sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, August 21, 2008

Mentafsir sebilah keris.........

Berikan sebilah keris kepada ahlinya, maka kita akan dapat melihat bagaimana mereka menilainya. Ada yang menilai asal usulnya, ada yang menilai pamornya, ada yang menilai kecantikan bilahnya, ada yang menilai sarung dan ulunya, ada yang menilai isinya dan ada yang menilai harganya.

3 comments:

AlamShah said...

> Kalau tak pandai menilai lebih baik diam dan perhatikan sahaja, nanti tersalah cakap pecah pula tembelang kejahilan kita.( nasihat Abg. Mie Purba)

Bagi saya pula, kalau tak faham saya bertanya,... insya allah kalau kena dengan ahlinya boleh kita dapat pencerahan yg bermanfaat. Biar saya dianggap jahil, namun dengan pencerahan, akan meningkat fahaman kita tentang keris, sedikit demi sedikit...

Tidakkah kita semua jahil pada satu ketika dahulu? Tiada apa2 yg harus dimalukan dalam menimba ilmu.

Kadangkala, pendapat kita berbeza... disini pun ada hikmahnya. Fahaman kita boleh kita rujukkan kepada yg ahli dan kalau ternyata salah, boleh diperbetulkan, insya allah. Dari situ baru kita boleh mantapkan ilmu kita. Perbezaan2 ini juga satu cabang ilmu yg berguna, pendapat saya sahaja. ;)

Anonymous said...

Malu makan lapar, malu bertanya sesat jalan. Belajar pada yang alim, bertanya pada yang arif.

Anonymous said...

Ada perbezaan di antara mereka yang jahil daripada mereka yang bodoh.

Jahil bila kena pada tempatnya akan menjadi cerdik bila sampai pada masanya.

Bodoh bukan Jahil dan Jahil bukan Bodoh.

Bodoh lebih teruk dari Jahil. Bodoh harus mengubah sikap dan akhlaknya terlebih dahulu sebelum menimba ilmu. Jahil harus mencari dan belajar pada yang alim, bertanya pada yang arif.

Bagaimana pula dengan mereka yang memanggil dirinya jahil tetapi sikapnya tidak ubah seperti musang bertopengkan kambing? Setelah cerdik meracun guru?

Yang penting kita harus bijak memilih dan mengasuh jiwa dan minda murid agar esok lusa bisak menjadi alim dan arif. Tidak menyusahkan orang lain malah dengan ilmu dia bisak hidup dengan bahagianya di dunia dan di akhirat kelak. Insya'allah...... Bukankah bergitu Cikgu?

Saya adalah saya tidak pandai dan juga tidak bodoh. Hanya seperti manusia biasa yang lazimnya tidak sempurna dan ada kalanya membuat kesilapan atas kelalaiyan, kecuaiyan dan kemalasan diri sendiri. Bukankah sesempurna makhluk ciptaan Allah swt itu adalah manusia? Cukuplah dengan melafazkan segala kekurangan dan kesilapan yang ada pada diri ku adalah di atas ketidak sempurnaan diri ku sendiri. Kalau ingin di katakan Jahil maka dunia dengan teknologi secanggih sekarang tidak mungkin. Melainkan sepanjang hayat hanya tinggalnya di dalam gua di tengah-tengah hutan belantara. Pendek kata ibarat hidup sang katak di bawah tempurung. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Adil, Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana...... Hanya manusia yang lazimnya sering lupa diri dengan keangkuhannya dan minda yang sering ingin mengalahkan lawannya. Bukan niat membantu malah dengan niat ingin di hormati dan menindas mereka yang lemah. Kenyataankan? Melayu harus mencontohi dan dicontohi. Melayu akan berjaya jika Melayu berlandaskan jati diri ke Melayuan yang sebenar. Bersatu hati tanpa sangsi.

Perbezaan2 ini juga satu cabang ilmu yg berguna, pendapat saya sahaja ;) Assalammu'alaikum.......