahabat


Sahabat dari KL, En.Azman sempat singgah sebentar di rumah saya dalam percutiannya ke Kelantan. Terima kasih daun keladi.
* binjai manis di tangan

Monday, January 26, 2009

Pengumuman :

Kepada sahabat diseluruh Malaysia, Brunei dan Singapura yang menanti parcel dari saya harap bersabar, syaraikat Courier hanya akan mula bekerja pada hari Rabu. Harap maklum. Terima kasih

Sembang-sembang dengan Pak Li

Sekali-sekala singgah di kedai Pak Li untuk mengambil tempahan, seminit dua saya sempat berbicara dengan Pak Li, antara topik yang sering diperkatakan kepada saya ialah rezeki. Katanya rezeki bukan apa yang kita dapat. Yang kita dapat mungkin harta dan kekayaan tetapi rezeki ialah apa yang masuk ke dalam perut kita.


Apa yang jadi habuan kita dan anak isteri hari ini?

Tunduk padi berisi

Biarlah kita merendah diri, sekelumit ilmu di dada jadikan bekalan, bukan untuk dibangga-banggakan. Kerana apa yang kita ada masih terlalu sedikit dan terlalu dangkal, jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih banyak belajar dari kita dan lebih ramai guru dari kita. Hina , daif , fakir, lemah kita ambil. Kita berikan yang hebat, bijak , handal dan segala-gala yang lebih pada orang lain.

Sunday, January 25, 2009

Benci tapi rindu

Kadang kala kita terlalu membenci sesuatu, tetapi kerana benci kita mesti menjenguk sekurang-kurangnya sekali sehari. Itulah namanya benci tapi rindu.

Tanzania Ruby ( merah) RM550.00 saiz 18 ( ON HOLD) bima




Delima tanzania (merah)
Saiz 18
Ikat perak pahat mesin
Stok 1 sahaja

Saturday, January 24, 2009

Kerja mengukir kayu

Untuk ukiran halus pada sampir keris atau golok memerlukan kerja mengukir yang agak lama. Penumpuan sepenuhnya terhadap sasaran yang diukir boleh menyakitkan otak. Ketenangan juga menjadi satu faktor penting. Jarang sekali tukang ukir boleh bekerja selama 4 jam sehari. Bila mood hilang, kerja mengukir mesti ditinggalkan, kalau tidak ia akan rosak dan tidak berseni.
Gangguan juga menyebabkan pengukir mudah bosan, pelanggan-pelanggan yang suka bertanya itu dan ini menyebabkan sesetengah tukang tidak boleh meneruskan kerja mengukir mereka. Kerja mengukir memerlukan alat-alat yang sesuai dan mencukupi, serta mestilah yang amat tajam . Jika tidak kerja menjadi beban dan tidak lagi halus.

Simpan sedikit tuan.....

Dalam perhubungan seharian terutama dalam bidang perniagaan, janganlah diceritakan semua sekali ilmu kita, kerana kita belum pasti dan kenal dengan siapa kita berbicara. Lebih baik simpan sedikit sebagai bekal .

Friday, January 23, 2009

Katana RM1500.00 ( SOLD OUT )













Panjang keseluruhan 41 inci
Mata pedang 28 inci
Dibawa masuk ke Malaysia !5 tahun lepas.
Bilah 100 % baik .


Kunjungan Sahabat dari Putrajaya

.
Hari sabtu 24 hb Januari. Saya tak ke mana-mana, hanya menunggu kunjungan beberapa orang sahabat yang ingin bertandang ke rumah. Antara sahabat yang sempat saya rakamkan ialah sahabat saya En. Zaid yang saban hari berhubung melalui telefon dengan saya. Walaupun tujuan asalnya ialah untuk Majlis perkahwinan di Besut. Beliau sempat menciluk sekejap ke rumah saya. Atas permintaan saya rakamkan foto beliau di hadapan rumah saya. Terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi.


Perkongsian ilmu : Email Sobat lama kepada saya

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antaratimur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?.'Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.'Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, danmereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayangbermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKudan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrailas dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan duasayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglamalaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah danakhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujudkepada Allah SWT lalu ia berkatadalam sujud:'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya? 'Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamudapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatankepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadapimbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ..'Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iai tu :* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulanRamadhan.* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalamsolat(yang lima waktu).* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. WallahualamKalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Ahmad Zamani Ishak,
Publishing Department,
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

bor, ber menulihlah

kohor dok tulih hak two law

Untuk perhatian sahabat yang bertanya dari T'ganu.




Panjang keseluruhan 28 inci
Bilah 22 inci
Sampir kemuning
Hulu tanduk
Batang serunai sena





Biar merendah....

Dalam proses menuntut dan mencari, pelbagai jenis manusia yang kita temui. Sebaiknya jika kenalan baru itu tak berapa kita kenali lebih baik kita berada di bawah sahaja. Kerana tanah yang tinggi menyukarkan air untuk mengalir ke atas. Sebaiknya simpan sahaja ilmu anda dan dengarlah apa yang sahabat baru anda hendak ceritakan. Elakkan membuat tanggapan negatif, berfikiran positif , dengar, dengar,dengar dan katakan ya, ya, ya, dan katakan saya tak tahu, tak tahu dan tak tahu.


Semoga sukses

Indahnya perjalanan ini

Seringkali dalam perjalanan ini dihadiahkan dengan sedikit cenderahati sebagai penghibur lara. Tapi jangan pula kita berjalan untuk mengumpul hadiah, ambil sekejap dan simpanlah dalam almari, gunakan bila perlu sahaja, tak usah dibawa ke sana kemari untuk dibangga-banggakan. Jika kita mengerti, cenderahati bila melalui jalan ini adalah lumrah. Kekadang ada orang yang langsung tidak menerima cenderahati sepanjang perjalanan, sehingga dia rasa kecewa dan menganggap ia telah gagal. Sebenarnya tidak mendapat hadiah itulah hadiah darpadaiNya.

Untuk perhatian sahabat di Brunai Darussalam



Inilah sahaja yang ada dlm stok saya. Terima kasih.

Wednesday, January 21, 2009

Budi bahasa budaya kita

Budi bahasa merupakan adunan pelengkap dalam hidup insan. Terasa manisnya perhubungan jika disulami dengan budi dan bahasa yang baik dan indah. Menjaga hati dan hak rakan, menjaga tutur biar bersopan. Andainya ada terlebih dan terkurang bercakaplah terus terang, agar kekusutan tidak berpanjangan.

Tempahan Bima


Tuesday, January 20, 2009

Parcel delay

Kepada beberapa sahabat yang menantikan parcel mereka, saya maklumkan parcel telah diposkan semalam dan sepatutnya sampai hari ini, tetapi kerana ada sedikit masalah di syarikat Kanggaroo Courier Express, dijangka parcel akan sampai esok. Harap maklum dan bersabar.

Serahkan pada NYA

Dalam usaha mencari sesuatu yang baik dan sesuai untuk diri kita dan baik di sisiNya kadang-kadang agak menegelirukan. Kedangkalan akal kita seringkali tidak dapat membuat pertimbangan tepat untuk memilih. Kadang-kadang kita suka mendesak atau terlalu optomistik kerana kita hanya memandang selapis, sedangkan pada lapisan kedua ia terlalu buruk untuk kita. Kadangkala kita bertemu dengan yang pertama tapi nampak kurang baik, kita tinggalkan untuk mengejar yang kedua yang kelihatan zahirnya lebih baik. Tapi hakikatnya yang pertama itu terbaik untuk kita walaupun buruk dan tak secantik mana.
"tanya hati sambil perhati"

Ilmu berkeris

Ilmu berkeris merupakan ilmu warisan Melayu, tak semestinya apabila seseorang memilki keris yang power ia tahu berkeris. Dan tak semestinya pula orang yang tahu berkeris memiliki keris yang power. Walaupun bukan bertaraf pendekar sebaiknya ambil tahulah sedikit sebanyak ilmu berkeris agar "pakej perkerisan" kita menjadi lebih lengkap. Apatah lagi untuk memilih sebilah keris yang sangat sesuai dengan tangan dan saiz kita apabila diperlukan untuk pertarungan.

Tip hari ini:

Kadangkala bila kita rendamkan keris untuk dicuci dalam cuka makan atau asid-asid buah yang lain, ia tidak berkesan langsung kerana lapisan minyak yang terdapat pada bahagian permukaan keris. Minyak ini biasanya terdiri daripada minyak yang saudara sapukan ataupun kerana lapisan yang terbentuk oleh asap kemenyan yang digunakan. Sebaiknya gunakan "axion" untuk membersihkan bilah daripada lapisan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum direndam untuk membersihkan karat. Selamat mencuba.

Monday, January 19, 2009

Masam manis dunia perkerisan

Kadang-kala saya tergelak seorang diri bila mengingatkan masam manis dalam dunia perkerisan. Semakin ramai pelakon semakin banyak adegan yang terpaksa dilakonkan. Ada yang terkeluar dari cerita, ada yang tak ikut skrip dan ada juga yang dipecat oleh pengarah. Kadangkala walaupun ceritanya menarik dan penuh suspen tapi belum tentu filem itu laku dipasaran.

Tajong kenaung RM650.00



Buai laju-laju

Buai laju-laju
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Dah pandai baca kitab

Kerana gigi belum tumbuh lagi,lain yang disebut lain pula jadinya. seeloknya biarlah gigi tumbuh dahulu barulah betul makhraj huruf yang disebut.

Sunday, January 18, 2009

Pengumuman

Kepada sahabat-sahabat menempah pisau belida harap bersabar kerana dalam proses penempaan di bengkel tukang.

Bila tukang tidak sihat

Lumrah hidup, ada sihat dan ada sakit. Ada masa senang dan ada masa susah. Apabila tukang besi tidak sihat maka rangkaian manusia yang terlibat dengannya menjadi tidak keruan. Penempah, tukang sarung, peniaga semuanya mati kutu apabila sekali-sekala keadaan ini terjadi

Manafaatkan masa yang ada..

Kepada anak-anak muda yang melibatkan diri secara serius dalam persilatan, manafaatkan sepenuhnya masa latihan mingguan anda yang terhad itu. Kurangkan bersembang perkara-perkara yang tidak berfaedah. Berlatihlah sesuatu permainan sehingga kita betul-betul mahir walaupun kita berasakan buah itu tidak berapa praktikal. Sebenarnya keberkesanan sesuatu permainan bergantung kepada kemahiran dan kecekapan individu.

N008 Cincin Perak tatah berlian swiss Permata Zamrud RM550.00 (SOLD OUT)


Teras Gemunggal ikat pahat bunga jawa saiz 15.5 RM200.00

Pendokok karut RM350.00 (perak celup emas) SOLD OUT




Diameter 3.5cm

Alhamdulillah. Saya dah kembali...

Selama beberapa hari saya menjalankan urusniaga tanpa melihat blog. Percaya dengan kejujuran sahabat saya meneruskan urusniaga walaupun tidak dapat menyemak wang yang telah ditransfer ke akaun saya. Talian streamyx saya mungkin akan memakan masa yang lama untuk dibaikpulih. Justeru itu saya mengambil keputusan menggunakan perkhidmatan celcom broadband sebagai langkah semerta untuk mengatasi masalah yang sudah berlarutan beberapa hari. Walaupun agak perlahan dan terpaksa menunggu agak lama untuk memasukkan sesuatu entry, inilah sahaja pilihan yang ada. Walau apapun syukur kerana keadaan dah pulih dan boleh berinteraksi semula melalui internet.

Badik Pamor RM350.00 ( SOLD OUT )





*************************************************************************************
Panjang keseluruhan 7 inci.
Panjang bilah 4.5 inci

Lembing latihan anak-anak gayong


Inilah antara lembing-lembing baru ditempa untuk latihan anak-anak gayong. Permainan lembing merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar dalam permainan gayong. Tahniah kepada Warid dan Faiz kerana masih berminat dan mengeluarkan belanja untuk memiliki lembing latihan sendiri.

Badik Sampir gading tempahan sahabat dari KL

Tongkat berbilah pedang sahabat dari Sabah dan Johor

Saturday, January 17, 2009

Friday, January 16, 2009

Minta sedikit masa....

Kepada sahabat yang menempah permata teras delima, saya mohon maaf kerana tak dapat uploadkan foto berkenaan. Minta sedikit masa untuk saya settlekan masalah internet saya dulu.

Asalamualaikum sahabat semua

InsyaAllah masalah internet saya akan selesai dalam beberapa hari lagi. Berbanyak maaf dipinta kepada sahabat kerana tidak dapat upload foto-foto produk jualan yang dihajati. Bila keadaan pulih sepenuhnya saya akan berurusan seperti biasa.

Saya juga meminta maaf kerana terpaksa "delete" buat sementara waktu chatting box dalam blog ini. Jika sahabat ada urusan boleh email terus pada saya. Kepada yang tak berapa suka dengan blog saya bolehlah membuat pilihan bijak dengan tidak memasuki blog saya atau pun buat blog sendiri dan anda bebas menulis di sana sesuka hati.

Terima kasih banyak diucapkan pada semua sahabat yang memberi sokongan kepada saya walaupun saya tak dapat "online". Perniagaan masih berjalan seperti biasa walaupun ada yang yang cuba buat kacau.

Kepada insan yang guna nickname "kawe" semoga berbahagia dan dirahmati Allah, saya doakan selamat berjaya di luar blog saya.

Tuesday, January 13, 2009

Kabel tetelefon kena kebas....

Saya tidak dapat update blog sehinggalah kabel telefon di kg saya diganti baru oleh pihak TELEKOM, sehubungan itu saya tak akan memasukkan foto-foto produk jualan keris dan barangan lain dalam tempoh terdekat sehinggalah bekalan pulih sepenuhnya. Jika ada sebarang keperluan bolehlah sms atau telefon terus pada saya. Walau bagaimana pun perniagaan saya berjalan seperti biasa walaupun agak tempang sedikit.




* Rahmat Allah untuk berehat seketika. Jazakallahukhairan kathira.

(posting dari sekolah)

Monday, January 12, 2009

Membentuk fizikal anak-anak kita

Pengalaman 25 tahun mengajar silat memberikan saya sedikit pengalaman tentang skill dan kemampuan fizikal dan mental pelajar. Sepanjang 25 tahun itu saya melihat kemerosostan kebolehan pelajar terutamanya dari sudut psikomotor. Semakin mewah hidup masyarakat kita, semakin kurang lasak anak-anak kita. Aktiviti riadah dan bersukan anak-anak tidak lagi kita utamakan. Yang diutamkan ialah akademik dan juga makanan yang sedap-sedap. Akhirnya anak jantan kita menjadi tembam dan lembut. Akhirnya kita lihat semakin ramai yang menjadi separuh lelaki dan separuh wanita.

Terima kasih sahabat semua

Terima kasih kepada sahabat semua yang memberikan sokongan moral kepada saya. Mungkin ada yang beranggapan saya sudah merajuk atau tawar hati nak menulis. Sebenarnya saya masih lagi bersemangat seperti dulu. Pagi ini, 13 januari 2009 talian internet saya meragam lagi, posting ini saya tulis di dalam makmal komputer sekolah. Kesibukan pada awal tahun persekolahan sangat terasa. Nasib baik telefon bimbit banyak membantu, walaupun nokia comunicator saya sedang dirawat kerana engselnya patah. InsyaAllah saya tetap akan menulis seperti biasa.


" Jangan kita hitamkan orang lain supaya kita kelihatan putih "

Sunday, January 11, 2009

Perihal pelawat dan pengunjung dlm chatting box

Malam tadi saya tidur awal kerana tersangat letih, bangun pukul 3.00 pagi jenguk blog ada beberpa pengunjung dengan pelbagai hal yang saya tak berapa gemar, seorang pengunjung dengan nama samaran kawe menulis mengatakan saya memarahi pelanggan atau pengunjung blog saya dan katanya kalau begitu tak payah berniagalah ( lebih kurang ). Atas rasa tidak mahu benda seperti ini berpanjangan saya deletekan beberapa entry termasuk entry "kawe". Lepas tu saya tulis satu entry dlm blog dan sambung tidur.

Balik sekolah jam 2.15 petang, makan, solat dan terus keluar ke KB kerana banyak urusan perlu diselesaikan. Pos barang jualan (bertembung dgn Yie Keris),ke bengkel perak,ke kedai permata serta ke Polytech mengajar silat. Mengajar silat dari pukul 5.00 sampai 7.00 ptg. Balik sempat singgah ambil keris gelanggang kemudian singgah beli makanan untuk ikan arowana. Sampai rumah dah lewat, terus solat maghrib dalam pakaian silat sahaja. Kemudian isteri beritahu ada orang "tegur" saya dalam chatting box. Saya makan dulu dan terus jawab sedikit dalam chatting box dan menulis artikel ini. Entahlah mungkin saya ada buat silap hinggakan "kawe" marah sangat kat saya. Tapi kalau "kawe" boleh perkenalkan dirinya yang sebenar tentu mudah saya nak minta maaf atau berbincang dengannya. Seingat saya tak pernah saya marahkan pelanggan saya.

Saturday, January 10, 2009

Sahabat dalam Chatting box

Saya kadang-kadang tidak dapat menjenguk blog saya sepanjang masa. Ini kerana kesibukan tugas dan aktiviti-aktiviti berkaitan silat dan mengumpul stok. Harapan saya agar sahabat semua dapat menggunakan chatting box dalam blog ini dengan sebaiknya. Hati dan perasaan setiap pengunjung lain sama-samalah kita jaga. Tidak salah memberi ingatan dan teguran, tapi janganlah pula sampai keterlaluan. Saya juga sebenarnya tidak mengenali sahabat-sahabat yang menggunakan nama samaran dalam chatting box, diharap apa yang ditulis adalah untuk kebaikan bukan untuk memudaratan. Entry yang saya tulis adalah lahir daripada perasaan dan cetusan rasa saya yang terlibat secara langsung dalam beberapa bidang seperti dunia perkerisan, persilatan, perniagaan,pendidikan dan juga sedikit ilmu tauhid. Sehubungan itu ia bukan ditulis khusus untuk seseorang, sebaliknya lebih menjurus kepada murid-murid saya yang berada jauh di perantauan agar sentiasa ingat dan tidak lupa diri. Jika ia sesekali terasa menyentuh perasaan dan hati saudara pengunjung, maaf dipinta. Terima kasih kepada semua kerana sentiasa memantau blog saya.

Khasiat Kemuning Hitam

Dalam perubatan dan kepercayaan masyarakat Melayu, teras kemuning hitam dianggap mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Antara khasiatnya ialah untuk merawat gigitan serangga dan binatang berbisa. Caranya ialah dengan melekatkan teras tersebut terus pada tempat gigitan. Khasiatnya yang lain ialah sebagai ubat untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Ia digunakan dengan cara mengasah teras kemuning pada pasu tanah liat dan disapukan airnya pada tempat luka. Kemuning hitam jugat terbukti dalam menyembuhkan masalah perut yang meragam dan tak berapa selesa seperti cirit birit, senak dan sakit perut. Caranya ialah dengan merendam teras kayu kemuning hitam dalam air atau diasah. Airnya kemudian diminum. Walau bagaimanapun perlu dingat kita hanya berusaha dengan ilmu dan gerak-geri dariNya jua. Sembuh atau tidak adalah dengan kehendak dan izinNya juga.

* Maksud hadis Nabi "Tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya kecuali mati".

Friday, January 09, 2009

Dendam yang entah apa puncanya....

Sepanjang hari dan masa kita asyik memikirkan saingan yang belum tentupun tahu yang kita hendak bersaing dengannya. Saingan kita sibuk dengan urusan hidupnya tanpa mempedulikan kita pun. Yang pelik dan ajaibnya kita yang tak senang duduk, membuat cerita, menjaja cerita, dan pelbagai hal yang kita lakukan untuk menjatuhkan orang yang kita anggap sebagai musuh besar kita. Kalaulah otak kita yang kita gunakan untuk menjatuhkan manusia yang kita anggap musuh itu digunakan untuk memajukan perniagaan kita alangkah bagusnya.


* semakin kuat kita mengeji orang semakin kejilah kita

Sibukkan diri dengan urusan diri sendiri

Sebagai seorang insan yang mulia, sewajarnya kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, mengambil iktibar daripada peristiwa lalu dan bermuhasabah mengoreksi kelemahan diri. Itulah yang idealnya. Kurangkan lagak serba tahu dan serba pandai, tadahlah telinga mendengar komen dan nasihat sahabat untuk mendapat sedikit manafaat walaupun terasa berat. Kadang-kadang lagak serba tahu kita akan memakan diri sendiri. Sahabat makin jauh, rakan taulan menjauh. Yang ramai dan rapat adalah musuh.

Perbezaan penawar hitam dan kemuning hitam

Penawar hitam jika ditakik akan mengeluarkan warna hitam. Manakala kemuning hitam jika ditakik akan akan mengeluarkan warna hijau kekuningan. Air rendaman penawar hitam bewarna hitam ,manakala rendaman kemuning hitam ialah kekuning-kuningan.

R16 Lok 3 sampir kusriwa RM1700.00


Untuk lebih banyak foto sila klik :

AR 8 Bugis Puting Pulas RM2100.00


Sila klik utk lebih banyak foto

Lading Bersarung pamor RM480.00



Panjang keseluruhan 19 inci
Panjang bilah 12 inci + ulu & temim 6 inci

Badik zik Zag Lam Alif Kilas RM1200.00 ( SOLD OUT)

Badik zig Zag Lam Alif Kilas.( Baru)
OFFER RM400.00
Panjang keseluruhan 10 inc
Bilah 7 inci.
Puting Tembus

R 0028 Melela Umbi Pamor RM1700.00 ( SOLD OUT)


Thursday, January 08, 2009

Tasbih Kayu Penawar Hitam RM250.00




















Tasbih kayu penawar hitam 33 biji. 2 wakaf 1 rumah