sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, September 18, 2009

Gedebe..

Sedikit perkongsian pengalaman hidup ingin saya kongsikan bersama sahabat. Orang yang betul-betul 'gedebe' ialah orang yang biasanya bercakap dalam bahasa yang sangat santun, sentiasa beradik abang dengan lawan cakapnya, selalu minta jalan bila nak lalu di hadapan orang, sering minta maaf walaupun tak salah. Mereka garang tapi bukan sembarangan. Mereka ini cukup tertib cara cakapnya, sembangnya tak keterlaluan, gelaknya taklah mengilai.Mereka tahu mereka bengis, sebab itu mereka tak akan membuat orang menangis. Mereka sensitif, sebab itu mereka tidak akan buat orang merintih. Bergaduh tidak sekali, bila minum tak segan mempelawa dibayar habis satu meja. Jauh sekali beza dengan 'gedebe' yang menyakitkan jiwa. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu. Makan ramai-ramai bayar suku-suku.

4 comments:

sostiram said...

Zaman ni istilah gedebe digunakan untuk merujuk kepada perlakuan samseng sedangkan gedebe yang sebenar adalah satu sifat yang hebat, seorang yang berani kerana benar dan tidak berganjak dari prinsip. Orang gedebe digeruni lawan dan disegani masyarakat. Bukan samseng yang berani bila ramai sahaja. Sewajarnya istilah gedebe dikembalikan kepada yang selayaknya kerana gedebe adalah sinonim dgn sifat tahan lasak orang kelantan yang sangat dikenali.

Warid Mihat said...

hahaha, saya suka entry ini cikgu. tepuk amai-amai belalang kupu-kupu huhuhu

Oghang Ba Ado said...

berani bertempat, dan berani bersebab.. dan berisi...

IndukYati said...

setuju ngan sostiram,Warid dan Oghang Ba..den pun samo jor..!!