sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, September 29, 2009

PENGUMUMAN - TUTUP KEDAI

Saya akan menghentikan urusan perniagaan keris dan lain-lain produk jualan mulai 10/10/2009 dan InsyaAllah perniagaan akan dijalankan semula pada awal tahun hadapan. Penutupan sementara ini dilakukan kerana InsyaAllah pada tahun ini saya akan menunaikan Ibadat Haji di Tanah Suci Makkah.

Sehubungan itu saya seboleh-bolehnya ingin menyelesaikan segala urusan yang bersangkut paut dengan perniagaan sebelum 10/10/2009. Saya juga merayu kepada mana-mana pelanggan jika saya terhutang dengan mereka agar menghubungi saya untuk diselesaikan urusan dengan segera.

Kepada sahabat-sahabat yang menempah barang/senjata, jika ada yang siap dalam tempoh berkenaan sebelum saya berangkat ke Tanah Suci akan saya hubungi untuk makluman, jika tidak siap InsyAllah urusan akan bersambung sekembalinya dari Tanah suci jika diizinkan Allah.

Saya juga ingin memohon ribuan kemaafan pada pelanggan-pelanggan, pengunjung-pengunjung blog, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang mengenali saya melalui blog ini dan juga di alam nyata jika ada salah dan silap sepanjang berurusan atau sepanjang mengunjungi blog saya ini.

Doakan agar saya dan Isteri selamat pergi dan selamat menunaikan Rukun Islam yang Kelima serta selamat kembali.

18 comments:

fakir al banjari said...

mudah-mudahan selamat berangkat dan berangkat dan bertemu pencaian saudara di sana.

terangwulan said...

semoga selamat pergi dan kembali, diberi kesihatan dan haji yg mabrur kepada cikgu sekeluarga, insyaAllah.
labbaikallahumma labbaik, labbaikala syarikalakalabbaik...

othman said...

Semoga Cik Gu suami isteri selamat pergi & kembali. Mudah-mudahan memperolehi Haji yang Mabrur....Amiin

Fauzi said...

Salam Dan Selamat
Semoga selamat, sempurna mengerjakan haji dan mendapat haji yang mabrur. Di Sana nanti, tolonglah doakan agar sahabat-sahabat di sini juga sempat sampai ke sana untuk menunaikan rukun islam yang kelima. Tahniah dan Wassalam.

Mat Gebu said...

salam cikgu nasir....saya doakan moga cikgu selamat pergi dan kembali...dan mendapat haji mabrur...insya allah...

Warid Mihat said...

Semoga Allah memudahkan segala urusan pergi, melaksanakan dan pulang Ayah su sekeluarga.

Si Malim said...

Semoga Allah permudahkan urusan Cikgu sekeluarga samada di sini atau di Mekah serta haji mabrur.

syahir said...

Selamat menunaikan haji, selamat pergi dan selamat balik. bertuah cikgu.

Tok Raja Ahmad said...

Salam
Alhamdulillah,
Selamat pergi dan kembali,
Moga dilimpahi rahmatNYA,
Keberkatan dari kesungguhan.

Juga pohonan kemaafan dr sy slama menyibuk di blok cikgu.

dokpikiaq said...

semoga ALLAH memberkati cikgu dn seluruh keluarga hendaknya...
amenn...kirimkn salam saya pad rasulullah jika tiada halangan dgn ucapan, asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

anafakir said...

salam..selamat mengerjakan haji.Mabrur atau tidak, serahkan padaNya. Niat kita hendak menyempurnakan rukun ke-5.Pasal bisnes ini, urusan dunia.Kalau boleh lupakan...soal nak sambung semula tahun depan itu cerita lain.Kita dinasihat untuk berwasiat segala harta kepada yang hak, justeru segala urusan yang ditinggalkan jangan ada cita-cita untuk bersambung lagi, itu tak sepenuhnya jiwa kita ke sana.Lupakan.Jangan diingati lagi.Andai dipanjangkan umur, fikrkan kemudian.Buat masa ini, sepenuh hati untuk mengabdikan diri padaNya.Moga-moga diberkati.Doakan untuk saya juga di sana jika tidak membebankan.Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...sekiranya ada keluangan.Mohon maaf atas segala urusan, baik percakap, perkataan dan hujah-hujah tak seberapa di blog tuan.

Oghang Ba Ado said...

sampikan salam kita kepada...
lambailah kami yang masih di sini!

IzuanIzani said...

tahniah cikgu... alhamdulillah.. semoga selamat sampai dan pulang ke tanahair nnt.. semoga sihat sejahtera di sana nanti...

M.A said...

Tahniah kerna terpilih menjadi tetamu-NYA....sampaikan salam pada Rasulullah S.A.W dan doakan saya dan yang lain-lain juga moga dapat kesana.."membawa diri yang berdosa dan selalu salah untuk menghadapnya"...barulah merasa diri ini kurang..kata dari Guruku untuk dikongsi...

ami_mh said...

Salam Labbaikallahumma labbaik.
Semoga perjalanan pergi dan pulang diberkati dan dilindungi Allah. semoga pulang sebagai Haji Mabrur bukan hj Malboro.. InsyaAllah.
semoga setiap amalan kita di sana diterima.

narapatinantaboga said...

salam cikgu, slmat menunaikan ibadah haji... semoga mendapat haji yg mabrur...! amin amin... ;)

zainal said...

selamat pergi dan selamat pulang mudah2an cikgu mendapat haji yang mabrur. doakan sekali ye kesejahteraan sahabat2 dan keluarga di m sia tahun ni rezeki cikgu la nampaknye rezeki kitorang bile la plak. Alhamdulillah

assist said...

Tahniah cikgu. Selamat mengerjakan ibadat haji. Semoga selamat perjalanan pergi dan pulang.