sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan

@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, September 25, 2009

Membuat pilihan...

Jika kita menanti serangan, bila masanya kita akan bertindak untuk menepis,menangkis atau menghantar serangan pintas. Adakah apabila ketika baru nak berbunga, sudah berbunga, bunga dah bertukar menjadi putik, atau putik dah menjadi buah, atau ketika buah dah masak atau ketika buah dah ranum dan gugur di dahi kita. Jika kita menunggu buah yang gugur mungkin dahi sudah bertelur kerana kadang-kadang serangan datang 3 serentak.
*nampak saja berbilang lajunya bukan kepalang

8 comments:

anafakir said...

salam tuan..
Ilmu kita pelajari dinamakan ilmu seni mempertahankan diri.Kalau kita faham seni mempertahankan diri..usahkan laju dan berbilang, lebih dari itu pun kita bisa mengelaknya. Kalau gagal juga maka kita belum khatam ilmu seni mempertahankan diri yang kita pelajari itu. Keduanya..sudah ditakdirkan Tuhan.Redha dengan apa yang telah ditentukan setelah ikhtiar mendahuluinya, dan tawakal serta menyusuli..sekadar itu pendapat saya.Bunga ke, buah ke, tapak silat ke itu sekadar penyedap kata semata-mata.Diam berdiri membawa seribu makna..air yang tenang jangka disangka tiada buaya...hati-hati dengan mereka yang tidak bergerak setapak pun walau diacah berkali-kali.Silap hari bulan, sedar-sedar mungkar dan nangkir menyoal ditanah kubur.

Oghang Ba Ado said...

Ada atau tidak? bunuh sahaja...

IndukYati said...

kalau nak ditunggu buah dah sampai kat dahi..nak elak apo lagi..
kalau nak bergerak masa kawan tu baru nak bukak bunga silat..
kita tak tahu lagi niat dia tu sekadar nak bagi ingat atau mmg sampai hajat dia nak cederakan kita..
bergerak sambil mempertahankan diri..kadang2 tak perlu tindak balas yg keras..cukup sekadar kata2 nasihat...boleh gitu...?..

anafakir said...

salam..kalau buah dah sampai kat dahi tu maknanya tak mengelak laaaa..seni mempertahankan diri itu membawa maksud, selagi boleh kita mesti berusaha untuk mempastikan diri kita ni memang bebas dari segala tumbukan, sepakan, tikaman, tetakan, libatan, balunan, ketukan,lantunan, layangan, sikuan, lututan dan sebagainya..ilmu yang kita belajar bukan untuk menyerang sembarangan, kita lebih menumpukan kepada membela diri tetapi dalam waktu yang sama kita bolehlah membuat pukulan nasihat sekadar memberitahu kita pun boleh untuk membunuh kalau kita mahu.Dan janganlah cuba-cuba menduga lautan...selagi boleh kita cuba membela diri.kita pun manusia..sabar pun ada batasnya...kalau terpaksa, dan kalau membunuh itu jalan terbaik maka kita perlu bertindak.

fakir al banjari said...

salam. guru hamba kata bagi peluang dia tibai dulu 3 kali. mungkin guru hamba tu hebat orangnya. pada hamba... dalam samar tak tahu niat penyerang, elak kut. supaya tahu niat sebenarnya bila buah tu benar-benar gugur. biarlah gugur tapi bukan di ubun jika durian. jika yang gugur hanya jambu air yang lembut, boleh ditanduk menjadi bola. tapi jika penyerang pasti mahu mengancam nyawa (perang, penjenayah,orang gila?)dan tak mampu dielak lakunya, ambillah sebelum menjadi buah menimpa kepala. jka mahu cepat ketika baru dan berbunga dan berputik, jika nak main cicah-cicah, petiklah buah muda. tapi kalau nak sedap makan, ambik buah masak sebelum jatuh di kepala. serakan padaNya, biar Dia yang hukum.... melalui jasad kita. tapi kalau boleh lari, larilah sejauh mungkin bagi tau sama bapak polisi.

tepuk dada tanya selera, nak makan tara mana.. sekadar kenyang? sebelum kenyang? sampai terbelahak-belahak? hehehehe...