Dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis juara. Ada juara dalam bidang sukan. Ada juara dalam bidang lumba motor dan ada juga juara makan. Ada juga yang ingin menjadi juara. Biasanya yang ingin menjadi juara di kalangan mereka yang tak perlukan juaralah yang banyak menimbulkan masalah. Mereka berasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran, mendedahkan kebatilan dan juga membantu memberi petunjuk dalam sesuatu bidang. Tahniah diucapkan. Seolah-olah orang lain semuanya tidak berpengetahuan dan majnun. Sebenarnya ilmu dikalangan awak-awak yang tukang tepuk itu kadangkala melangkaui ilmu sembang yang ada pada juara.
* lebih baik jadi tukang karut
No comments:
Post a Comment