sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, October 07, 2009

Ikut ikutan atau pemahaman

Kita bertuah kerana dilahirkan sebagai muslim dan dibesarkan dalam persekitaran yang kondusif untuk menuntut ilmu, cuma mahu atau tidak bergantung pada kecenderungan, peluang dan kehendak. Kelebihan ini janganlah pula menjadikan kita selesa tanpa berusaha, aqidah yang kita pegang tidak cukup dengan hanya bertaqlid semata-mata. Menuntutlah dan bergurulah untuk memahami apa yang menjadi tunjang pada pegangan kita. Peruntukkan sedikit masa agar amalan yang kita lakukan bukan sekadar ritual semata-mata tanpa rasa dan jiwa. Berapa banyak masa kita peruntukkan untuk memahami sesuatu yang rumit dan teknikal dalam kerjaya kita berbanding masa yang kita peruntukkan untuk memahami Tuhan dan Aqidah anutan kita. Bila kita dipanggil pulang semua yang lain tidak berguna kecuali amalan yang diterima bukannya amalan yang sia-sia.

1 comment:

TERATAK said...

Salam C Gu. Kekadang, dilahirkan sebagai orang Islam membuatkan kita leka atau ambil ringan bab agama ni. Seorang mu'alaf akan mempelajari Islam bersungguh-sungguh...tapi berapa ramai dari kalangan kita yang buat begitu?..Fikir-fikirkanlah. Wassalam