sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, September 04, 2009

Pantas lawan lebih pantas

Dalam permainan silat membaca gerak lawan adalah antara tahap yang sukar untuk dipraktikkan. Bila sudah sampai tahap ini kita katakan peringkat mengenal gerak. Walau bagaimanapun kita belum lagi sampai ke kemuncak dalam permainan. Mereka yang matang/masak dalam permainan akan menggunakan kelebihan mengenal gerak sebagai satu kelemahan pada musuhnya. Bagaimana? Mereka akan mengumpan dengan gerak serangan kecil agar kita melakukan aksi/gerakan menepis atau menangkis yang boleh diramal. Hasilnya kita sentiasa lewat sedetik daripada mereka yang pakar. Wallahualam.

2 comments:

anafakir said...

Anafakir

Salam..respon kepada artikel pantas lawan lebih pantas. pada pandangan saya yang daif ini, gerakan mengumpan belum terjamin kita berjaya menipu lawan kerana ada perkataan yang dinamakan "makan dalam gerak" justeru kita kena berhati-hati dengan umpanan takut-takut umpan makan tuan. Lawan yang sedia beradu dengan kita 'kalau kail panjang sejengkal' dari awal dia akan mengendur...tarik dari dari melawan.Pasan saya..jangan sedap hati dengan umpanan kita kerana orang lain juga ada muslihat tunggu kita mengumpan untuk menjatuhkan kita. Bila kita bergerak, senjata dan kunci mata kita ada yang mati...saat inilah musuh akan mengambil kesempatan untuk makan kita sewaktu kita bergerak untuk mengumpan. Apapun latihan dan sebagainya bukan jaminan untuk kita mendahului dalam sesuatu bidang..hanya takdir Dia yang meengatasi segalanya..Sekadar ikhtiar boleh la..

Mohd Nasir said...

Terima kasih atas perkongsian pendapat.