sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, September 28, 2009

Akid Yaman RM430.00 saiz 20 SOLD













Menebas....

Sebelum bercucuk tanam, seeloknya tebang tebas dahulu semak samun, lalang dan belukar. Kemudian carilah benih yang baik untuk di tanam. Adalah sia-sia jika menabur benih dalam semak dan belukar atau lalang yang meninggi. InsyaAllah jika dibaja dan disiram hasilnya akan dapat menengelamkan jiwa.

Untuk perhatian sahabat yang bertanya...




Sunday, September 27, 2009

Hidup mesti diteruskan...

Walau apapun dugaan dan halangan, hidup mesti diteruskan. Pahit manis adalah asam garam kehidupan. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Budi bahasa kita jadikan pemanis dalam perhubungan. Jika kita biasa dengan madu, kotoran dalam madu akan tertolak/dizahirkan ke atas dengan sendirinya dan tidak perlu ditapispun. Jadi teruskan kehidupan seperti biasa kerana jika kita di landasan yang betul InsyasaAllah kita akan sampai ke destinasi dengan selamat.


Mohon maaf pada sahabat,

Laptop saya baru sahaja siap dibaiki, terpaksa tukar hard disk, banyak fail-fail hilang begitu sahaja. Pada sahabat-sahabat yang menghantar foto untuk diduplicate insyaAllah saya akan hubungi semula agar dapat emailkan semula. Saya juga memohon maaf kerana belum dapat menghantar email pada beberapa orang sahabat yang sedang menanti untuk melihat produk-produk tertentu. InsyaAllah akan menyusul sedikit masa lagi.

Badik Pupuk Tatah Perak RM650.00 SOLD OUT


Badik pupuk sarung sena
Ulu kemuning
Temim perak
Panjang keseluruhan 10 inci
Panjang bilah 7 inci

Saturday, September 26, 2009

Perhatikanlah....

Setiap insan ada ujian masing-masing. Mengapa kita sering gagal dan orang lain berjaya? Apakah setiap yang kita lalui berjaya mengubah diri kita ke arah jalan yang semakin baik, atau kita tidak berubah. Apakah kita berasa selesa dengan kemunafikan yang bersarang dalam diri kita? Nauzubillah. Kaya Allah Taala kerana menjadikan makhluknya berbeza-beza dan menjadikan ia sumber untuk berfikir dan mengenal antara satu sama lain, tapi pandai-pandailah kita mengemudi perahu kehidupan yang singkat ini.

Melantun..

Banyak perbuatan jahat yang kita lakukan pada orang lain akan melantun balik pada diri kita. Jika niat kita untuk menganiaya orang mula tumbuh dalam diri, ia sebenarnya akan menganiaya diri kita sendiri. Jika niat kita memulau orang, kita sendiri yang akan terpulau. Kerana itu Islam menganjurkan persahabatan, bermaaf-maafan dan saling tolong menolong. Paling penting kita pedulikan diri sendiri sebelum ambil tahu hal orang lain. Dalam apa bidang pun sifat/sikap manusia tetap sama. Jadi sebagai orang yang berilmu kita sewajarnya sentiasa menilik diri sendiri. Buangkan sikap super ego, nescaya hidup akan jadi lebih damai.
*Selamat berjalan (laptop masih kong) InsyaAllah hari ni siap tukar hard disk dan RAM baru.

Berapa banyak ilmu kita....

Semakin banyak semakin kosong... semakin banyak semakin kosong. Akhirnya tidak ada apa-apa lagi. Ia ibarat kuda tunggangan.. semakin laju dan gagah ia, semakin cepat kita kedestinasi.. membela kuda bukan matlamat kita. Tapi ingat jangan dicela tunggangan kita.

Bagaimana perasaan kita....

Sebaik kita mula ingat dan berfikir...... apa yang kita rasa semasa kecil dahulu...masa kanak-kanak, remaja, dewasa dan masa kini. Ada perbezaan atau tidak .... atau perasaan kita tetap sama. Cuba kita renung kembali.... berbeza atau tidak. Tuan-tuan yang ariflah yang tahu jawapannya.

Friday, September 25, 2009

Membuat pilihan...

Jika kita menanti serangan, bila masanya kita akan bertindak untuk menepis,menangkis atau menghantar serangan pintas. Adakah apabila ketika baru nak berbunga, sudah berbunga, bunga dah bertukar menjadi putik, atau putik dah menjadi buah, atau ketika buah dah masak atau ketika buah dah ranum dan gugur di dahi kita. Jika kita menunggu buah yang gugur mungkin dahi sudah bertelur kerana kadang-kadang serangan datang 3 serentak.
*nampak saja berbilang lajunya bukan kepalang

Di mana pertimbangan kita....

Setelah sebulan berpuasa mengapa kita cemari malam raya dengan tembakan mercun sehingga menjadikan suasana malam raya seoalah-olah medan perang. Pernah kita fikirkan perasaan ibu-ibu yang ada anak kecil, orang-orang tua yang ada penyakit jantung, orang-orang Islam yang sedang beribadat. Apa sebenarnya yang kita raikan pada malam raya, kalau kegembiraan kerana kemenangan berpuasa sebulan sepatutnya kita raikan dengan tasbih,takbir dah tahmid. Mungkin juga kita sedang mengadakan sambutan sempena pembebasan syaitan-syaitan atau kerana saja ikut-ikutan tanapa sebarang alasan. Kenapa kita cukup berkira untuk mendermakan RM10.00 pada tabung masjid pada hari jumaat, sedangkan kita dengan selamba menghabiskan puluhan ringgit untuk "dibakar" tanpa sebarang alasan. Lebih malang lagi kerana kita sebagai orang yang berpendidikan dan beragama tidak melarang anak-anak kita dari bermain mercun, malah tolong membelikan untuk mereka. Nampaknya kita kena tunggu setahun lagi untuk berpuasa semula di bulan ramadhan jika dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t.
* Adakah mereka yang kita sakiti dengan dentuman mercun akan memaafkan kita.

Kunjungan Raya

Kunjungan raya anak-anak buah, malas pula nak ambil gambar. Ini adalah antara anak-anak buah yang hadir serentak pada hari raya kedua. Melihat mereka saya berasa sudah cukup berumur. Saya mengenali mereka semasa mereka masih ditingkatan satu, kini rata-rata sudah berada di IPT, berkahwin dan sudah bekerja. Kerja dan kepakaran mereka juga pelbagai, ada wartawan, ada komando, pengurus ladang, chargeman dan lain-lain lagi. Kini saya banyak belajar perkara-perkara baru dengan mereka terutamanya dalam bidang IT/komputer . Jika ada masalah komputer sekali-sekali merekalah yang saya rujuk di samping sahabat-sahabat guru di sekolah.
`

Senjata sulit dalam semutar

Masih lagi tentang semutar Kelantan, antara kaedah yang sering digunakan untuk menjadikannya lebih hebat dan berkesan ialah dengan menyimpulkan hujung kainnya dengan duit syiling. Semakin banyak syiling semakin bagus, ia sesuai untuk melibas musuh untuk mencederakan mereka tanpa disangka-sangka. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk pengguna "kot" dengan memasukkan 'air tin" di dalam poket dan dihayun pada sasaran musuh. Di samping membantu menjadi "dompet" semutar juga boleh menjadi penyelamat nyawa.

Monday, September 21, 2009

Masih lagi berehat....

Saya masih lagi berehat sempena raya, menanda kertas Percubaan STPM dan laptop pula rosak. InsyaAllah ahad atau isnin saya akan mula beroperasi semula seperti biasa, beberapa bilah melela tulang bulat dan badik lurah yang dah ada dalam stok akan keluar minggu depan bila keadaan pulih seperti sediakala.
* masa untuk berfikir

Sunday, September 20, 2009

Semutar dan kapak bungkus

Sasaran utama kapak terbang/kapak bungkus/kapak kecik ialah pada bahagian kepala. Sehubungan itu semutar merupakan salah satu alat bantu untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kepala apabila ditakik dengan kapak atau ditebas dengan kelewang pada bahagian kepala. Ikatan batik lepas atau kain tuala sabagai semutar diikat tebal bersesuaian dengan peranannya untuk mengelakkan mata kapak dan mata kelewang. Ia dipakai bukan sekadar untuk mengelakkan rambut dari terjuntai atau untuk kelihatan segak sebaliknya untuk tujuan khusus.

Semutar

Semutar ialah kain yang digunakan untuk mengikat kepala bagi orang lelaki Kelantan. Kainnya boleh terdiri daripada kain batik lepas,kain tuala atau kain serban. Jenis ikatan pula berbeza-beza mengikut ragam sipemakai sama ada jenis pekerjaan, ilmu, masa. Bagi golongan pelajar pondok semutar mereka mudah dikenali kerana biasanya ia tidak menutupi dahi dan ada ekor.








Fungsi semutar ada pelbagai, antaranya ialah penahan panas terik mentari, untuk mengesat peluh, kelengkapan pendekar dan banyak lagi.

Saturday, September 19, 2009

Friday, September 18, 2009

Berapa ramai yang minat keris....

Tidak ramai yang meminati keris baik dulu mahupun sekarang. Peminat keris pada masa kini juga berbeza-beza kategorinya. Ada yang minat hanya dari sudut barang antik dan ada yang minat dari sudut estetikanya. Manakala segelintir memiliki keris sebagai senjata kerana latar belakang ilmu persilatan. Bilangan peminat keris sangat kecil jumahnya, cuba kita tinjau secara rambang dan mudah, dalam satu taman yang ada 100 buah rumah berapa buah rumah yang ada keris, atau pun dalam satu pejabat ada berapa orang yang minat keris atau memiliki keris. Secara mudahnya berapa peratuskah yang meminati keris dalam masyarakat kita? Saya rasa tak sampai satu peratus pun. Apatah lagi pengetahuan tentang membuat keris.

Gedebe..

Sedikit perkongsian pengalaman hidup ingin saya kongsikan bersama sahabat. Orang yang betul-betul 'gedebe' ialah orang yang biasanya bercakap dalam bahasa yang sangat santun, sentiasa beradik abang dengan lawan cakapnya, selalu minta jalan bila nak lalu di hadapan orang, sering minta maaf walaupun tak salah. Mereka garang tapi bukan sembarangan. Mereka ini cukup tertib cara cakapnya, sembangnya tak keterlaluan, gelaknya taklah mengilai.Mereka tahu mereka bengis, sebab itu mereka tak akan membuat orang menangis. Mereka sensitif, sebab itu mereka tidak akan buat orang merintih. Bergaduh tidak sekali, bila minum tak segan mempelawa dibayar habis satu meja. Jauh sekali beza dengan 'gedebe' yang menyakitkan jiwa. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu. Makan ramai-ramai bayar suku-suku.