sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, November 30, 2010

(A) Badik Kelantan RM230.00 ( SOLD)

Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 5.9 inci
Hulu dan sampir kemuning
Batang sarung halban plot

Masih mencari rasa...



Pisau-pisau latihan yang siap setakat hari ini, yang terbaru menggunakan temim tembaga. Masih lagi mencari rasa kerana baru mula bertukang.

Bilah berpamor lok 3 untuk perhatian sahabat (SOLD) m.k.I


Panjang bilah 9.5 inci
Puting pulas
Bilah berpamor

Monday, November 29, 2010

Bilah badik Kelantan RM150.00 ( SOLD)

Panjang bilah tak termasuk puting 5.5 inci
Besi beliung lama
Bilah berpamor dan ada baja

Sibuk dengan kerja kita.......

Dalam kehidupan biasa, manusia selalunya bekerja. Syukurlah kerana kita masih sibuk dan ada kerja. Jangan pula kita disibukkan dengan kerja orang lain. Apabila kita disibukkan dengan periuk nasi orang lain maknanya kita tak ada kerja. Kalau kita tak kerja, jangan pula kerja orang lain kita mengaku kerja kita.

Berkawan biar seribu....

Pepatah Melayu yang menggalakkan kita berkawan ramai-ramai. Tetapi biasanya sahabat taklah sebegitu ramai. Kerana sahabat memerlukan komitmen yang lebih, dalam bersahabat banyak perkara yang perlu dijaga. Berkawan hampir sama dengan "bersaing". Dalam persahabatan tidak ada istilah curang, cas keting dan curiga. Apabila persahabatan dicemari oleh unsur-unsur negatif maka ia bertukar menjadi kawan atau saingan semata-mata.

Design pisau latihan pertama

Ini adalah hasil kerjatangan saya yang pertama untuk pisau latihan silat. Menggunakan kayu krismas, hulu belum divarnish dan belum digosok licin sepenuhnya.

Sunday, November 28, 2010

Projek pisau latihan

Memenuhi permintaan sahabat-sahabat jurulatih yang inginkan pisau latihan mampu milik dan sesuai untuk latihan gayong. Insyaallah 25 bilah pertama akan disiapkan sebelum Januari.

Dah siap diperakkan - Tempahan khas


Tempahan khas, menggunakan pakaian lengkap kemuning hitam bertatah perak ukir tukang Kelantan.

Badik baru siap tatah perak




Saturday, November 27, 2010

Tahu

Tahu ialah ilmu, manakala hal keadaan tahu pula ialah kadar pengetahuan seseorang. Biasanya kita tahu banyak perkara tetapi kadar pengetahuan kita dalam sesuatu perkara bergantung pada banyak perkara.

Senyum ajelah....

Kadang-kadang kita tewas bila diajak bertekak dan bertegang leher. Bukan tak boleh berhujah, tetapi malas nak layan kerja-kerja yang tak berfaedah. Semakin banyak kita bersembang semakin menyerlah siapa kita. Sebaikknya kita teruskan kerja buat kita, kalau kita tukang keris kita teruskan buat keris. Kalau kita tukang sarung teruskan membuat sarung, kalau kita tukang ulas teruskan kerja-kerja mengulas kita. Kalau peniaga keris, juallah keris banyak-banyak, jangan pula kita jual peniaga lain.

Berfikir di luar kotak....

Saya seringkali tersenyum apabila disogokkan dengan ungkapan di atas. Apa yang terlintas dalam kepala saya bukan perkataan di atas tetapi perkataan " berfikir di luar otak". Mungkin cara berfikir di atas jarang di amalkan tetapi ia adalah kaedah penyelesaian masalah yang bagus. Namun bagi meraka yang mencari diri, mereka tak boleh berfikir di luar kotak ( diluar kepala otak), kerana mereka harus masuk ke dalam otak dan mengembara ke dalam pemikiran mereka dengan panduan Quran dan hadis. Mereka perlukan guru atau pembimbing untuk memahami apa yang ada di dalam kotak.

Friday, November 26, 2010

Kembali bercahaya...

Keris pusaka warisan Kerajaan Melayu Satun milik seorang sahabat (Pak Sedaro). Setelah dibersihkan, direpair mana yang patah dan pecah, menyerlahlah hulu kemuning hitam serta tapak buntut lipas yang juga menggunakan kemuning hitam. Sampir kayu kemuning kuning dan batang serunai sena.

Bekerja dengan tunggul....

Seketul tunggul/banir kemuning amat tinggi harganya. Kadang-kadang untuk seketul kita terpaksa belanjakan seribu lebih (RM). Walaupun kelihatan besar tidak semua bahagian dapat digunakan, tolak lubang, tolak reput dan banyak yang kena tolak. Biasanya dapatlah tiga atau empat sampir, itupun tidak semua mempamerkan plot kelas tercantik. Bekerja dengan banir atau tunggul mencabar kesabaran tukang kerana kekerasannya, tambahan pulak uratnya berpulas-pulas menyukarkan kerja mengorek sampir. Apabila kita khayalkan kecantikan, kemewahan dan kesempurnaan maka kita kena bersedia dengan kos yang perlu dibayar termasuklah kos bekerja dengan tunggul.

Sampir sahabat siap servis dan repair serta make up

Ish, ish, ish... Sampir tajong tempahan sahabat

Thursday, November 25, 2010

Watak-watak...

Watak dalam kehidupan pelbagai. Ada pratagonis dan antagonis. Namun seringkali kita diberi peluang untuk memilih perwatakan kita sendiri. Seringkali juga kita "over acting" hinggakan penonton meninggalkan panggung kerana lakonan buruk kita. Kalau penonton baling kasut boleh lagi dimaafkan, tetapi kalau sesama pelakon bertumbuk dan mula ludah meludah maknanya zaman glamor sudah tamat dan pelakon tersebut kena cari sutradara untuk hantar surat berhenti kerja.

Edisi Casing cenderamata


Selalunya saya akan menghantar bilah yang hampir sama pada 2 atau 3 orang tukang sarung, tujuannya ialah untuk melihat perbezaan dan kreativiti mereka. Ini adalah antara kerambit tulang bulat berpamor dan sarung mengikut kreativiti tukang yang berbeza-beza. Saya bercadang untuk menjadikannya sebagai edisi cenderamata sahaja.

Wednesday, November 24, 2010

Berbicara dengan diri.....

Dalam sastera ia dikenali dengan "monolog". Monolog pula terbahagi kepada dua, iaitu monolog luaran dan monolog dalaman. Jika ingin bermonolog luaran, carilah tempat yang sesuai kerana jika salah tempat nanti orang kata kita lupa makan ubat. Monolog dalaman pula janganlah terlalu asyik hingga tak perasan motor kereta di atas jalanraya, nanti tak pasal-pasal bermonolog dalam hospital.

Memenuhi hajat sahabat-sahabat

Inilah stok lawi ayam tulang bulat berpamor yang ada dalam stok saya untuk masa ini. Kepada sahabat-sahabat penempah harap bersabar kerana tempat tukang sarung sesak teruk kerana permintaan variasi lawi ayam jenis ini sangat tinggi. Terima kasih

Keris beko 2 pamor baru siap ( SOLD OUT ) A.H


Badik pelbagai pamor, antara pamor yang jelas ialah pamor perut ular dan pamor gigi yu. Ia juga mempunyai ketandaan tapak gajah dipangkal.

Mencari jejak-jejak yang hilang

Dalam pengembaraan mencari diri seringkali kita menjejaki kesan silam yang semakin hilang ditimpa hujan tanpa kita sedari kita juga mempunyai jejak. Bukankah pesan orang-orang tua agar mencari diri. Mengapa jejak-jejak orang yang dicari. Rasanya kita tidak akan mengerti kalau menuntut berdasarkan jejak kerana yang empunya diri sudah tiada, jadi kajilah diri yang masih ada.

Tuesday, November 23, 2010

Anak alang baru berpamor

Badik besi beliung antik untuk sahabat


Pesanan sahabat untuk semua.....

Dalam leteran seorang sahabat pada anak saudaranya terdapat nasihat yang amat berguna sebagai peta untuk mereka yang sedang berjalan. Sahabat saya berleter kepada anak saudaranya yang tidak mahu bekerja dan mulutnya sering mengucapkan Allah Maha Kaya. Katanya " macam mana kamu nak jadi satu jika kamu ada isteri, macam mana kamu nak jadi satu jika kamu ada anak, macam mana kamu nak jadi satu jika kamu masih meminta-minta".

*cakap mesti ada adat dan adap

Mencari ketenangan...

Dalam usaha kita mencapai kebahagian hidup di dunia ini ketenangan merupakan elemen terpenting. Tenang dalam menghadapai apa jua keadaan adalah sesuatu yang sulit dilakukan tetapi mudah diperkatakan. Untuk berada dalam ketenangan kita perlu membuat persediaan, contohnya ialah belajar silat untuk tenang menghadapi seteru dijalanan, mencari wang untuk menghadapi perbelanjaan/tanggungan hidup. Mencari ketenangan dengan berzikir semata-mata tidak mencukupi jika tanpa ilmu dan persediaan. Bagaimana kita nak beribadat kalau perut anak dan isteri berkeroncong.

Untuk perhatian Kaiban

Monday, November 22, 2010

Sunday, November 21, 2010

Bersedia untuk mengadap sifu



Beberapa bilah pisau yang dah siap dibentuk dan dicanai oleh saya sendiri. Nampak gayanya saya mesi segera berjumpa sifu untuk belajar menyepuh pula.

Harga emas dan perak naik lagi.

Dalam setahun dua ini harga emas dan perak terus melonjak naik. Sehubungan dengan itu harga tatahan perak untuk senjata warisan semakin meningkat. Namun mereka yang membeli emas dan perak jarang kerugian kerana ia merupakan satu pelaburan yang selamat dan stabil.

Saturday, November 20, 2010

Sembang-sembang online...

Dalam kehidupan banyak benda yang boleh menjadi topik perbualan. Ada orang suka bersembang tentang hobi, ada yang suka bersembang tentang kehidupan, ada juga yang suka bersembang tentang hiburan, namun ada juga yang suka berborak perihal orang. Sembang yang terbaik ialah sembang tentang diri dan ilmu tauhid. Semoga sembang-sembang kita bukan sekadar menghabiskan masa sementara menunggu mati.

Karya Seniman Lara ( Tukang muda)


Dah mula bekerja...

Hari ni saya mulakan balik operasi "berblog", seronok juga bila tak update blog. Sempat juga siapkan sebilah lagi pisau menggunakan kaedah "stok removal". Bila siap 3 bilah barulah boleh ngadap sifu untuk dapatkan teknik sepuhan "power" dari Sifu. Walau bagaimanapun kunjungan sahabat ke rumah untuk dapatkan keris dan permata amat menggalakkan. Terima kasih semua kerana sudi singgah di teratak ambo.

Cincin Perak Paruh Menilin RM170.00 siap pos dalam Semenanjung



Cincin perak
Permata paruh Enggang Menilin
Saiz 20
Warna kuning sahaja

Cincin Perak Paruh Menilin RM250.00 SOLD skf

Permata paruh Enggang Menilin
Lapisan atas warna merah, lapisan baah warna kuning
Saiz cincin 22 ( boleh diubahsuai tambahan kos RM10.00)

Anak alang 9 Zulhijjah ( Sudah dimiliki )

Anak alang berpamor & tapak gajah
Bilah 8.5 inci tak termasuk puting.
Disiapkan pada 9 zulhijjah

Friday, November 19, 2010

Antara nak dan tak nak...

Setiap kali Raya Haji tiba, umat Islam mengorbankan lembu dan kerbau sebagai ibadat kepada Allah. Dalam kesibukan dan kemeriahan memakan daging beberapa iktibar boleh kita ambil untuk panduan kita bersama. Budaya berkorban sepatutnya diutamakan pada mereka yang mampu. Kalau keris ribu-ribu boleh beli, takkanlah korban RM350.00 pun nak berkira. Semasa berkorban pula janganlah kita berpeluk tubuh dan memerhati sahaja orang lain melapah dan merebahkan lembu, kita pula pakai baju cantik dan siap dukung anak lagi, pisaupun kita tak bawa. Alasan yang sering keluar dari mulut kita ialah "saya tak biasa, saya tak pandai melapah, saya tak reti". Itu semua alasan budak-budak, kalau tak dimulakan bila nak pandai, sampai bongkok tiga pun kita hanya akan keluarkan alasan yang sama. Bawak sekali anak-anak lelaki kita untuk ikut serta membantu, kalau tidak mereka pun akan jadi seperti pakcik-pakcik yang di atas tadi.

Milik saudara-mara dah siap

Permata teras gemunggal batu, sumbu badak dan batu wali bukit nuri. Ikatan perak tangkai kendi

Thursday, November 18, 2010

Pengumuman

Semua parcel akan diposkan pada hari ahad. Saya masih lagi beraya sakan. Terimakasih sahabat semua

Monday, November 15, 2010

Stok terakhir sebelum raya..

Sudah hampir tiba...

Peperiksaan STPM semakin dekat, semoga semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar. SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN

Saturday, November 13, 2010

Mengekalkan silat dalam sparing

Agak sulit untuk mengekalkan gerakan-gerakan silat dalam sparing. Kadang-kadang masa berlatih gerakan asas bukan main berseni lagi. Bila sampai bab sparing semua lenyap, kenapa? Ia adalah proses kematangan, jangan risau. Bila gerakan-gerak silat dah sebati, kita mula ajar sparing, bila ajar sparing, silat hilang. Tugas guru/jurulath ialah mengingatkan kembali anak-anak murid tentang silat semasa sparing di samping mengingatkan mereka tentang penumbuk yang nak sampai di muka.

*Terukan berlatih

Biarkan ia berlalu.....

Rencah kehidupan berbagai-bagai. Kadang-kadang ia pahit dan tidak memihak kepada kita. Namun itulah yang dinamakan hidup. Dalam pengajian ilmu tauhid ia termasuk dalam bab untung baik dan untung jahat daripada Allah s.w.t. Jadi jalanilah kehidupan seperti biasa serta pandanglah apa yang berlaku sebagai tanda kekuasaan Allah s.w.t dan iktibar kepada kita agar redha terhadap pekerjaanNya.

Friday, November 12, 2010

Lawi ayam tulang bulat tempahan sahabat sudah siap



Pakaian kemuning hitam + kemuning kuning
Aring tembaga

Tempahan Hj Ahmit

Lawi ayam sejati

Sampir siap servis, belum diperakkan

Hormat...

Menghormati orang yang lebih tua itu baik, apatah lagi ia pernah menjadi penunjuk jalan semasa kita buta. Apabila kita dah celik dan mampu mengenal dunia, jelaslah kepada kita orang yang memimpin kita tadi bajunya compang-camping, janganlah kita hina dan sepak ia ke tepi jalan. Gembirakan hatinya, kerana semua yang ada di atas muka bumi ini inginkan yang terbaik, tetapi takdir Allah mengatasi segalanya.

Mencari keberkatan

Antara pemusnah keberkatan ialah "bohong". Tanpa sedar kita sering berbohong untuk jaga reputasi. Kononya kitalah yang terbaik, sama ada keperibadian ataupun produk. Namun jika sering dilakukan ia akan menjadi satu tabiat. Apa pun berpada-padalah dalam sesuatu pekerjaan.

Thursday, November 11, 2010