sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Tuesday, September 29, 2009

PENGUMUMAN - TUTUP KEDAI

Saya akan menghentikan urusan perniagaan keris dan lain-lain produk jualan mulai 10/10/2009 dan InsyaAllah perniagaan akan dijalankan semula pada awal tahun hadapan. Penutupan sementara ini dilakukan kerana InsyaAllah pada tahun ini saya akan menunaikan Ibadat Haji di Tanah Suci Makkah.

Sehubungan itu saya seboleh-bolehnya ingin menyelesaikan segala urusan yang bersangkut paut dengan perniagaan sebelum 10/10/2009. Saya juga merayu kepada mana-mana pelanggan jika saya terhutang dengan mereka agar menghubungi saya untuk diselesaikan urusan dengan segera.

Kepada sahabat-sahabat yang menempah barang/senjata, jika ada yang siap dalam tempoh berkenaan sebelum saya berangkat ke Tanah Suci akan saya hubungi untuk makluman, jika tidak siap InsyAllah urusan akan bersambung sekembalinya dari Tanah suci jika diizinkan Allah.

Saya juga ingin memohon ribuan kemaafan pada pelanggan-pelanggan, pengunjung-pengunjung blog, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang mengenali saya melalui blog ini dan juga di alam nyata jika ada salah dan silap sepanjang berurusan atau sepanjang mengunjungi blog saya ini.

Doakan agar saya dan Isteri selamat pergi dan selamat menunaikan Rukun Islam yang Kelima serta selamat kembali.

Monday, September 28, 2009

Delima RM600.00 bungkus suasa saiz 20







Akid Yaman RM430.00 saiz 20 SOLD













Menebas....

Sebelum bercucuk tanam, seeloknya tebang tebas dahulu semak samun, lalang dan belukar. Kemudian carilah benih yang baik untuk di tanam. Adalah sia-sia jika menabur benih dalam semak dan belukar atau lalang yang meninggi. InsyaAllah jika dibaja dan disiram hasilnya akan dapat menengelamkan jiwa.

Untuk perhatian sahabat yang bertanya...




Sunday, September 27, 2009

Hidup mesti diteruskan...

Walau apapun dugaan dan halangan, hidup mesti diteruskan. Pahit manis adalah asam garam kehidupan. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Budi bahasa kita jadikan pemanis dalam perhubungan. Jika kita biasa dengan madu, kotoran dalam madu akan tertolak/dizahirkan ke atas dengan sendirinya dan tidak perlu ditapispun. Jadi teruskan kehidupan seperti biasa kerana jika kita di landasan yang betul InsyasaAllah kita akan sampai ke destinasi dengan selamat.


Mohon maaf pada sahabat,

Laptop saya baru sahaja siap dibaiki, terpaksa tukar hard disk, banyak fail-fail hilang begitu sahaja. Pada sahabat-sahabat yang menghantar foto untuk diduplicate insyaAllah saya akan hubungi semula agar dapat emailkan semula. Saya juga memohon maaf kerana belum dapat menghantar email pada beberapa orang sahabat yang sedang menanti untuk melihat produk-produk tertentu. InsyaAllah akan menyusul sedikit masa lagi.

Badik Pupuk Tatah Perak RM650.00 SOLD OUT


Badik pupuk sarung sena
Ulu kemuning
Temim perak
Panjang keseluruhan 10 inci
Panjang bilah 7 inci

Saturday, September 26, 2009

Perhatikanlah....

Setiap insan ada ujian masing-masing. Mengapa kita sering gagal dan orang lain berjaya? Apakah setiap yang kita lalui berjaya mengubah diri kita ke arah jalan yang semakin baik, atau kita tidak berubah. Apakah kita berasa selesa dengan kemunafikan yang bersarang dalam diri kita? Nauzubillah. Kaya Allah Taala kerana menjadikan makhluknya berbeza-beza dan menjadikan ia sumber untuk berfikir dan mengenal antara satu sama lain, tapi pandai-pandailah kita mengemudi perahu kehidupan yang singkat ini.

Melantun..

Banyak perbuatan jahat yang kita lakukan pada orang lain akan melantun balik pada diri kita. Jika niat kita untuk menganiaya orang mula tumbuh dalam diri, ia sebenarnya akan menganiaya diri kita sendiri. Jika niat kita memulau orang, kita sendiri yang akan terpulau. Kerana itu Islam menganjurkan persahabatan, bermaaf-maafan dan saling tolong menolong. Paling penting kita pedulikan diri sendiri sebelum ambil tahu hal orang lain. Dalam apa bidang pun sifat/sikap manusia tetap sama. Jadi sebagai orang yang berilmu kita sewajarnya sentiasa menilik diri sendiri. Buangkan sikap super ego, nescaya hidup akan jadi lebih damai.
*Selamat berjalan (laptop masih kong) InsyaAllah hari ni siap tukar hard disk dan RAM baru.

Berapa banyak ilmu kita....

Semakin banyak semakin kosong... semakin banyak semakin kosong. Akhirnya tidak ada apa-apa lagi. Ia ibarat kuda tunggangan.. semakin laju dan gagah ia, semakin cepat kita kedestinasi.. membela kuda bukan matlamat kita. Tapi ingat jangan dicela tunggangan kita.

Bagaimana perasaan kita....

Sebaik kita mula ingat dan berfikir...... apa yang kita rasa semasa kecil dahulu...masa kanak-kanak, remaja, dewasa dan masa kini. Ada perbezaan atau tidak .... atau perasaan kita tetap sama. Cuba kita renung kembali.... berbeza atau tidak. Tuan-tuan yang ariflah yang tahu jawapannya.

Friday, September 25, 2009

Membuat pilihan...

Jika kita menanti serangan, bila masanya kita akan bertindak untuk menepis,menangkis atau menghantar serangan pintas. Adakah apabila ketika baru nak berbunga, sudah berbunga, bunga dah bertukar menjadi putik, atau putik dah menjadi buah, atau ketika buah dah masak atau ketika buah dah ranum dan gugur di dahi kita. Jika kita menunggu buah yang gugur mungkin dahi sudah bertelur kerana kadang-kadang serangan datang 3 serentak.
*nampak saja berbilang lajunya bukan kepalang

Di mana pertimbangan kita....

Setelah sebulan berpuasa mengapa kita cemari malam raya dengan tembakan mercun sehingga menjadikan suasana malam raya seoalah-olah medan perang. Pernah kita fikirkan perasaan ibu-ibu yang ada anak kecil, orang-orang tua yang ada penyakit jantung, orang-orang Islam yang sedang beribadat. Apa sebenarnya yang kita raikan pada malam raya, kalau kegembiraan kerana kemenangan berpuasa sebulan sepatutnya kita raikan dengan tasbih,takbir dah tahmid. Mungkin juga kita sedang mengadakan sambutan sempena pembebasan syaitan-syaitan atau kerana saja ikut-ikutan tanapa sebarang alasan. Kenapa kita cukup berkira untuk mendermakan RM10.00 pada tabung masjid pada hari jumaat, sedangkan kita dengan selamba menghabiskan puluhan ringgit untuk "dibakar" tanpa sebarang alasan. Lebih malang lagi kerana kita sebagai orang yang berpendidikan dan beragama tidak melarang anak-anak kita dari bermain mercun, malah tolong membelikan untuk mereka. Nampaknya kita kena tunggu setahun lagi untuk berpuasa semula di bulan ramadhan jika dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t.
* Adakah mereka yang kita sakiti dengan dentuman mercun akan memaafkan kita.

Kunjungan Raya

Kunjungan raya anak-anak buah, malas pula nak ambil gambar. Ini adalah antara anak-anak buah yang hadir serentak pada hari raya kedua. Melihat mereka saya berasa sudah cukup berumur. Saya mengenali mereka semasa mereka masih ditingkatan satu, kini rata-rata sudah berada di IPT, berkahwin dan sudah bekerja. Kerja dan kepakaran mereka juga pelbagai, ada wartawan, ada komando, pengurus ladang, chargeman dan lain-lain lagi. Kini saya banyak belajar perkara-perkara baru dengan mereka terutamanya dalam bidang IT/komputer . Jika ada masalah komputer sekali-sekali merekalah yang saya rujuk di samping sahabat-sahabat guru di sekolah.
`

Senjata sulit dalam semutar

Masih lagi tentang semutar Kelantan, antara kaedah yang sering digunakan untuk menjadikannya lebih hebat dan berkesan ialah dengan menyimpulkan hujung kainnya dengan duit syiling. Semakin banyak syiling semakin bagus, ia sesuai untuk melibas musuh untuk mencederakan mereka tanpa disangka-sangka. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk pengguna "kot" dengan memasukkan 'air tin" di dalam poket dan dihayun pada sasaran musuh. Di samping membantu menjadi "dompet" semutar juga boleh menjadi penyelamat nyawa.

Monday, September 21, 2009

Masih lagi berehat....

Saya masih lagi berehat sempena raya, menanda kertas Percubaan STPM dan laptop pula rosak. InsyaAllah ahad atau isnin saya akan mula beroperasi semula seperti biasa, beberapa bilah melela tulang bulat dan badik lurah yang dah ada dalam stok akan keluar minggu depan bila keadaan pulih seperti sediakala.
* masa untuk berfikir

Sunday, September 20, 2009

Semutar dan kapak bungkus

Sasaran utama kapak terbang/kapak bungkus/kapak kecik ialah pada bahagian kepala. Sehubungan itu semutar merupakan salah satu alat bantu untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kepala apabila ditakik dengan kapak atau ditebas dengan kelewang pada bahagian kepala. Ikatan batik lepas atau kain tuala sabagai semutar diikat tebal bersesuaian dengan peranannya untuk mengelakkan mata kapak dan mata kelewang. Ia dipakai bukan sekadar untuk mengelakkan rambut dari terjuntai atau untuk kelihatan segak sebaliknya untuk tujuan khusus.

Semutar

Semutar ialah kain yang digunakan untuk mengikat kepala bagi orang lelaki Kelantan. Kainnya boleh terdiri daripada kain batik lepas,kain tuala atau kain serban. Jenis ikatan pula berbeza-beza mengikut ragam sipemakai sama ada jenis pekerjaan, ilmu, masa. Bagi golongan pelajar pondok semutar mereka mudah dikenali kerana biasanya ia tidak menutupi dahi dan ada ekor.








Fungsi semutar ada pelbagai, antaranya ialah penahan panas terik mentari, untuk mengesat peluh, kelengkapan pendekar dan banyak lagi.

Saturday, September 19, 2009

Friday, September 18, 2009

Berapa ramai yang minat keris....

Tidak ramai yang meminati keris baik dulu mahupun sekarang. Peminat keris pada masa kini juga berbeza-beza kategorinya. Ada yang minat hanya dari sudut barang antik dan ada yang minat dari sudut estetikanya. Manakala segelintir memiliki keris sebagai senjata kerana latar belakang ilmu persilatan. Bilangan peminat keris sangat kecil jumahnya, cuba kita tinjau secara rambang dan mudah, dalam satu taman yang ada 100 buah rumah berapa buah rumah yang ada keris, atau pun dalam satu pejabat ada berapa orang yang minat keris atau memiliki keris. Secara mudahnya berapa peratuskah yang meminati keris dalam masyarakat kita? Saya rasa tak sampai satu peratus pun. Apatah lagi pengetahuan tentang membuat keris.

Gedebe..

Sedikit perkongsian pengalaman hidup ingin saya kongsikan bersama sahabat. Orang yang betul-betul 'gedebe' ialah orang yang biasanya bercakap dalam bahasa yang sangat santun, sentiasa beradik abang dengan lawan cakapnya, selalu minta jalan bila nak lalu di hadapan orang, sering minta maaf walaupun tak salah. Mereka garang tapi bukan sembarangan. Mereka ini cukup tertib cara cakapnya, sembangnya tak keterlaluan, gelaknya taklah mengilai.Mereka tahu mereka bengis, sebab itu mereka tak akan membuat orang menangis. Mereka sensitif, sebab itu mereka tidak akan buat orang merintih. Bergaduh tidak sekali, bila minum tak segan mempelawa dibayar habis satu meja. Jauh sekali beza dengan 'gedebe' yang menyakitkan jiwa. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu. Makan ramai-ramai bayar suku-suku.

Thursday, September 17, 2009

Mata

Dalam silat zahir, mata memainkan peranan penting kerana kita bertindakbalas berdasarkan apa yang kita lihat. Sehubungan itu semakin kecil permulaan pergerakan yang dapat kita kesan semakin cekap kita bertindak menangganinya. Semasa latihan jurulatih mestilah memastikan setiap pesilat diberi penjelasan tentang tumpuan pandangan dalam tempur, jangan pula sampai tidak ada titik pandang langsung.
*dari mata turun ke hati

Stabil vs pantas

Dalam latihan tempur kita mesti mencari titik keselesaan antara 2 keadaan di atas. Jika kita berada di atas tapak yang terlalu rendah semakin lamba t pergerakan kita kerana lutut terlalu di bengkokkan terutamanya untuk melancarkan serangan kaki, tapi dalam keadaan ini kedudukan kita adalah stabil. Bila berdiri tidak bertapak pula pergerakan kita lebih pantas tapi tidak stabil dan pergerakan akan jadi tidak bertapak lagi jika terdesak, seolah-olah tapak silat dah hilang. Pada pandangan saya terpulanglah kepada sipemakai untuk menentukan tinggi atau rendah mana tapak yang sesuai untuk dirinya bergantung kepada pertimbangan di atas iaitu kepantasan dan kestabilan.

Rupa-rupanyer....

Hari ini tak dapat hantar parcel... rupa-rupanya semua syarikat courier dah tak mahu terima lagi. Nampak gayanya terpaksalah beberapa orang sahabat bersabar menunggu parcel tiba di rumah... lepas rayalah gamaknya.

Tanya hati....

Ikut hati mati..., Ikutlah hati untuk mematikan diri sebelum kita mati. Diam lebih baik untuk kita memerhatikan gerak hati. Kalau banyak cakap apa pun tak dapat diperhati. Gerak hati akan menipu kita jika kita berbohong atau munafik pada diri sendiri. Siapa yang akan membenarkan kata kita, jika kita sendiri tak dapat membenarkannya. Qasad, taaruq, taayim.

Jangan gopoh....

Tilik, renung dan perhati. Jangan mudah buat keputusan. Itu petua dalam kehidupan, begitu juga dalam persilatan. Perhatikan betul-betul, barulah kita dapat memahami. Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak dapat susah. Carilah satu titik untuk melihat paksi simetrinya.
*kilat ikan di air kilat juga atas kepala

Wednesday, September 16, 2009

Patah tumbuh hilang berganti

Apabila seorang karyawan kraf bertangan emas pergi meninggalkan kita, amat terasa kehilangannya. Namun ibarat pepatah di atas, patah tumbuh hilang berganti walaupun yang tumbuh dan yang berganti tak sama dengan yang dah pergi. Sehubungan itu perantis-perantis baru dalam bidang kraf kayu dan besi ( senjata warisan) perlu dicungkil. Bakat anak-anak muda perlu dirangsang untuk berkarya. Walaupun isu ini adalah isu yang lapuk, tapi tanpa usaha berterusan masa depan senjata warisan akan suram, kita hanya akan menjadi pengumpul barangan antik semata-mata kerana kemahiran dan kepakaran bangsa kita sudah lenyap ditelan arus pemodenan.

Renung sejenak....

Renungkan, apa yang kita lakukan sehari-hari. Koreksi hati kita, apa yang ada di dalamnya. Sama-samalah kita menilainya. Putih atau hitam atau kelabu.
*mencari wang jangan sampai jadi berwang.

PENGUMUMAN :

Penghantaran parcel hanya akan dilakukan sehingga khamis sahaja. Lain-lain penghantaran akan dibuat selepas hari raya ke 3/courier services beroperasi semula. Terima kasih

Tuesday, September 15, 2009

Menangis pagi raya

Apa yang kita tangiskan? Menangis kerana.......

- ramadhan meninggalkan kita
- sedih kerana bermaaf-maafan
- duit dah pokai
- tak dapat baju baru
- ada yang meninggal dunia kerana kemalangan
- kenduri kahwin terlalu banyak
- kerana orang lain menangis
- tak boleh balik kampung
- saja nak nangis

* menangis kerana nak mati

Ambil iktibar....

Manusia banyak belajar dari pengalaman, jika diperhatikan semula tindak tanduk kita yang lepas-lepas, banyak yang boleh kita ambil iktibar daripadanya. InsyaAllah esok kita akan jadi lebih baik dari semalam. Terserahlah pada empunya diri sama ada ingin berubah atau selesa dalam keadaan sedia ada. Ramai yang menilai, tapi empunya diri dan Tuhan lebih arif .

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

MOHON MAAF PADA SEMUA JIKA DALAM URUSAN JUAL BELI ADA YANG TIDAK BERPUAS HATI, TERKURANG, TERLEBIH CAKAP, ANDAI ADA TULISAN YANG MENGGURIS HATI, ILMU YANG TERGANTUNG, MAKLUMAT YANG TIDAK JELAS DAN APA-APA SAHAJA . SEMOGA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT. HATI-HATI KETIKA MEMANDU.

Sampir anak alang tatah perak sahabat


Cincin sahabat dari Sarawak


Cincin sahabat dah siap repair




Monday, September 14, 2009

Untuk perhatian sahabat - badik anak keris (coban) 6 inci


Yang asli atau yang cantik

Dalam pemakaian cincin ada sahabat yang membeli berdasarkan kecantikan semata-mata tanpa mengambil kira sama ada ia batuan asli atau sintetik. Terpulanglah pada selera dan juga pemahaman masing-masing . Sedikit panduan semasa membeli, tanyakan dahulu tahap kekerasan batu pada penjual, kerana batu permata yang lembut mudah calar. Bagi mereka yang lasak tapi mahu sentiasa bergaya pakailah jay-jay kelas satu kerana ia tahan calar walaupun sintetik.
* Zamrud jangan dijadikan basahan. Hancur....

Kalau boleh pakai... pakai

Ramai sahabat yang sering bertanya pada saya bagaimana hendak dimasukkan "isi" pada cincin, senjata dan sebagainya. Ingin saya kongsikan satu kaedah yang pernah diajarkan oleh seseorang pada saya. Caranya mudah sahaja, bawalah ia bersama kita (pakai) ketika solat dan ketika berzikir. Manakala senjata pula letaklah dalam bilik solat kita. InsyaAllah akan ada isinya. Walau bagaimanapun ini hanyalah satu pandangan atau kaedah sahaja dan tidak semestinya "menjadi" atau berjaya. Bak kata tajuk entry ini.. kalau boleh pakai.. pakai. Kalau tak boleh usahlah diperdebatkan. Membazir masa sahaja. Allahuakbar.

*Alfatihah untuk Cikgu Jid

Sunday, September 13, 2009

Cabang empat persimpangan tiga

Ayat penuh simbolik dalam jampi serapah Melayu, pelbagai andaian kita cuba buat, macam mana rupanya jalan yang ada simpang empat pada masa yang sama merupakan persimpangan tiga. Sebenarnya ungkapan jampi tersebut merujuk pada jasad insan. Simpang empat ialah apabila tangan didepakan, simpangnya ialah antara kepala ke badan dan depaan tangan. Manakala simpang tiga pula ialah, badan dan cabang kedua-dua paha kita. Jampi itu sebenarnya membicarakan tentang tubuh pesakit tetapi dalam bentuk kiasan dan simbol-simbol.

* Johari mengenal maniam.

Siapa pun boleh...

Tiada diskriminasi, siapa pun boleh. Dalam Islam, perbezaan warna kulit, pangkat dan bangsa tidak menjadi halangan untuk kita menelusuri jalan hakikat. Walau bagaimanapun menelusuri jalan mengenal bukan semudah yang diucap. Iltizam dan tekad yang jazam untuk berjalan hendaklah dimulakan oleh diri kita sendiri. Jika tidak dimulakan langkah pertama itu, jangan harap menara tinggi itu hendak ditawan, sedangkan orang yang sudah berabad berjalan pun belum tentu dapat menjejak tangga menara idaman.

Saturday, September 12, 2009

Dari atas atau dari bawah

Perjalanan menuntut ilmu ada ragamnya. Ada yang merangkak menaiki tangga dari bawah, setapak demi setapak. Membilang dari alif, mengira dari kosong. Segala rukun dihafal bermula dari zat, sifat, asma dan af'al. Jalannya lurus walaupun lambat dan jarang dibuka pintu kssyaf . Satu lagi ragam ialah dianugerahkan dari atas. Pengalaman rohaninya amat tinggi, kadang-kadang boleh jadi sasau/meracau/gila kerana asas syariat kurang kukuh,tiada pembimbing zahir serta tidak ada asas langsung dalam ilmu tasauf. Walau apapun jalannya berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan mengenal untuk kembali kepadaNYa.

Friday, September 11, 2009

Bagaimana "ending" kisah itu ?

Dalam penulisan karya cereka, bila ada watak hero mesti ada watak jahat. Begitu juga jalan cerita, tidak seronok jika tidak ada perumitan dan klimaks. Siapakah yang mencorakkan plot cerita kita seharian? Di manakah klimaks dan apakah jalan peleraiannya. Watak mana pula yang kita pilih untuk dilakonkan. Jika kita pilih watak baik biasanya happy ending untuk kita, jika watak jahat kita pilih, "poetic justice" mesti berlaku sama ada kita suka atau pun tidak. Inilah sunnatullah yang sudah ditentukan. Buatlah pilihan dalam lingkungan qada dan qadar Allah s.w.t.

Mistik perubatan Melayu

Orang dulu-dulu kekadang mengubat sambil berpantun, tapi mujarab. Sekali lihat tak munasabah, cuma kata-kata biasa dalam bahasa Melayu yang sesekali kelihatan agak melucukan. Biasanya ia diakhiri dengan ungkapan " dengan berkat la ila haillallah Muhammadarrasulullah". Mereka sebenarnya memahami hakikat perubatan yang sebenar, kata-kata hanyalah sebagai syarat, tapi hati mereka berserah bulat kepada Penguasa Langit dan Bumi. Mereka sedar jampi serapah, ubat dan segala peralatan hanyalah jalan. Yang menyembuhkan ialah Allah s.w.t. Jadi tungganglah kuda, pandulah kereta untuk pergi ke mana-mana, agar logik jalan sampainya. Wallahualam.

Pohon Beringin Tunggal

Dalam setiap permulaan cerita Wayang kulit akan dimulai dengan kemunculan pohon beringin yang akan berada di tengah layar putih, begitu juga apabila persembahan tamat. Sebenarnya pohon beringin itu jika diterbalikkan merupakan gambaran hati manusia. Perjalanan cerita wayang kulit secara totalnya ialah kisah perjalanan manusia dalam menyucikan hatinya, cuma ia diceritakan dalam bentuk kiasan dan perlambangan.
* dalang ditambat pada tiang seri dengan kain lepas

Thursday, September 10, 2009

bertapalah...

Tapalah lidah mu dalam gua mulutmu, biarkan ia kurus kering tak mengapa. Inilah pesanan seorang guru pada saya suatu waktu dulu. Bercakaplah bila perlu dan berfaedah, jika tidak banyak padahnya. Tiada gunanya kita bertapa bertahun-tahun dalam gua batu di bukit keramat andainya tiada memberi bekas pada fe'el dan perangai kita.

Sihat jiwa dan sihat raga

Jika raga kita tidak sihat kita kena akui dan cepat-cepat berubat sama ada dengan makan ubat atau jumpa doktor. Jika jiwa kita tak sihat pula, kita kena akui juga dan kena berubat jua. Antara sebab badan tak sihat ialah kerana penyakit dalaman dan jangkitan dari luaran. Manakala penyakit jiwa pula berpunca dari nafsu dan godaan. Pandai-pandailah urus diri sendiri daripada penyakit jiwa dan penyakit raga.

Engsot dan cabut

Dalam silat terdapat beberapa cara bergerak, mengikut perbincangan dengan sahabat dapat dibuat dua pembahagian :

1. Ensot/kesar/sesar - bergerak dengan tidak mengangkat kaki secara terus tetapi bergerak dengan tapak kaki masih bersentuhan dengan tanah.

2. Cabut/langkah/buang - begerak dengan cara mengangkat kaki, pergerakan ini memerlukan tapak kaki berpisah dengan tanah semasa bergerak.

Kedua-dua jenis pergerakan ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri, terpulanglah kepada aliran atau perguruan yang kita dalami.

* "Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin Allah"

Zamrud (A) RM550.00 saiz 22




Firus Putih saiz 19 RM 550.00 (SOLD)






Blue Sapphire RM780.00 saiz 21




Lok 9 baru RM400.00



Panjang keseluruhan 17 inci
Panjang bilah 11 inci

Bugis Lok 9 RM470.00



Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 12 inci

Wednesday, September 09, 2009

Lirik Lagu ” Di Balik Cermin Mimpi “Artis ” M Nasir “

Di Balik Cermin Mimpi
Aku Melihat Engkau
Di Dalam Engkau aku Melihat Aku
Ternyata Kita Adalah Sama
Di Arena Mimpi Yang Penuh Bermakna
Bila Bulan Bersatu Dengan Mentari
Bayang-bayang ku Hilang
Di Selebungi Kerdip Nurani
Mencurah Kasih
Kasih Murni
Mencurah Kasih
Di Balik Cermin
Cermin Mimpi
Adalah Realiti Yang Tidak Kita Sedari
Hanya Keyakinan Dapat Merestui
Hakikat Cinta Yang Sejati
Hakikat Cinta Yang Sejati
Dengan Tersingkapnya Tabir Siang
Wajah Kita Jelas Terbayang dan
Terpecah Cermin Mimpi
Menjadi Sinar Pelangi Pelangi

Mohon maaf pada sahabat-sahabat ...

Semalam banyak sms yang tak berbalas dan telefon tidak berjawab, saya juga tidak memasukkan produk baru permintaan beberapa sahabat.... maaf agak sibuk dan keletihan. InsyaAllah bila lapang dan keadaan mengizinkan saya akan tunaikan permintaan sahabat semua.
* merdekalah

Ujian kesenangan

Kalau kita sihat, banyak wang, kadang-kadang kita terlupa pada tuhan. Bila sakit, merempat dan tersepit baru kita ingat tuhan. Ujian kesenangan lebih sulit ditangani berbanding kefakiran.
*Allah maha kaya

Tuesday, September 08, 2009

Tajong Bilah Charita PendokokPerak RM1200.00 (HOLD ON) SF









Bilah charita baru, sampir lama (sedikit retak pada hujung atas sampir)
Hulu tajong baru

Badik offer RM 120.00 untuk 2 bilah ( tidak termasuk pos) ON HOLD




Panjang bilah A=13 cm
Panjang bilah B=11.5 cm
Ulu dan sampir sena

Bilah lok rahsia ( SOLD OUT ) SH


Anak Alang Besi Pupuk RM 870.00 termasuk pos dlm semenanjung


Panjang keseluruhan 14 inci
panjang bilah 9 inci
Sampir/ulu kemuning hitam
terdapat retak-retak halus pada sampir.














(A) Badik pakaian Lam alif kilas RM160.00 ( ON HOLD ) al

Panjang keseluruhan 9 inci
Panjang bilah 6 inci

Pandai Saras Perut Ular Bertanda (baru) (SOLD OUT) wk



Pandai Saras Perut Ular
Ulu dan Sampir kemuning
Batang serunai Sena
Panjang keseluruhan 16.5 inci
Panjang bilah 12 inci
(keris baru)


Alang Guling ( SOLD OUT ) yus


Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 10 inci