Dalam perlawanan sebenar banyak teori-teori yang kita pelajari tidak dapat dipraktikkan. Pada saat ini perasaan kecewa dan hampa terhadap seni bela diri yang kita pelajari mula bersarang di dalam kepala. Kenapa?. Perlu untuk kita mengambil ingatan bahawa tidak semua lawan kita bodoh dan lemah dalam beladiri. Bila buku bertemu dengan ruas, siapa kuat dan siapa yang dapat menguasai perlawanan dialah pemenang. Stamina merupakan faktor penting dalam perlawanan, jangan ingat perlawanan hanya akan berakhir dalam 4 atau 5 saat. Adrenalin yang berlebihan akan menyebakan gelabah/debaran menguasai dan menjadikan kita lebih cepat panik, kadangkala myebabkan kita hilang punca. Jadi, cara mengatasinya ialah dengan memperbanyakkan latihan sparing serta berlari beberapa batu sehari untuk menambah stamina.
Tuesday, November 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment