Dalam usia kita yang sudah senja masa amat suntuk. Sisa-sisa masa yang ada perlu dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Tidak perlu lagi kita berbincang dan berkumpul sampai larut malam sekadar membincangkan cicak dan belalai pada sebilah keris. Tidak perlu juga kita bertekak dan bertegang urat leher kerana usia dan pamor sebatang besi. Berpada-padalah dalam hobi kita. Kerana keris kita sanggup meninggalkan laman berhari-hari. Namun sanggupkah kita meninggalkan rumah berhari-hari untuk mendalami syahadah, wuduk dan solat yang masih ala kadar.
Friday, December 20, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment