sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, September 21, 2010

Cincin kahwin dah siap...

Cenderahati dari pada sahabat

Gunakan kewarasan

Dalam keghairahan kita bersilat, sekali sekala pakailah otak yang ada di atas kepala. Fikirkan apakah yang kita pelajari itu mampu untuk kita gunakan apabila berada dalam situasi tempur yang sebenar. Seterusnya pakailah otak yang ada di atas kepala kita untuk menilai amalan-amalan yang kita terima dari guru sama ada boleh pakai, syirik atau khurafat. Tambah lagi, nilai jua apa yang guru kita buat dan lakukan, jangan semata-mata ikut dan dengar apa yang dia suruh kita buat dan kita amalkan. Hakikat seorang guru bukan terletak pada pada sijil, talipinggang dan ilmu persilatan semata-mata, hakikat seorang guru ialah apabila ia dapat menjadi pembimbing dan contoh ikutan untuk murid-muridnya. Seorang guru tua pernah berpesan, katanya "penamat silat bukan di tengah gelanggang tetapi di atas surau atau masjid"

Tenang

Jiwa yang tenang adalah impian semua orang .Dalam martabat nafsu ia berada pada tahap ke empat dari bawah iaitu "mutmainnah" . Kekalutan dunia tidak memberi bekas jika jiwa kita tenang. Untuk mencapai maqam mutmainnah, tidak ada jalan pintas dan tidak ada jalan sembang. Ia mestilah melalui jalan ilmu dan mujahadah. Tidak ada omong atau angan kosong untuk merentasi jalan mutmainnah, melainkan dengan fikir, zikir, dan redha atas semua pekerjaan Allah s.w.t.

Monday, September 20, 2010

Sedang membetulkan channel....

Nampaknya channel bisnes saya lari sedikit... moodnya masih belum datang lagi. Ini kerana saya sedang membereskan beberapa kerja hakiki yang mesti selesai dalam minggu ini. InsyaAllah bila dah selesai akan ada harga runtuh istimewa untuk sahabat yang tak jemu-jemu menjenguk blog ini.

Makin faham...

Semakin lama kita dalam sesuatu bidang, biasanya kita semakin faham dengan sepak terajang dalam bidang tersebut. Apabila kita mengusahakan sesuatu, semestinya kita telah menetapkan apakah konsep yang kita inginkan, walaupun kita tidak menghebahkan kepada umum atau tertulis pada signboard perusahaan kita. Dalam melaksanakan kerjabuat kita, konsep yang kita tetapkan tadi mestilah dipatuhi walaupun tiada siapa yang tahu apakah konsep sebenar kita. Jangan kita ambil peduli sangat tentang karenah yang bukan-bukan, sama ada dari luar atau dari dalam. Jika karenah dari luar kita anggap sebagai lalat hijau sahaja, dan jika dari dalam kita anggap sebagai proses pembersihan. Istiqamah, insyaallah kita akan berjaya.

Beribadat untuk dunia

Terdapat pelbagai tujuan amalan dan ibadat. Ada amalan untuk permainan dunia dan ada untuk akhirat. Janganlah kita sesekali terpedaya dengan kaedah amalan ibadat untuk dunia. Kita sanggup tak tidur malam untuk mencapai sesuatu kehebatan dunia dan kita sanggup bertapa dalam gua untuk mendapat kehebatan dunia. Sebaikknya buatlah amalan dan ibadat untuk bekalan akhirat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna kerana kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan.

Sunday, September 19, 2010

Takkan lari gunung dikejar...

Takkan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Satu pepatah yang baik menasihati kita agar buat kerja tidak terburu-buru. Tapi pada zaman ini kalau terlalu lambat bila kabus dah hilang, gunung dah tinggal kecil kerana batu dah dilarikan oleh pengusaha kuari.

Saturday, September 18, 2010

Jebak puyuh milik sahabat



Impian hati seorang sahabat - Tajong gading bilah pandai saras antik

Belum ada mood nak bisnes....

Nampaknya mood raya masih kuat, mood bisnes masih lagi tenggelam dek ketupat dan tapai. InyaAllah dalam sehari dua lagi, mintak-mintak datanglah syeikh niaganya. Selamat berpuasa 6

Thursday, September 16, 2010

Berani...

Dalam pencarian pelbagai ilmu yang kita dapat dan pelajari. "Berani" adalah ilmu yang paling sukar untuk dimiliki, kerana tidak ada guru yang mengajar ilmu berani. Berani bermula dengan yakin dan berani bukan sejenis perkataan yang boleh diungkapkan. Berani berbeza dengan garang. Mereka yang garang belum tentu berani, kerana berani terletak pada hati bukan pada suara atau mimik muka. Jadi simpanlah sifat berani kita dengan kemas di hati, jangan mudah zahirkan ia pada perkara-perkara remeh. Ingatlah suatu hari nanti, maruah diri, maruah agama, maruah keluarga, maruah bangsa dan maruah negara perlukan berani tuan-tuan semua.
*berani buat berani tanggung

Wednesday, September 15, 2010

Mendengar, berguru dan menuntut

Ramai yang suka mendengar, sudah bagus. Akhir mencari guru, semakin bagus. Tapi tak ramai yang menuntut ilmu dari gurunya. Antara sebabnya ialah tak tahu apa yang ingin dituntut dan kedua takut untuk menuntut hak murid dari guru. Pada seorang guru ada hak murid, sebaliknya pada murid jika sudah menuntut juga ada hak guru padanya. Ramai yang perasan, rasanya sudah berguru. Tapi jauh panggang dari api, mendengar dan berguru jauh sekali bezanya, ibarat langit dan bumi. Berguru bermula dengan baiah, tiap amalan dengan ijazah.
*Terlebih perasan, ayam dipanggang arang dimakan. (MERANG SURIA RESORT TGANU)

Silat dan tasauf

Silat dan tasauf, dua ilmu berbeza tetapi boleh disatukan. Dalam permainan silat sebaiknya faham dan kenal gerak fizikal. Dalam pengajian pula faham dan mengenal diri. Namun tidak semua orang berkesempatan dan bernasib baik untuk menguasai kedua-duanya. Pencarian dalam silat bermula dengan tapak, buah, pukulan dan kuncian. Pencarian dalam tasauf pula bermula dengan sifat 20 serta "awwaludiin makrifatullah". Tidak semua silat mengajar mengenal gerak dan tidak ramai ulama yang alim dalam tasauf. Silat tanpa mengenal gerak, kacau. Syariat tanpa hakikat, hampa. Hakikat tanpa syariat, sesat.

Tuesday, September 14, 2010

Bila mula berpencak...

Orang silat banyak berahsia, apa yang ada di dada tidak semuanya ditepuk-tepuk lagak bangga. Tidak semua ilmu yang dituntut menjadi bual bicara, ada batas, ada taranya dan ada waktunya. Tidak semua anak murid tahu apa yang ada pada gurunya dan tidak semua anak murid layak memikulnya. Jangan sesekali kita mengorek ilmu guru dengan cara cucuk-cucuk supaya guru melatah, takut bila guru silat dah berpencak, latahnya sukar dihentikan. Macam-macam yang keluar, habis disebutnya semua binatang yang ada di dalam hutan, habis disebutnya ikan di laut dan habis disebutnya perkara aib. Seeloknya carilah masa, tempat dan pentas yang sesuai untuk kita main-main dengan langkah dan tari rahsia agar ia kekal sebagai rahsia guru.
*Jangan ditepuk air di dulang
Nanti harimau hilang belang

Pengumuman :

Semua parcel jual beli selepas hari ini akan saya poskan pada ahad 19/9/2010. Harap maklum. Terima kasih.

Monday, September 13, 2010

Bertemu kembali di alam siber....

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Pengalaman banyak mendewasakan kita semua. Pengalaman merupakan ilmu yang tidak dipelajari secara formal, sama ada ia pengalaman pahit,manis,hitam atau putih. Bagi yang berfikir, ia boleh diambil sebagai iktibar dan pengajaran untuk perjalanan masa hadapan. Pengalaman "menuntut" ketika remaja bagi saya suatu saat yang amat manis. Kerana apabila sudah bekerja, berkahwin dan beranak pinak, ruang untuk kita menuntut sepenuh masa sudah tidak ada lagi. Ketika zaman remaja kita boleh mengekori guru berminggu-minggu bahkan bertahun-tahun kerana tidak ada komitmen lain pada masa itu. Nasihat saya kepada anak-anak muda keraskan sedikit usaha ketika masih ada kesempatan, kerana kesempatan jarang datang berkali-kali dalam hidup kita. Kesempatan yang dimaksudkan ialah masa, kesihatan dan komitmen.

Sunday, September 12, 2010

Mohon maaf pada sahabat-sahabat yang menempah pedang...

Kepada sahabat-sahabat yang menempah pedang, maaf dipinta kerana beberapa kali delay tarikh siap. Tukang ada sedikit masalah dengan kerja-kerja tembaga. InyaAllah bila siap akan saya maklumkan.

Sundang Lipas Tempahan Sahabat

Posing ramai-ramai ...raya ke 2


Gambar kenangan bersama tetamu yang sudi berkunjung ke rumah, maaf tak semua foto sahabat saya masukkan, foto yang saya masukkan adalah anak-anak buah sahaja. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi bertandang untuk menyambung silaturrahim.

Wednesday, September 08, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Segala urusan jual/beli akan disambung lepas hari raya ke 3. Terima kasih sahabat semua.

Cakap tanpa ilmu

Ramai orang suka bercakap tentang sesuatu yang tak pernah dibuatnya. Ibarat ayam ingin mengajar itik berenang. Kalau dalam silat, kena tunjukkan langkahnya dahulu barulah murid boleh ikut. Kalau sebut sahaja, itu, ini, begitu begini susah juga murid nak mengikutnya. Kalau dalam bolasepak, jangan haraplah pengurus nak ajar pemain utama seni mengelecek lawan, biasanya yang mengajar ialah jurulatih...jurulatih biasanya ialah bekas pemain bola sepak yang handal. Teori dan amali mesti selari.

Maaf dipinta....

Maaf seringkali kita pinta pada setiap kali tibanya hari raya. Tetapi kenapa tidak kita senaraikan kesalahan kita pada seseorang sebelum meluncurkan perkataan "maaf ke ambo ghetek deh". Kadang-kadang lajunya kita bersalaman untuk bermaaf-maafan dengan bukan muhrim, bukannya dapat menghapus dosa tapi menambah dosa. Islam bukannya adat tapi agama yang mesti difahami dengan ilmu dan amal. Cakap berdegar-degar pun tidak guna, masyarakat akan menilai akhlak kita sebelum mendengar cakap kita.

Tuesday, September 07, 2010

Monday, September 06, 2010

Alang belum bertuan

Tempahan sahabat dah siap -

Foto semasa belum siap dan foto selepas siap.

Tempahan sahabat dah siap ... sahabat KL

Tempahan sahabat dah siap ... ( Cg Zaidi Phg)



Bercerita......

Kadang-kadang kita suka bercerita. Macam-macam benda kita ceritakan. Dalam bab silat pula lepas kita bercerita tentang buah dan tari, kita ceritakan pula kisah si anu-si anu yang tak pernah kita kenal batang hidungnya. Pernahkah kita selidik atau dengar cerita dari pihak kena tuduh. Dalam dunia ini banyak putar belitnya, jangan kerana kita dengar cerita bohong, kita pun turut berbohong. Apa untungnya kerja bohong anda. Menggunakan gelaran "guru/ustaz/mahaguru" belum menjamin cerita kita itu betul, dosanya tetap sama . Jadilah guru silat yang hebat tanpa mempedulikan hal ehwal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita, menjual cerita orang untuk klihatan serba tahu bukan satu sifat terpuji dan dihormati. Jika inginkan duduk perkara yang sebenar, boleh rujuk empunya diri, apatah lagi tentang cerita orang yang dah mati. Kadang-kadang terlalu banyak "kecek" pun akan menyebabkan anda nampak macam budak "kecik".

Sunday, September 05, 2010

Coteng impian sahabat ..... peeeewiiiiiit.

Pengumuman : PARCEL TERAKHIR


Hari ini saya akan membuat penghantaran terakhir untuk barang-barang yang telah selesai urusan jual beli dengan saya sehingga tarikh 4/9/2010. Lain-lain urusan pengeposan akan dilakukan selepas raya, ini untuk mengelakkan kesulitan dan kelam kabut ketika posmen sedang beraya.

Kembalikan semua pada Pemiliknya

Kembalikanlah semua duduk perkara kepada yang Maha Berkuasa. Jangan ada dolak dalik lagi. Kikislah segala bentuk syirik sama ada tersembunyi atau nyata. Tidak ada batu, besi, kayu, haiwan, manusia atau sebarang makhluk yang dapat menentukan takdir dan untung nasib kita melainkan Allah tuhan yang Esa. Makmurkanlah dunia ini dengan usaha dan ikhtiar, kerana itu tugas kita sebagai hamba yang tunduk dan patuh pada yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Saturday, September 04, 2010

Pendokok perak celup mas tempahan sahabat

Tempahan sahabat multiply

Saras Lok 3 bunga tebuk Sampir gading ( milik sahabat)

Menekan bola ping pong

Bagi sesebuah bola ping pong yang sempurna ia tak mungkin tenggelam, semakin ditekan ke dalam air semakin kuat ia melonjak naik. Jadi menjadi satu kerja bodoh untuk kita buat kerja yang tidak berfaedah menekan bola tersebut. Lebih baik cari meja kita main ping pong sama-sama, lagi seronok.

Berubah....

Kadang-kadang kita mengharapkan orang lain berubah menjadi baik. Mungkin harapan kita itu juga sesuatu yang baik. Yang sebaiknya ialah kita sibukkan diri kita untuk berubah menjadi lebih baik, kerana dosa orang lain tidak dipertanggungjawabkan ke atas batu jembala kepala kita.

Alim.

Alim merujuk kepada orang yang berilmu. Ilmu itu bermaksud tahu. Manusia alim dalam bidang masing-masing. Ilmu yang paling atas ialah ilmu yang mampu menjadikan seseorang itu beriman dan mengenal tuhannya. Sebagai insan, kita tidak mampu menduga ilmu milik hamba Allah lain. Jangan beranggapan hanya kita seorang sahaja yang alim, kerana ada hamba Allah yang telah mengenal kerana sudah jauh berjalan dan berada pada peringkat beramal dan bermukim. Ilmu seseorang itu tidak bermanafaat jika ia tidak membantunya menjadi insan yang berakhlak mulia.

Friday, September 03, 2010

Alang Gading untuk versi persandingan

Di tempah khas untuk perkahwinan pada bulan oktober 2010. InsyaAllah akan diperakkan dengan tatahan zamrud atau delima

Badik Kelantan ( A) RM200.00 (bru)


Badik Kelantan (baru)
Panjang keseluruha 9 inci
Bilah 6 inci
Hulu/buntut kemuning
Sampir sena


OFFER MAUT GULING-GULING SEMPENA RAYA
RM100.00

(SOOOOLD)

Badik RM200.00 (zd pt)



OFFER MAUT
GULING-GULING SEMPENA RAYA
RM100.00 (SOOOOLD)



Badik Kelantan
Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 6.2 inci
Hulu/sampir/buntut kemuning emas

Badik besi pupuk dua beradik RM700.00

Hulu,sampir,tapak kemuning
Batang serunai sena
Panjang bilah 8.5 in, 8.9 in
Panjang keseluruhan 12 inci

OFFER MAUT GULING-GULING

RM300.00

( SOOLDDDD)

Thursday, September 02, 2010

Sesi fotografi majalah


Ini adalah sebahagian daripada badik-badik yang dikeluarkan dalam almari untuk sesi fotografi oleh jurufoto sebuah majalah. Terimakasih

Bisnes....

Alahai, macam-macam ragam dalam bisnes..., ambo hanya seorang insan kerdil dalam dunia perniagaan keris dan senjata warisan menggunakan medium blog, sedikit ilmu yang ada ambo kongsikan bersama teman-teman, alhamdulillah ada yang berjaya dan ada yang gagal. Semuanya bergantung pada takdir, kita berusahapun atas takdirnya jua. Melalui bisnes kita boleh melatih jalan mengenal diri sendiri, berapa kuat kita punyai angin, dan berapa kuat kita punya angau. Sabarkah kita, yakinkah kita bahawa apabila kita memberi hak Allah, Allah akan memberi hak kita.

Halwa mata di bulan puasa




Main sembrono....

Ramai pesilat kita yang main sembrono tanpa faham dan mengenal. Makin banyak ilmu yang dicari makin keliru, tak tahu mana satu yang nak dipakai, harimau, bangau, rajawali, yoi atau naga. Carilah guru tua yang boleh membimbing kita agar dapat menguasai ilmu tempur gayong yang sebenar. Takkanlah sampai tua nak main berpakat, sesekali mintak guru atau jurulatih tunjukkan demo sparring yang sebenar bukan hanya dengar cakap sahaja. Retorik kegemilangan guru masa lalu kadang kala mengalpakan kita, kita rasa hebat bila kita dengar guru kita hebat. Mungkin guru dah semput sebab gemuk atau tua, tapi takkanlah main 1 minit pun tak boleh. Bikin mesti serupa cakap.

Kerja-kerja tatahan perak untuk keris

Makluman kepada sahabat-sahabat budiman, kerja-kerja tatahan perak untuk sampir keris, badik insyaAllah akan disiapkan oleh tukang kebanyakannnya selepas raya. Terima kasih semua.

Badik Lurah RM350.00 termasuk pos dalam semenanjung ( SOLD)

Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 6.9 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Badik lurah besi hitam

Wednesday, September 01, 2010

Cincin sahabat ( SOLD OUT)

Rekaan...

Zaman ini ramai yang dah jadi Mahaguru, semua tahu dan semua pandai. Walaupun pada suatu masa dahulu rakan-rakan seperguruan tahu siapa kita. Antara faktor yang menyebabkan kita sanggup kelentong ialah, air muka dan poket. Akhirnya kita cipta pelajaran-pelajaran baru yang janggal dan memualkan. Kaedah ini menyebabkan semakin banyak kekeliruan dalam silibus. Guru-guru tua yang arif kita tinggalkan. Bimbang kelentong kita akan diketahui umum. Murid yang di bawah tempurung kebanyakannya fanatik, orang lain semua tak betul, yang betul hanya guru mereka. Keluarlah dari kepompong dan buatlah perbandingan untuk mencari originality semasa hayat guru-guru berwibawa masih ada.


* hebat dlm demonstrasi belum tentu hebat besilat

Kenangan...

Masuk 2 tahun saya tidak mengucapkan "Merdekakah kita" pada setiap kali ulangtahun Kemerdekaan Tanah Melayu. Ucapan ini adalah rutin saya pada Arwah Norhazizan Talib (DBP). Ucapan ini jugalah yang selalu membuka bicara saya dengan beliau dalam banyak isu. Kini semuanya tinggal kenangan. Alfatihah.

Keris dan musuh

Dalam permainan keris, hujung keris mesti siaga dan mengadap lawan. Walau dalam apa jua keadaan tari, "mata" tidak pernah alpa serangan lawan. Jangan sesekali bertari dengan kedua-dua mata alpa, pertama "mata lendir", kedua mata keris. Kadang-kadang kerana seronok bertari dan syok sendiri kita lupa bagaimana erti "bijak" dalam permainan. Dari permainan, guru dapat membuat penilaian sama ada pesilat yang sedang bermain itu "tahu" atau "tiru-tiru". Kadang-kadang kita melihat gaya tari membunuh diri, ini kerana kita masih bertari sedangkan lawan tersenyum di belakang tunggu menikam.

* kemana perginya pejuang-pejuang bangsa dan agama bila bangsaku di tindas.