Alkisahnya... seorang anak muda berkunjung ke rumah seorang guru untuk belajar silat. Bila free sedikit ia mula bertanya-tanya. Tapi nada tanya yang dibawanya bukan untuk belajar tetapi untuk menguji guru . Soalannya mudah sahaja "ayam dan telur". Nasib tidak menyebelahi beliau, beliau dihalau begitu sahaja. Alasan guru ialah, dia tak pandai dalam bab-bab sebegini. Jadi kalau nak uji pergi uji orang lain.
Alkisahnya lagi... seorang anak muda bertanyakan soalan yang sama pada guru yang sama, "ayam dan telur ", tapi kerana ia bertanya atas dasar ingin belajar dan ingin tahu, huraiannya hampir satu jam.
Kesimpulannya. Lautan dalam jangan diduga, seronoknya mengail ikan kalau kena dengan umpan.
No comments:
Post a Comment