sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, August 01, 2008

Bantu membantu ... bantulah

Ada hari kita di atas dan ada harinya kita di bawah. Ada masanya kita dilimpahi dengan kesenangan dan kemewahan dan ada harinya kita dirundung malang. Namun hidup mesti diteruskan. Inilah yang menimpa sahabat kita Sdr.Rosman ( May Keris) http://maykeris.blogspot.com/. Beliau merupakan antara tukang ukir tersohor Negara. Hasil kerja tangannya menjadi rebutan pembesar negara dan Raja-Raja. Kini semua itu tinggal kenangan. Sudah lebih 6 bulan beliau terlantar di hospital kerana leukimia. Isterinya pula menghadapi masalah jantung dan tidak bekerja. Kini saban hari beliau ditemani isteri di hospital.

Sehubungan itu Sdr.Zainal, Zek (Public Bank) dan saya mengambil inisiatif untuk membantu beliau sekadar yang mampu. Apa yang boleh saya bantu ialah dengan membuka blog jualan keris untuk May. Sebenarnya inilah antara barangan terakhir yang masih ada dalam simpanan May, di samping beberapa bilah lagi yang akan saya masukkan ke dalam blognya beransur-ansur.

Pada perkiraan saya dan sahabat-sahabat, harapan May untuk bertukang semula adalah tipis. Kita kehilangan seorang yang berbakat besar dalam bidang ini. http://maykeris.blogspot.com/

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum, sungguh hebat hasil seninya, tepatlah menjadi rebutan pembesar dan para raja, rakyat biasa seperti hamba memang tak mampu memilikinya.