sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, October 12, 2009

Hati-hati...

Dalam perjalanan menuju padaNya, kita sering bimbang kalau-kalau riak dan takabbur mula bersarang. Atas kesedaran kita berusaha untuk menjauhinya dengan amalan dan zikir. Sesekali kita terasa kita telah berjaya mengikis sikap riak dan takabbur ini dengan menunjukkan sifat tawadduk dan rendah diri. Ironinya jika kita menguar-uarkan sifat tawadduk kita tadi, kita sekali lagi menjadi riak tanpa disedari. Alahai.....

4 comments:

AmBo said...

aduss..halusnya sifat riak ni smpai xnampak padahal ada dlm diri..

ANAFAKIR said...

Salam...sifat riak sukar dibendung kerana ia hadir tanpa disedari.Rasa macam sudah tidak ada riak, kalau rasa macam tu pun..itu masih riak namanya.Nah..begitulah sukarnya mencari sifat yang terpuji tetapi kita digesa berusaha seboleh mungkin. Kalau kaya tetapi tidak bermegah2-megah maka hilanglah riaknya sedangkan kalau kita hidup amat sederhana dan begitu zuhud tetapi dalam hati masih ada sedikit rasa cuak pada yang kaya yang kita kenal dan menganggap orang kaya itu begitu megah dan bongkak maka jika demikian kita sebenarnya masih riak kerana merasakan orang kaya itu angkuh dengan kekayaan kerana diri kita ini hidup sederhana dan zuhud...masih ada bangga diri dengan cara hidup zuhud kita, itu juga masih riak.riak dengan kehidupan zuhud [ konon-kononnya ] sedangkan dalam hati ada rasa bangga diri...hidup secara sederhana dan zuhud kalau tidak ikhlas, riak juga namanya. Hidup dengan kemewahan kalau bongkak, angkuh dan sombong lagilah riak namanya, riak kubra kot?...ilmu tinggi kalau bangga dengan tahap keilmuan yang dimiliki, riak juga namanya. Mencari ikhlas bukan senang...miskin kaya, hina mulia, kalau tidak ikhlas dan seadanya...maka riak lah tu namanya.

Untuk Cikgu Nasir - jadi ke menunaikan rukun ke-5, sebab mengikut 'wasiat' mulai 10/10/2009 dah tutup kedai tetapi sampai 12/10/2009, macam masih beroperasi lagi.Sekadar bertanya.

Mohd Nasir said...

Tutup kedai jual keris shj

Mohd Nasir said...

tarikh belum comfirm lagi takat hari ni, insyallah dlm sehari dua lagi baru comfirm bila nak berangkat