sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, July 16, 2009

Larak salah

Larak ialah sejenis pokok renek yang tumbuh liar di sekitar kampung. Terdapat beberapa jenis spesies larak. Bagi pemburu barang mistik pula, larak salah menjadi tumpuan. Ramai yang keliru istilah "salah" pada larak yang diburu. Istilah "salah" merujuk pada larak-larak yang keluar dari tabie larak-larak lain. Antaranya ialah larak akan menjalar dan melilit pokok-pokok di sekitarnya, biasanya lilitannya mengikut pergerakan arah lawan jam. Ia dikira salah bila lilitannya ikut arah pergerakan jarum jam. Kategori-kategori lain juga dikira "salah" seperti daun terbalik. Lain-lain jenis "salah" tidak dapat saya pastikan. Antara kelebihannya yang dikatakan ada padanya ialah pelimun (halimunan) , kebal dan pelembut hati. Walau bagaimanapun semua ini adalah anggapan/kepercayaan semata-mata dan belum pernah diuji di makmal untuk dibuktikan. Mengikut makmal Melayu , cara mengujinya ialah dengan meletakkan larak salah di tempat ayam mengeram/bertelur, jika ori ayam tidak akan jumpa cari sarang. Wallahualam. Jadi jika membeli berhati-hatilah, belilah sekadar ia barangan pelik yang sukar didapati bukan kerana mistiknya.

7 comments:

Oghang Ba Ado said...

Assalamualaikum cikgu.. boleh tak postkan gambarnya dalam blog lain kali? terima kasih!

Shidi said...

A'kum klu x silap saya dia warna hitam, dipotong besar skt pada batu cincin, sy ada jumpa bnda ni kt pasar jumaat, masjid negara K.L, tp x brani nak bli, takut kna tipu, tp apa yg cikgu ckp tu samalah seperti yg diterangkannya...

waliqudus said...

Terima Kasih atas penerangan Cikgu, Benar akan apa yang Cikgu catatkan. Dengan Izin Allah, ia mampu melembutkan hati serta Pelimun atau pengkabur penglihatan.

Saya melalui akan pengalaman tersebut dengan Pertolongan Allah.

Bagaimana pula pendapat Cikgu tentang kayu Teras Bujang Kalak akan Khasiatnya. Amat susah nak mendapatkan kayu jenis ini.

Buat pengetahuan Cikgu, saya yang juga peminat serta pengumpul kayu memiliki blog sendiri. Dengan bantuan maklumat dari Cikgu, sedikit-sebanyak dapat juga membantu saya dalam pengkajian Khasiat sebenar tentang Teras Kayu untuk pengetahuan umum. Terima Kasih Cikgu.

Unknown said...

Åssǟlǟmʊ’ǟlǟikʊm cikgu.. saya ada memiliki kayu larak salah ini. Aura kayu ni panas. Setakat ni alhamdulillah roadblock jpj dan polis saya xpenah kena tahan walaupun depa dok tahan semua moto. Saya ni xda lesen moto. Hehehe.. ni pun trjadi sebab izin allah s.w.t..

Tuan wali qudus. Saya ada dpt teras bujang kalak yg telah diikat menjadi cincin di perkampungan banjar, teluk intan. 1st time pakai sebelah tangan kebas.. lps tu ok. Cuma jarang pkai takut tersalah tepuk2 sambil melawak.. apa pun bujang kalak mmg terbaik! Hehehe

eltigre said...

salam tuan nik. blh sy tahu kt mana tuan beli kayu larak salah yg tuan ckp tu? harap dpt cntact/wassap sy di 0172676573

Unknown said...

Saya ada kayu larak salah jumpa sndri dlm hutan.pengalaman sy slma pkai bnda tu wlau sy slh ckp dgn siapapn ttap xda yg membantah.cma geleng kpla langsung beredar sja.

Unknown said...

sy ada jual kayu larak salah.lokasi kl..pm 0192161588