sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, May 05, 2009

Adab apabila melihat senjata kawan

Kita sepatutnya berterima kasih apabila diperlihatkan senjata atau keris peribadi milik seseorang. Ini kerana keris peribadi jarang diperlihatkan kepada umum terutama bilahya. Senjata peribadi biasanya mempunyai nilai sentimental tersendiri bagi seseorang. Sehubungan itu jagalah mulut kita baik-baik agar tidak dicilikan orang kerana kelancangan kita dalam menilai senjata peribadi seseorang. Kalau kita tidak setuju atau berkenan, simpan sahaja di dalam hati. Usah diuar-uarkan tentang kesahihan, keaslian atau keburukan senjata milik orang. Kalau kita bermulut cabul maka hilanglah hormat orang pada kita kerana kita tak pernah menghormati milik orang. Kesimpulannya, berpada-padalah dalam menilai keris peribadi milik orang. Carilah kawan bukan lawan.

No comments: