sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, August 16, 2007

Ultimate warriors- Satu pandangan

Dalam pertandingan ultimate warriors kita melihat bagaimana pesilat-pesilat telah ditewaskan dengan begitu mudah sekali. Seolah-olah sistem beladiri yang terdapat dalam silat tidak efektif dan gagal menyaingi sistem beladiri lain terutamanya tomoi. Dari pengamatan saya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku, antaranya ialah:
1. Kurang stamina
2. Terikut-ikut dengan gaya pertempuran silat olahraga
3. Pesilat masih lagi mentah dan tidak masak dalam kaedah persilatan sebenar
4. Pembantu gelanggang tidak memainkan peranan dengan baik.
6. Badan pesilat masih lagi dipenuhi lemak berbanding dengan ahli muay thai yang penuh dengan urat dan otot.

Sehubungan itu jika ada pesilat yang ingin menyertai kejuaraan ultmate warrior pada tahun hadapan, sewajarnya mereka berlatih sekurang-kurangya 2 bulan dengan pengawasan jurulatih yang berpengalaman. Pesilat juga mestilah berlari sekurang-kurangnya 8 kilometer sehari. Setelah stamina telah cukup barulah teknik-teknik pertempuran boleh diajar dan dapat digunakan dengan berkesan. Pesilat juga mestilah berlatih dan membiasakan diri dengan glove dan juga gelanggang yang menyerupai gelanggang sebenar.

1 comment:

Zal said...

pd pndangan sy,silat dan tomoi jika brtarung di gelanggang tomoi akan menang tp jika brgaduh sebenar di luar gelanggang silat akan menang kerana silat tidak dibenarkan melipat/kunci yg mngakibatkn patah riuk diatas gelanggang tp jika diluar(pergaduhan sebenar tiada lg undang2 gelanggang).....ini sekadar pndpt sy..mohon maaf jika mnyinggung mana2 pihak....