sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, November 19, 2010

Antara nak dan tak nak...

Setiap kali Raya Haji tiba, umat Islam mengorbankan lembu dan kerbau sebagai ibadat kepada Allah. Dalam kesibukan dan kemeriahan memakan daging beberapa iktibar boleh kita ambil untuk panduan kita bersama. Budaya berkorban sepatutnya diutamakan pada mereka yang mampu. Kalau keris ribu-ribu boleh beli, takkanlah korban RM350.00 pun nak berkira. Semasa berkorban pula janganlah kita berpeluk tubuh dan memerhati sahaja orang lain melapah dan merebahkan lembu, kita pula pakai baju cantik dan siap dukung anak lagi, pisaupun kita tak bawa. Alasan yang sering keluar dari mulut kita ialah "saya tak biasa, saya tak pandai melapah, saya tak reti". Itu semua alasan budak-budak, kalau tak dimulakan bila nak pandai, sampai bongkok tiga pun kita hanya akan keluarkan alasan yang sama. Bawak sekali anak-anak lelaki kita untuk ikut serta membantu, kalau tidak mereka pun akan jadi seperti pakcik-pakcik yang di atas tadi.

No comments: