sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, September 26, 2009

Melantun..

Banyak perbuatan jahat yang kita lakukan pada orang lain akan melantun balik pada diri kita. Jika niat kita untuk menganiaya orang mula tumbuh dalam diri, ia sebenarnya akan menganiaya diri kita sendiri. Jika niat kita memulau orang, kita sendiri yang akan terpulau. Kerana itu Islam menganjurkan persahabatan, bermaaf-maafan dan saling tolong menolong. Paling penting kita pedulikan diri sendiri sebelum ambil tahu hal orang lain. Dalam apa bidang pun sifat/sikap manusia tetap sama. Jadi sebagai orang yang berilmu kita sewajarnya sentiasa menilik diri sendiri. Buangkan sikap super ego, nescaya hidup akan jadi lebih damai.
*Selamat berjalan (laptop masih kong) InsyaAllah hari ni siap tukar hard disk dan RAM baru.

1 comment:

IndukYati said...

salam syahwal cikgu...
dalam hal melantun nie..sy ada beberapa pengalaman berkenaannya..mmg benar..niat yg baik..baiklah balasannyer..niat yg tak elok..diri sendiri mendapat dulu..
Ini amatlah menginsafkan sy..kejadian terbaru..sy memaki seorang pemandu yg tiba2 keluar dr simpang tiga..walaupun sy memaki dlm hati...tak sampai 3-4 saat,kereta sy dah bergesel dgn kereta beliau..
terbang gak RM100..upah ketuk pintu kereta beliau..
Yang menjadi keinsafan sy adalah ..pemandu tersebut bisu...Allahuakhbar...!!!