Setiap senjata ada seni permainannya yang tersendiri. Kesesuaian tapak dengan jenis senjata juga mempunyai kaitan yang rapat. Biasanya jika senjata itu panjang, jarang menggunakan permainan atau tapak yang terlalu rendah.
Dalam permainan Silat Gayong cara memegenag kapak ialah berhampiran dengan mata kapak, bukannya pada bahagian hujunh hulu kapak. Logiknya cara pegangan yang sebegini lebih selamat semasa membuat serangan, terutamanya untuk mengelak kapak dari mencederakandiri sendiri.
Dalam Gayong juga ada pentas kapak lawan tangan kosong. Permainannya berjengket-jengket menggunakan spring pada perut jari kaki. Kapak sering bertukar tangan kerana ada adegan rampas merampas kapak dari tangan penyerang.
* Terima kasih pada guru-guru tua gayong yang sudi menurunkan ilmu permainan kapak pada anak-anak gayong Bachok . ( Tq Pak Ngah Izahar)
Monday, August 19, 2013
Seni Tempur Kapak
Posted by Mohd Nasir at 11:49 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment