21 tahu lepas saya singgah di Pulau Perhentian, bukan sebagai pelancong tetapi sebagai seorang nelayan. Apabila mendarat di Pulau Perhentian, hati menjadi sedih kerana tak dapat ikan atau pun kerana berlindung dari ribut. Pulau Perhentian juga tempat nelayan seperti kami menunaikan solat jumaat walaupun berada di tengah lautan luas.
Kini saya kembali lagi ke Pulau Perhentian tetapi sebagai pelancong, segalanya telah berubah. Yang masih segar diingatan saya ialah masjidnya. Ia tidak berubah. Bertiang tinggi, diperbuat dari kayu. Walaupun pembangunan mula menghimpit, ia masih lagi utuh.
Hanya satu yang berubah, anak-anak mudanya ................................
Sunday, August 31, 2008
Cepatnya masa berlalu....
Posted by Mohd Nasir at 6:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
21 tahun yang lepas pun aku pernah ke pulau perhentian. Pernah juga semayang jumaat kat masjidnya. Tapi sekarang ni, akupun dengar cerita anak-anak muda di sana sudah tergelecoh jalan hidup. Aku dengar kat sana, banyak motel dan hotel yang menyediakan hiburan malam yang songsang.
Post a Comment