sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, May 04, 2009

Tali barut.

Perkataan tali bermaksud benang yang dipintal dan barut pula ialah kain pembalut, tapi bagi peribahasa Melayu tali barut bermaksud orang yang menjadi pengintip bagi sesuatu pihak atau orang suruhan sesuatu pihak. Dalam kisah-kisah sejarah bangsa Melayu, manusia spesies ini sentiasa wujud. Kehadirannya boleh menjejaskan pihak-pihak yang diintipnya, laporan yang dibuatnya belum tentu tepat kerana biasanya manusia yang menjadi tali barut ialah spesies manusia yang ada agenda peribadi yang tersendiri. Dalam kisah perjuangan Datuk Maharaja Lela di Pasir Salak, tali barut Inggeris ialah Mat Arshad. Saya tak pasti adakah keturunan Mat Arshad masih ada di Pasir Salak. Mengikut analisis ringkas saya dengan sahabat-sahabat guru semasa mengajar di SMK Sultan Muhammad Shah Parit Perak suatu masa dahulu, keturunan beliau mungkin berada di mana-mana sahaja di Malaysia. Sekadar tesis mudah, nanti akan ada anti tesis kemudian barulah jadi teori. ( Teringat pendekatan dialektica Materialisme )
* Terkenang pada cikgu Meor, Cg.Aziz, Cg.Amin.Cg Hadi, Cg Megat, KY, K.Mus, Khairunniza, Normadiah, Aznin dan ramai lagi yang tak tersebut di sini

No comments: