sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, September 06, 2010

Bercerita......

Kadang-kadang kita suka bercerita. Macam-macam benda kita ceritakan. Dalam bab silat pula lepas kita bercerita tentang buah dan tari, kita ceritakan pula kisah si anu-si anu yang tak pernah kita kenal batang hidungnya. Pernahkah kita selidik atau dengar cerita dari pihak kena tuduh. Dalam dunia ini banyak putar belitnya, jangan kerana kita dengar cerita bohong, kita pun turut berbohong. Apa untungnya kerja bohong anda. Menggunakan gelaran "guru/ustaz/mahaguru" belum menjamin cerita kita itu betul, dosanya tetap sama . Jadilah guru silat yang hebat tanpa mempedulikan hal ehwal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita, menjual cerita orang untuk klihatan serba tahu bukan satu sifat terpuji dan dihormati. Jika inginkan duduk perkara yang sebenar, boleh rujuk empunya diri, apatah lagi tentang cerita orang yang dah mati. Kadang-kadang terlalu banyak "kecek" pun akan menyebabkan anda nampak macam budak "kecik".

4 comments:

Unknown said...

AssaLAMUALAIKUM Cikgu..

terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Pagi tadi saya telah berbual dengan Faiz anak saudara Cikgu melalui Face Book. Antara isi kandungan perbualan kami ialah tentang komen saya di bloh Saiful Hakim yang telah di pandang serong berkenaan Syarikat Bayang delima dan Ilmu Pecah Bayang.

Sejujurnya bukanlah saya berniat menuduh atau memburukkan cikgu. Cuma bila saya mendengar cerita dari seseorang yg mengaku sebagai anak murid terakhir arwah cikgu Zul tentang masalah hubungan cikgu dengan arwah cg zul maka saya sengaja komen dengan ayat sebegitu bagi membolehkan cikgu bersuara menjelaskan apa yang sebenarnya.

Tiadalah niat saya untuk memburukan cikgu. Kalau ada yang mengatakan saya menjaja cerita ini saya rasa tak betul kerana saya hanya bersembang dengan anak murid cikgu iaitu Hakim France dan Adi Syahid. Cikgu boleh rujuk mereka berdua berkenaan perbualan kami.

Sekali lagi saya memohon kemaafan dan keampunan seandainya komen saya itu membuatkan cikgu terasa yg saya menuduh cikgu. Saya mengaku silap sekiranya komen itu di anggap salah

wassalam

Nik Iznan 013 992 3535

Mohd Nasir said...

Waalaikumussalam. Ramai yang mengaku anak buah Cikgu Zul,ada yang terakhir, ada yang sulung dan ada macam-macam lagi. Terlalu banyak rahsia baik buruk Arwah yang saya simpan. Walaupun banyak maklumat salah yang tersebar saya masih ada saksi-saksi hidup kisah arwah dan anak-anak muridnya. Saya tak nak menyentuh sesiapa, terus terang kalau ustaz berminat untuk mengetahui hal yang sebenar, saya sudi bercerita dari hati ke hati tetapi bukan untuk hebahan, untuk panduan dan iktibar. Sebenarnya saya ingin menutup buku bab Arwah Cikgu Zul, biarlah mana yang baik kita ambil dan mana yang buruk kita simpan kemas dalam hati kita sahaja. Setakat ini hanya 4 orang saksi sahaja yang telah meninggal dunia, saya boleh kemukakan lebih daripada 20 orang saksi hidup untuk mengesahkan cerita saya. Walau apapun, sebagai manusia biasa. Kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku agar susasana yang jernih tidak keruh.

Unknown said...

Alhamdulillah..Terima Kasih cikgu...

Insya Allah ada masa saya akan ziarah cikgu..mungkin bersama Cikgu Saiful Hakim.

Sekali lagi saya mohon kemaafan. Sebagai Insan saya bukanlah Maksum dari melakukan sebarang kesilapan teguran dan nasihat dari orang yang berpengalaman amat saya perlukan dan alu-alukan.

Saya tak segan untuk mengakui kesilapan..Biarlah kesalahan ini menjadi satu iktibar dan panduan buat saya.

Terima kasih kerana sudi menegur dan menasihati saya yang baru bertatih dalam dunia yang penuh ujian ini.

Wallahualam.

Mohd Nasir said...

Belum datang call dulu, esok saya free, lusa rasanya dah nak berjalan sikit.