sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, February 28, 2011

Emas sebungkal

Cantik molek si sampir coteng
Pulut hitam ikan tenggiri
Arang di tangan usah diconteng
Kelak yang hitam tangan sendiri

Tukang canang situkang gendang
Tukang serunai situkang parang
Buruk orang usah didendang
Buruk sendiri jelas terpampang

Berkilau intan di laman bersawang
Emas sebungkal kusam tak laku
Usah disibuk dek aib orang
Pekerti sendiri baiki dahulu

Indahnya perjalanan....

Perjalanan untuk mati akan jadi indah jika kita berjalan dengan kefahaman. Setiap kejadian yang kita lalui memberikan isyarat dan alamat. Semua pandangan akan jadi bermakna dengan syarat kita melihatnya dengan pandangan ilmu. Jika hidup pelita hati, nescaya bersinarlah hakikat. Bila hakikat bersinar, berpusu-pusulah ibarat kelkatu mencari lampu.

Friday, February 25, 2011

Kenapa.....?

Semua orang sedang bersembang riang, bila kita masuk jer..orang diam. Angkat kaki. Bila duduk dalam majlis pula tinggal kita seorang diri dan dicemuh oleh rakan-rakan. Kenapa? Manusia masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, tetapi kalau tak sedar diri dan muka jenis tak malu, usahkan manusia, lalat pun suatu hari tak sudi untuk hinggap.

Kalimah....

Seorang sahabat karib saya meminta saya mencari permata yang ada kalimah untuk tujuan tertentu. Jawapan saya sambil gelak-gelak, "tak cukupkah kalimah yang sudah berada di dalam dada ". Perbualan tamat di situ.

Thursday, February 24, 2011

Badik bajet RM110.00












Panjang keseluruhan 8 inci
Bilah 5.8 inci
Pakaian sena

Melela Selit RM1300.00 ( SOLD )





Melela selit
Panjang keseluruhan 14 cm
Bilah 9 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Bukan nak bermusuh tapi tak nak berkawan

Mendengar radio ketika memandu adalah perkara biasa pada setiap orang. Beberapa bulan yang lepas saya sempat mendengar celoteh juruhebah Klasik Nasional yang membacakan sepucuk surat yang saya kira agak menarik. Antara ayat-ayat yang dibacakan ialah " bukan bermusuh tapi tak nak berkawan". Satu pendekatan dalam hubungan sosial yang menarik dan bijak. Apalah gunanya kita berkawan jika hati sering disakiti dan dilukakan. Lebi baik gunakan pendekatan, jumpa - salam, angguk, senyum dan angkat kaki. Selamat dunia akhirat.

Wednesday, February 23, 2011

Offer RM280.00 ( SOLD )
















Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 6.5 inci
Hulu kayu ibor
Sampir kemuning kuning
tapak kemunng hitam

Design hulu keris - antara seni dan senjata

Terdapat pelbagai variasi hulu keris semenanjung. Ada yang panggil jawa demam/Dewa sejuk, ayam teleng, patah tiga/kerdas, tapak kuda, tangkai labu, tajong, coteng dan beberapa jenis lagi. Kepelbagaian ulu ini tambah rumit lagi untuk difahami dengan pelbagai variasi kefahaman dan ketidakfahaman. Sebaiknya kalau nak hulu keris yang sesuai untuk kita terutamanya untuk tempur kita kena duduk bersama tukang. Sebenarnya dalam dunia pertukangan keris, masih ramai tukang sampir yang tak mampu membuat hulu dengan cantik, ini belum diambil kira untuk hulu yang baik. Berdasarkan sedikit pengalaman sendiri, tukang ulas/kritik lebih dan amat pakar dalam menentukan kriteria hulu yang terbaik berbanding tukang buat.

Marjan Asli baru siap canai

Tuesday, February 22, 2011

Politik..

Terlalu banyak politik pun susah juga hidup ini. Politik dalam negara, politik luar negara, politik dalam parti, politik dalam persatuan dan politik tempat kerja. Semuanya berkisar tentang nama, pangkat, ekonomi dan yang paling penting kuasa. Janganlah berpolitik dalam semua bidang. Nanti bukan perpaduan yang terbentuk, perpecahan pula yang kita dapat. Sedangkan persatuan untuk menyatukan mereka yang mempunyai minat dan hobi yang sama di bawah satu payung.

Banyak kerja....

Terlalu banyak kerja yang nak dibuat, jadi benda remeh temeh yang tak menjadi kudis pun pada kita, kita lupakannlah. Usah difikirkan sangat karenah seluruh manusia atas muka bumi ini hingga menyebabkan kita tidur tak lena, makan tak lalu dan mandi tak basah. Kalau kita tak fikirkan mereka pun kita masih boleh hidup.

Monday, February 21, 2011

Kod - 02 Saras antik - untuk peratian sahabat ( SOLD )




Panjang keseluruhan 20 inci
Panjang bilah 16 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena


Aku menang....

Angkuhnya, bila kita berkuasa. Hak orang hak kita. Hak kita memang hak kita, sikit pun tak tumpah pada orang. Kira bicara tak payah ambil kira. Aku kata mesti di kota. Balaci-balaci pula tukang angguk dan tukang jilat. Lumrah kehidupan, ragam manusia tetap sama, cuma insan yang berbeza.

Sunday, February 20, 2011

Satukan

Kaya .....

Bila sebut tentang kaya ramai yang mencebik. Di sini bukan soal kaya harta, tapi kaya jiwa. Ada orang tahu teori bagaimana nak kaya, dia boleh ceritakan proses naik turun saham, bila masa beli dan bila masa jual. Yang dibincangkan ialah tentang untung. Tapi kalau tak berniaga bagaimana dapat untung, setakat untung atas kertas sahaja tak cukup. Begitu juga dengan ilmu agama, ramai yang bercakap tentang ilmu, huraiannya berkitab-kitab, bincang pula bab hakikat, semua boleh dibilangnya, syariat, tariqat, haqiqat dan makrifat. Bila ditanya, bolehkah "sampai" kalau hanya dengan bercakap, nganga. Amalkan, barulah ibarat pohon yang berbuah.

Saturday, February 19, 2011

Sejauh mana kita pernah berusaha...

Kadang-kala kita meletakkan hobi terlalu ke hadapan. Contonya hobi berkeris, kita sanggup lakukan apa sahaja bila sebut tentang keris. Sesekali cuba kita renungkan tentang mati. Berapa kali kita mengadap guru untuk minta penjelasan tentang hakikat kematian, bersediakah kita. Kalau tak bersedia, berapa senkah yang kita laburkan untuk jalan mati. Kalau jalan-jalan cari makan bolehlah kita sembang.

Saras Selit RM700.00 - Pakaian teras kemuning hitam SOLD

Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 8.8 inci


SOLD

Lelaki Kelate dan hobi....

Kalau hari cuti kita boleh kelih menan ore jate di Klate. Ada hok minat ngail dok ralek ngail. Hak berahi mikat dok senyap dalam rok (semak) dengan denak. Hak berahi pelago biri dok dale bong pagi dina lagi takut berambat dengan polih. Hak mano ada buron molek pakat duduk lengok intai tengok tiang tempat ore nganguk, tak kira murai ceran, titir, kukor, candik. Kalu malam pulok kereta muto banyak ore tak napok, demo dok senyap dalam gelap, dok tandin belalan kkerek. Hak minat bespa, kereta kuro, muto besa konvoi rata-rata. Hak berahi naik gunong hilang ghaib dale utan banat. Hak berahi batu mato pulok pakat dok ita batu di lorong maut, atas paking dan depe masjid muhammadi. Tapi ramai lagi ore dok dengar ore ngaja di sejid-sejid.

Cutenya awe weii....

Tempahan sahabat dari Temasik

Friday, February 18, 2011

Jangan terlalu banyak cakap......

Kalau terlalu banyak cakap, banyak benda bukan-bukan kita sebut. Merapu, mencarut dan sesekali mengata. Faedahnya tiada. Yang dapat pula ialah dosa dan musuh. Kadang-kadang tak ada apa yang nak dicakapkan, tapi dipaksakan juga untuk bercakap, hasilnya cerita keburukan oranglah yang jadi modal. Jadi, kesimpulannya lebih baik diam, lagi baik cari barang dan masuk blog. Ada rezeki laku, tak laku jadi koleksi. Ada ilham menulis, tak ada ilham tidur je.

Thursday, February 17, 2011

Lok 5 sampir kemuning hitam ( SOLD) asraf




SOLD RM500.00

Panjang keseluruhan 15 inci
Panjang bilah 9.7 inci
Pakaian keseluruhan nya teras kemuning hitam

Bilah baru - RM550.00 ( SOLD ) zu saras tua









Panjang bilah 15 inci tak termasuk puting

Kasihan....

Kadang-kadang kasihan juga melihat rakan-rakan yang keliru dalam pencarian. Katanya dalam perjalanan, sebenarnya baru belajar bercakap dan belajar cara berdebat. Orang dalam perjalanan hanya mengambil rasa setiap perhiasan, bukan mengambil kerja. Jangan jadi beruk jantan yang suka menunjukkan taring pada setiap orang, nanti tiada siapa nak berlawan, apatah lagi nak berkawan.

Wednesday, February 16, 2011

Pesan Guru....

Jangan kau pikat burung yang terbang
Usah dikait buah di dahan
Siapkan bekal isikan faham
Kelak yang terbang menyerah di depan

Sedekah

Suatu waktu dulu saya pernah bertanyakan seorang Pak Cik tentang rahsia hidupnya. Peristiwa ini semasa saya berjamaah bersamanya di Masjid Layang-Layang Kiri. Soalan saya ialah bagaimana rezeki Pak Cik begitu murah dan melimpa ruah, jawabnya selamba sahaja "banyakkan sedekah".

Versi Cenderamata untuk VIP (SOLD)

Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah 9 inci.

Tuesday, February 15, 2011

Berhenti merungut dan merengek....

Seringkali kita merungut dan merengek atas kejadian yang tidak berapa kita senangi. Mengapa tidak kita katakan sahaja "Alhamdulillah" . Pada siapa kita merungut, pada manusia, pada siapa kita merengek, pada manusia. Mengapa kita tidak redha atas pekerjaanNya. MasyaAllah, ampunkanlah dosa hambamu yang sering lupa atas kebesaranMu.

Hidup atau mati...

Dalam kesibukan kita mengejar dunia, seringkali kita terlupa. Terlupa bahawa kita "hidup". Bila kita sedar, hidupkanlah hati kita dengan zikir kepadaNya. Guru-guru tua selalu berpesan agar menjaga besi tua, sebab hina besi kerana karat hina manusia kerana melarat. Jangan terlalu asyik dengan besi muda yang kadang kala menjadikan kita leka mana satu yang lebih wibawa.

Tempahan Sahabat Sdr.Jai ( SOLD)


Hulu /sampir kemuning
Batang sarung serian






Mabuk....

Mabuk arak, ganja dan tuak senang dikenal pasti. Mata merah, jalan hoyong-hayang serta perangai tak keruan. Mabuk kuasa dan pangkat lagi parah, cakap bukan setakat merapu tapi sudah jadi mengampu, jalan bukan hoyong hayang tapi sudah sampai tahap meroyan. Mereka mencari mulia di mata insan bukan mulia di mata Tuhan.

Stok Lawi ayam RM100/pcs termasuk pos

Pedang Melayu RM350.00 SEMUA DAH SOLD OUT.







Hulu/sampir kemuning,
Sarung sena
Penyanggga dan temim besi

Cucuk sanggul RM180.00

Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 5 inci
Sarung kemuning
ulu halban

Monday, February 14, 2011

Berapa lama kita boleh bersandiwara..

Kita tahu kita buat salah, tapi kerana degil, jaga airmuka dan ego yang terlalu tinggi, kita sentiasa mencari dan menguar-uarkan kesalahan orang lain. Walaupun di wajah dan dimulut kita kelihatan nyata tak pernah bersalah... tapi di dalam hati, akuilah... kerana tiada siapa boleh membohonginya.

Sunday, February 13, 2011

Cucu Sanggul RM180.00/pcs SOLD


Panjang keseluruhan 8.5 inci
Panjang bilah 5 inci
Hulu halban, sarung kemuning

Biarkan....

Sembang-sembang dengan seorang "guru" banyak membuka minda saya. Antara pesanannya ialah kenapa kita terlalu pandai di hadapan guru, kalau kau pandai mengapa cari guru. Guru cakap sepatah kita cakap 10 patah, akhirnya guru ikut sahaja lagak dan pandai akal kita. Kalau dah pandai sangat.. mengajarlah.

Saturday, February 12, 2011

Ilmu yang terputus.....

Kematian guru dalam persilatan dan ilmu ketuhanan kadang kala menyebabkan aliran ilmu terputus. Ironinya ramai yang berasakan dirinya sudah "sampai". Sikap sombong, kurang ajar dan sesekali "kurang asam" junior memualkan abang-abang senior yang "sama jadi " dengan perguruan. Untuk makluman, banyak lagi rahsia pengajian yang tersimpan di dada abang-abang senior, namun kerana kebiadapan dan kekurangajaran maka kini ia tertutup rapat. Maaf, bukan salah siapa, salah sendiri kerana bodoh sombong.

Geruh....

Ilmu geruh merupakan ilmu yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi pendekar-pendekar Melayu. Pelbagai kaedah telah diperturunkan. Ada yang menggunakan kaedah nafas, ada yang menggunakan kesan darah dihujung jari dan pelbagai lagi. Bila nak melangkah keluar pula, ada petua dan arah mata angin tertentu yang digunakan. Ada geruh kecil dan ada geruh besar, ada cara nak alih geruh dan macam-macam lagi perihal geruh telah diajarkan. Sebanyak manapun ilmu geruh yang kita belajar, jangan pula kita lupa Allah Taala yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana mengaturkan urusan Makhluknya. La haulawala Quwataillabillahilaliyilaziim. Kita hanya mempelajari sunnahnya demi untuk mengEsa dan memuji kebesaranNya.

Kenangan di Pantai Melawi -


Sekitar tahun 2000 .

Nostalgia di Melody Beach 1997

Friday, February 11, 2011

Harga diri...

Kerana inginkan nama dan pangkat manusia sanggup menggadai maruah dan prinsip. Mereka sanggup mengecat muka dengan warna yang berbeza untuk disesuaikan dengan siapa mereka berurusan. Pokok pangkalnya manusia jenis ini memang ramai dalam dunia moden hari ini. Asalkan tembolok mereka penuh, apa pun sanggup ditelan, rakan , kawan, sahabat , semuanya boleh dipijak demi survival. Tapi ingatlah, bumi ini bulat, Tuhan itu Esa dan Maha Adil.

Badik mampu milik RM160.00 ( SOLD )



Panjang keseluruhan 8.8 inci
Bilah 6 inci
Hlulu/tapak kemuning
Batang sarung sena

Thursday, February 10, 2011

Perhatikan....

Perhatikan alam besar ini, kemudian perhatikan pula alam diri. Apa yang ada di alam besar biasanya ada pada alam kecil. Jadi jagalah alam besar dan jagalah alam kecil. Biasanya yang merosakkan alam besar ialah alam kecil. Rosak di dalam lagi parah, asyik kita sahaja yang benar sedangkan orang lain semua tak betul.

Wednesday, February 09, 2011

Bawang pangan/pohon saratus das

Mengimbau zaman anak-anak semasa belajar tomoi di kampung suatu waktu dahulu. Guru pun dah meninggal dunia. Bila hari perlimau saya diberinya makan/kunyah pucuk pohon seratus das. Muka rasa gatal dan bergerak-gerak, masa bergasak tak rasa sakit, bengkak pun tidak. Tapi selepas kencing berak, keadaan pulih seperti sedia kala. Semuanya kini tinggal kenangan.

Indahnya takdir....

Semua sudah diatur dan disusun, jalinannya indah tersusun walau kusut dan serabut. Dapat tak dapat semuanya tetap. Kadang-kadang macam adat tetapi sudah terpahat. Redhalah hingga ke liang lahad.

Tempahan sahabat - En IK kl


Tuesday, February 08, 2011

Kejar mengejar....

Kadang-kadang kita mengejar masa, kerja banyak masa terhad. Kadang-kadang kita terkejarkan wang ringgit , ada dapat ada tak dapat. Kalau dapat - senyum, kalau tak dapat...berhutang. Yang tak perlu dikejar ialah usia, dia yang mengejar kita. Lari pun mati , tak lari pun mati. Kejarlah ilmu agar faham tentang jalan kematian.

Monday, February 07, 2011

Langkasuka

Setinggi Saguntang Mahameru
Berpusing ibarat siput di air
Lentikmu ekor Hanuman perkasa
Kepalamu donggak bangau perahu
Lariklah ukirlah....
Bertemu nanti bangsa dan rasa
Hilang empat hilanglah darjat
Rahsia bangsa jangan kau buka
Kelak binasa lenyaplah bangga
Langkasuka lambang jati negara

Keris Lurus perut ular baru RM700.00

Panjang keseluruhan 17 inci
Panjang bilah 13.5 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena