sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, September 05, 2009

Mengurus vs melurus

Kadang-kadang kita terlalu cekap mengurus apa saja tugasan yang diberikan oleh bos kita. Cakap saya gerenti siap dan beres. Malangnya kita sendiri gagal mengurus dan meluruskan diri kita, kerana kitalah bos dan kitalah kuli untuk diri sendiri.

Musuh utama

Nafsu dalam diri - berperanglah dengannya.

Amarah-------mutmainnah--------------- kamil.


Mampukah?

Apa alat kita, ibadat , kudrat atau ihsan/redha Allah sw.t.

Renung kembali jejak-jejak semalam....

Kadang-kadang kita berdiri tegap pada hari ini, cuba kita ingat kembali laluan sukar hari-hari semalam. Jika hari ini kita tersungkur, cuba kita ingat semula hari-hari gagah kita semalam. Bolehkah kita mengatur sendiri perjalanan hidup ini. Cuba kita bezakan perasaan kita suatu waktu dulu dan masa kini, sama atau berbeza.....

Sibukkan diri dengan tugasan

Kita dilahirkan dengan tugas masing-masing, buatlah kerja kita dengan sebaiknya. Makin kita sibuk dengan tugasan kita makin kurang masa kita untuk membuat kerja-kerja yang tak berfaedah. Fikir sambil zikir. Jangan pula kita kikir.

Bersama tukang sampir golok Kg Perangkap



Pembuatan sampir golok di Kelantan agak unik, kerana mereka mempelopori sampir golok yang ditebuk sepenuhnya dan tidak digam. Kemahiran menggunakan canai elektrik banyak membantu tukang-tukang untuk mempercepatkan kerja.Bahan yang digunakan biasanya sena,halban, nibong dan sekali sekala kemuning.

Friday, September 04, 2009

Melela selit ( not for sale )







Panjang keseluruhan 8.5 inci tak termasuk puting

Cincin Tempahan Sahabat Bima




Untuk Perhatian Sahabat (MH)













Pantas lawan lebih pantas

Dalam permainan silat membaca gerak lawan adalah antara tahap yang sukar untuk dipraktikkan. Bila sudah sampai tahap ini kita katakan peringkat mengenal gerak. Walau bagaimanapun kita belum lagi sampai ke kemuncak dalam permainan. Mereka yang matang/masak dalam permainan akan menggunakan kelebihan mengenal gerak sebagai satu kelemahan pada musuhnya. Bagaimana? Mereka akan mengumpan dengan gerak serangan kecil agar kita melakukan aksi/gerakan menepis atau menangkis yang boleh diramal. Hasilnya kita sentiasa lewat sedetik daripada mereka yang pakar. Wallahualam.

Untuk perhatian sahabat : Batu mani gajah


PENGUMUMAN :

Saya akan menghentikan buat sementara waktu pengambilan tempahan keris-keris / badik / lading / kelewang /pisau melapah sehingga seminggu lepas hari raya puasa. Ini untuk memberi ruang kepada tukang menyelesaikan kerja-kerja yang sudah bertindan-tindan. Kepada pelanggan-pelanggan saya yang dihormati, jika timbul sebarang kesulitan bolehlah berhubung terus dengan menelefon/sms/email. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini.

Puasa

Mampukah puasa mengubah diri kita, inilah persoalan yang kita patut tanya pada diri kita, atau sekadar mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Ketika sembang-sembang di bilik guru khamis lepas, seorang rakan guru sambil gelak-gelak berkata, nampakknya syaitan boleh tersenyum kerana tugas mereka diambil alih oleh manusia dalam bulan puasa ini, bukan setakat rosak diri sendiri tapi sudah sampai tahap penghasut dan merosakkan orang lain. Timbang-timbangkan.

Bakalan

Bakalan ialah istilah yang digunakan oleh tukang besi bagi kerja asas atau besi yang sudah digodam menyerupai bentuk-bentuk senjata. Ia dalam rupa kasar yang masih memerlukan kerja-kerja mencanai, mengikir dan memelas.

Guru dan murid

Sebagai seorang guru sekolah, kerja saya ialah mengajar. Selama mengajar pelbagai anak murid yang saya jumpa. Ada yang baik, ada yang nakal dan ada yang melampau. Sebagai guru silat juga saya ketemu banyak jenis murid, ada yang tekun, ada yang taat dan ada yang menyombong dan ada yang lupa jasa guru mengajar membilang alif ba ta . Ini adalah lumrah kehidupan, kita tidak pernah mintak dilahirkan di dunia ini, jadi bersyukurlah dengan ketentuan Allah kepada kita. Jika saya boleh minta, saya minta yang terbaik.
* saya juga masih seorang murid

Menyusun jadual kerja

Hasil perbincangan ringkas dengan sahabat-sahabat tukang petang tadi, saya membuat kesimpulan bahawa jadual kerja tukang perlu dirombak dan disusun semula. Ini untuk mengelakkan pelanggan menunggu terlalu lama, ia juga mengelakkan berlaku ralat dalam menyiapkan tempahan. Ini kerana ada pesanan yang lewat diterima tapi siap lebih awal. Almaklumlah kerja seni kadang-kadang menjadikan tukang sebagai seorang artis popular. Untuk lebih maju dan bertahan lama disiplin kerja mesti diutamakan.

Dah siap....

Cincin tempahan sahabat dari Borneo, Sdr Bima dan Sdr Sarman rasanya dah siap, cuma saya belum berkesempatan untuk mengambilnya dari rumah tukang cincin, almaklumlah sebelah petang sibuk mengunjungi gerai ramadhan. InsyaAllah hari selasa semua parcel sahabat akan diposkan.
*badik, anak alang, keris coteng, cincin . Isnin cuti.

RM5500.00 ( 0N HOLD )




Thursday, September 03, 2009

Mengimpal

Mengikut Kamus Dewan mengimpal bermaksud : "memukul atau menitik (emas dll) untuk dibuat sesuatu, menempa, mencantumkan besi dan lain-lain dengan jalan memanaskannya dan memukulnya".
Dalam pembuatan keris pula proses mengimpal merupakan proses yang memerlukan ketelitian, kerana dari sinilah proses pamor buatan bermula. Campuran besi-besi terpilih sama ada daripada senjata lama, mengikut pa, dan warna diambil kira. Biasanya teknik mengimpal menggunakan teknik lipatan, semakin banyak lipatan yang dibuat semakin "sering" dan samakin cantik pamor yang akan dihasilkan. Kerja-kerja ini memerlukan kudarat yang banyak dan memenatkan.

Kejutan di KB...

Kepada perantau-perantau yang dah lama tak balik ke Kelantan, bila masuk ke KB cuti raya ni pastikan memandu dengan berhati-hati dan jangan gopoh. Arah jalan dalam bandar KB sudah berubah... alami sendiri kejutannya bila balik cuti raya nanti.
*mesti fenin

Pesan Pak Li ( Pandai Perak )

Saya banyak mengutip mutiara kata berharga dari Pak Li sepanjang persahabatan denganya. Antaranya ialah kita jangan sekali-kali mendoakan kecelakaan dan kemusnahan pada orang yang memusuhi kita, kita juga janganlah sekali-kali memburuk-burukkan mereka, kerana takdir Allah tidak pernah kita ketahui. Terima kasih Pak Li dan sahabat-sahabat yang sering menasihati saya dalam perjalanan ini.
*pesannya lagi, Cikgu jangan marah, kalu marah saya tak buat. Pak Li, Pak Li...